Menikmati hasil dari tanaman sendiri semestinya cukup istimewa, hanya mereka yang pernah lalui pengalaman tersebut dapat menggambarkan rasa seronok dan puas hati. Apatah lagi jika hasil tanaman berbuah lebat.
Jadi buat anda yang baru-baru bercucuk tanam pokok jenis berbuah, bolehlah membaca perkongsian bagaimana caranya untuk hasilkan baja asli menggunakan buah-buahan yang dikatakan bagus sebagai penggalak buah.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum sahabat2 dan selamat mlm.Mari kita buat mol buah-buahan. Tak kira lah nak buat buah apa, seperti buah pisang / nenas / betik dll lagi.
Kebaikkan Mol buah-buahan:-
1. Sangat bagus untuk tanaman peringkat mengeluarkan bunga atau pokok berbuah, dapat merangsang pengeluaran bunga yang lebih banyak dan dapat meningkatkan kualiti buah.
Bahan2nya:-
Ads
*1 kg gula merah
*1 kg buah nenas atau kulit nenas yg tak nak jangan dibuang jadi kita buat MOL untuk tanaman.
(Kalau nak guna buah-buah campur, buah pisang masak yang kita dah tak nak makan, betik masak yang dah rosak dan lain-lain lagi, pun boleh yang penting beratnya 1 kg sahaja.)
*1 balang besar
*Kain kasar atau 1 keping tissue
*Tali untuk mengikat secukupnya.
Ads
Cara2 buat MOL:-
-Potong kecil-kecil atau cube pun boleh
-masukkan gula merah dahulu dalam botol berselang seli dengan kulit nenas hingga habis . (Berlapis lapis)
-tutup dengan kain dan ikat dengan tali
-tulis tarik diperam dan tarikh MOL matang.
-setelah 2 minggu tapis dan ambil cecair MOL
-Kulit nenas buat kompos jangan dibuang.
Cara nak guna MOL sebagai semburan baja foliar.
-1,5 litre ( air hujan terbaik) tak ada air hujan air paip yang telah tertadah selama 24 jam pun boleh
– masukkan5 ml atau 1tutup botol MOL ke dalam botol air tadi dan sembur dipokok diawal pagi dan petang seminggu sekali.
Jika pokok besar boleh lah buat 2 kali seminggu.
Sumber:- petik dari sharing dari Urban farming. Kpd sahabat selamat mencuba. Sekian sharing saya pada minggu ini.
Semuga kita semua maju jaya dalam berkebun, walaupun ditepi rumah jika betul caranya boleh menjimat belanja dapur atau exchange sayur dengan kawan.
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini . Cepat, mudah dan murah. Tak perlu guna penyembur atau pun lemas dalam asap ubat nyamuk dan anda akan nampak kesannya.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anai-anai bagaikan musuh nombor satu pada kediaman kerana ia boleh merosakkan barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.
Kos untuk menghapuskan serangga perosak ini pula mampu mencecah ribuan ringgit.
Jadi sebelum masalah anai-anai ini melanda, kami kongsikan cara mengesan kehadiran serangga ini serta petua membasmi tanpa menggunakan racun yang bukan saja selamat sekaligus menjimatkan kos.
Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai
Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.
Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.
Kesan Perubahan Tekstur Warna
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warnakayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.
Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.
Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda.
Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.
Petua Menghalau Anai-anai
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja.
Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
4. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekolah dah nak buka, Lepas ni berperanglah ibu-ibu dengan anak-anak yang liat bangun pagi. Apa tidaknya lama duduk dirumah kan. Sudah terbiasa tidur lambat. Jadi Lepas ni nak kena pastikan anak-anak tidur awal untuk memudahkan mereka bangun awal pagi.
Perkongsian saudara Khairul Abdullah bagaimana caranya mengendalikan tiga orang anaknya supaya mudah untuk bangun pagi.Bila buat 3 benda ni saya perasan anak-anak saya mudah sangat bangun pagi.
Anak-anak saya ni kecil lagi, si abang baru nak masuk 5 tahun dan si adik dah 3 tahun. Baby pula baru cecah setahun. Jadi apa yang saya buat ni terpakai untuk anak-anak saya sahaja.
Mungkin untuk anak orang lain tak jadi. Okay begini.
1. Pastikan anak tidur awal.
Ini sangat penting. Anak-anak saya kerah masuk bilik seawal jam 8.00 malam atau paling lewat 8.30 malam kalau di hari persekolahan. Kalau weekend tak apa.
Saya ambil contoh waktu kami tinggal di Jerman, pukul 9.30 malam dah sunyi sepi, budak-budak semua dah tidur. Kata jiran saya, anak-anak kecil perlu tidur awal dan budaya mereka begitu. Sebab tu depa champion kot.
Jadi saya cuba praktikkan.
Saya tutup tv, tutup lampu satu rumah dan ajak naik ke atas dan masuk ke bilik. Dia takde pilihan, nak duduk kat bawah gelap maka dia pun ikutlah.
Masuk bilik rampas gajet dulu. Kalau masuk bilik awal maka saya biarkan sampai setengah jam. Masuk jer 8.30 atau 8.45 saya suruh tutup semuanya. Kalau degil saya rampas.
Kemudian, ajak diorang bersembang dan baca buku atau reka sahaja apa-apa cerita untuk sessi bedtime stories. Selalunya saya suruh diaorang cerita dan kemudian saya sambung.
Lepas tu saya minta salah seorang pergi tutup lampu dan sambung lagi cerita dalam suram-suram tu pulak.
Selalunya jam 9.00 atau 9.30 malam depa dah lelap.
Biasanya dengan saya sekali tertidur. Untung tau.
2. Pastikan anak dah kenyang
Saya akan tanya setiap orang sebelum masuk bilik. Dah kenyang belum? Ada apa lagi nak di makan? Coklat atau benda yang manis tak boleh. Kadang-kadang depa nak jugak, sekali sekala layanlah, selalu tak boleh. Kalau tak memang tak tidurlah jadinya.
Saya biasanya bagi anak-anak dinner pada jam 6.30 – 7.30 malam. Kadang-kadang mandi dulu baru dinner, kadang-kadang dinner dulu baru mandi dan kadang-kadang tak mandi kalau diorang masih hensem dan kacak macam daddy nya.
Bagilah dia main sekejap lepas makan tu kemudian masuk jer jam 8 atau paling lambat 8.30 maka semua kena kerah masuk bilik dah.
Kalau dia tak kenyang, nanti dalam bilik mula dia minta nak makan itu ini. Kalau dia tidur juga nanti lewat malam dia akan terbangun dan meragam sebab kelaparan.
3. Pastikan anak tidur dengan gembira.
Dah masuk bilik semua, pasang lampu kecil (dimmed light). Kemudian main-main, usik-usik dan borak-borak dengan diorang. Lepas tu barulah sessi bedtime stories.
Sambil-sambil cerita sambil usik sambil cuit sambil peluk dan cakap I love you. Pesan-pesan juga supaya jadi anak yang baik.
Saya selalu pesan pada Khaleef supaya jadi abang yang baik. Saya perlukan pertolongan dia sebab mommy dah tak ada. Tolong daddy, tolong adik, tolong baby dan bukannya membuli. Dia akan teresak-esak sambil angguk.
Lepas tu saya peluk semuanya dan cakap saya sayang. Saya cium dahi saya usap kepala dan saya suruh pejam mata dan tidur. Esok kena bangun awal untuk ke sekolah.
Diorang akan balas “goodnite daddy” dan “i love you too” dan berebut nak peluk atau nak baring atas dada.
Layanlah sampai diorang tertidur.
Saya sentiasa bangun malam untuk tukar lampin dan susukan baby. Saya ambil peluang itu untuk cium anak-anak lagi dan cakap saya sayang dan semoga mereka jadi anak yang baik.
Begitulah.
Ini cara saya.
Tak semestinya sesuai untuk semua orang. Sebelum ni cuba juga begitu begini, tetapi tak sesuai untuk saya. Setakat ini dengan cara begini sahaja anak-anak saya dapat bangun dengan mudah dan tidak “moody”.
Kalau tidak jenuh berperang juga nak bangunkan mereka.
Kecuali baby Khaleed lah.
Saya kena jalan senyap-senyap macam ninja supaya dia tak bangun. Maklumlah, kalau dia bangun habis satu kerja pun tak jadi. Tetapi telinga budak kecik ni sensitif betul, bunyi engsel pintu pun dia boleh dengar dan bangun.
Menyampah tau.
Jadi untuk yang ada anak sebaya anak saya bolehlah cuba try test kot-kot menjadi. Kalau tak jadi sila cipta formula sendiri.
Statistik menunjukkan bahawa satu daripada enam kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental, dan kadar ini telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 2019.Sebagaimana...