Menanam pokok durian belanda di laman rumah, diharapkan bila berbuah kelak bolehlah seisi keluarga menikmati hasilnya. Bukan sahaja buahnya enak dimakan, bahkan bila dijadikan jus minuman rasanya memang menyegarkan.
Malah daunnya juga dikatakan bila direbus boleh memberi kebaikan pada kesihatan tubuh badan.
Jadi tidak hairanlah, ramai antara kita akan cuba menanam pokok durian belanda di laman rumah untuk mendapatkan manfaatnya.
Pun begitu, jika ada yang mengalami masalah pokok durian belanda tidak lekat buahnya, bolehlah ikuti perkongsian daripada Nik Fauziah Adnan yang dikongsikan di Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Ini perkongsiannya.
Salam. Ahli kelab. Ada ramai yang bermasalah pokok durian belanda berbunga lebat dan besar tapi sebaik bunganya merekah tu gugur putik jadi lebam dan ikut gugur.
Tip agar banyak bunga dan putik kekal hingga jadi buah… tiru macam akak:
1. Pagarkan keliling pangkal pokok dengan batang pisang dalam jarak lebih kurang 1 kaki.
2. Tabur baja (npk biru atau tahi kambing atau tahi ayam.
3. Timbuskan dengan tanah pasir (semba, bahasa Perak) seperti akak buat tu.
4. On the top of semba, tutup dengan kulit kelapa @sabut.
5. Bagi nafkah zahir batin iaitu siraman setiap hari pembajaan setiap minggu dan semburan serangga perosak jika ada.
*selamat berdurian belanda, baca doa makan bila berkenuri dengan anak beranak*
Sumber : Nik Fauziah Adnan Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club