
Boleh dikatakan kesemua pokok bunga ati-ati mempunyai warna daun yang unik dan cantik dengan kombinasi satu atau beberapa warna terang yang agak memukau.
Maka tidak hairanlah ramai orang suka untuk menanamnya bagi menghiasi ruang laman kediaman.
Bagi memastikan pokok bunga ati-ati yang ditanam merimbun dan berdaun lebat, di sini dikongsikan tips daripada Nancy Si Tukang Kebun yang boleh dipraktikkan oleh kita bersama.
Tips menjadikan pokok ati-ati renek
1. Pucuk ati2 yang kecil dicubit/ dipotong.
2. Lihat contoh di gambar no2.
3. Buang seberapa banyak pucuk yang dapat.
4. Hasilnya pokok ati2 akan banyak cabang dan renek.
Ati-ati suka akan matahari. Semakin lama terkena pancaran matahari, warnanya akan lebih terang dan menyerlah.
Kalau di letak di tempat teduh, ati-ati akan kurus tinggi dan warnanya pucat.
Sumber : Nancy Si Tukang Kebun
“Dah la Tak Kedekut Ilmu & Pandai Masak, Pemurah Pula Tu.” Bagi Duit Raya Dekat Warganet, Khairulaming Dapat Pujian Ramai

Khairul Aming merupakan seorang influencer yang cukup dikenali di Malaysia.
Malah, resepi yang dikongsikan oleh anak kelahiran Negeri Kelantan ini juga sering ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kerana mudah untuk diikuti dan kelihatan enak.
Rupa-rupanya bukan sahaja ‘tak kedekut’ ilmu masakan, Malah seorang yang pemurah hati. Baru-baru ini, pemuda ada memuat naik satu ciapan berkenaan dia tidak sempat untuk membuat persiapan duit raya.
“duit raya tak pecah lagi. sampul raya tak beli lagi. kau guna qr pay je la dik tahun ni”
Ciapan ini sebaliknya menerima banyak komen daripada pengikut yang berkongsikan gambar kod bar QR Pay dengan harapan mendapat duit raya dari Khairulaming.
Mengejutkan, Khairulaming membalas segelintir ciapan balas pengikutnya dengan resit pembayaran ke atas kod bar QR Pay yang dikongsikan.
Khairulaming bagi duit raya! Jumlah yang diberikan adalah daripada RM50 hingga ke RM100. Amboi, untung siapa yang dapat tu!
get well sooon ✨ pic.twitter.com/gpxKWO4Vok
— Khairulaming (@khairulaming) April 22, 2022
get well sooon ✨ pic.twitter.com/gpxKWO4Vok
— Khairulaming (@khairulaming) April 22, 2022
Allahu bang banyak sangat ni 😭😭😭 ya Allah terima kasih banyak2 huhu serba salah lak saya 🥺 saya doakan semoga abang terus maju jaya! Sambal nyet saya dah pernah beli sedap sangat hehe 😆💗 tqsm again abang khairulaming moga dimurahkan rezeki selaluuu <3
— rawr 🦖 (@winterbearrv) April 22, 2022
Sumber:
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Wang Bukan Segalanya. Lelaki Ini Sanggup Lepaskan RM20,000 Demi Surat Khabar Lama Ini.

Semalam, 31 Ogos negara Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan buat negara yang ke 64 tahun. Sejarah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan akan dikenang sampai bila-bila buat rakyat Malaysia.
Turut menjadi kenangan adalah sebuah surat khabar lama yang mengeluarkan berita bahagian muka hadapan pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957. Ia dimiliki oleh seorang lelaki yang menetap di Kampung Kekabu dekat Lemal, Pasir Mas Kelantan.
Lebih menarik, surat khabar lama itu telah ditawarkan pada harga RM20,000 oleh seorang lelaki yang berminat untuk memiliki khazanah yang amat bernilai ini.
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki naskhah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara.

Dia menjelaskan, akhbar yang dimilikinya itu mempunyai 32 muka surat lengkap dan gambar hadapan pula adalah gambar pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang bertajuk “THIS IS IT!”.
Difahamkan, di akhbar itu ada ditulis naskhah itu dicetak dan dikeluarkan oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.
“Saya sebenarnya menemui naskhah akhbar ini ketika merombak rumah pusaka milik arwah kedua ibu bapa, selepas banjir besar 2014 lalu.
“Akhbar ini ditemui bersama sebilah keris pusaka dalam keadaan baik. Selepas meneliti saya dapati ia adalah akhbar lama yang menyiarkan mengenai kemerdekaan negara, iaitu sehari selepas negara mencapai kemerdekaan.”
Arwah bapanya Ismail Salleh yang meninggal dunia pada 1998 adalah peniaga kedai runcit, manakala ibunya Saodah Omar pula meninggal dunia tahun lalu.
Ditawar RM20,000
Siapa sangka, surat khabar ini mempunyai nilai yang tinggi. Melahirkan rasa syukur memiliki khazanah yang diangapnya sebagai satu ‘anugerah’ tidak ternilai berharap dapat dijaga dengan sempurna.
Pernah didatangi seorang lelaki datang melihat naskhah terbabit dan mengatakan ia adalah palsu, tetapi yang peliknya dia menawarkan pula sebanyak RM20,000 untuk membelinya.
“Bagi saya nilai khazanah ini jauh lebih tinggi, dan sekiranya ada pengumpul barangan antik atau pakar yang mahu melihatnya, boleh hadir melihat sendiri di rumah saya.
“Saya kini sedang mencari tempat yang sesuai untuk menyimpannya, bagi mengelakkan ia mengalami kerosakan.”
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ambil Masa 2 Tahun Bayar Balik PTPTN Guna Simpanan Emas Waktu Belajar, Lelaki Ni Kongsi Caranya!

Setiap orang punya cara tersendiri untuk melangsaikan hutang, baik ketika belajar mahupun selepas bekerja. Bagi pelajar yang mengambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), akan membayar semula pinjaman tersebut secara ansuran usai bekerja. Baik secara potongan gaji atau sebagainya. Tanpa menyedari sebenarnya ada cara yang lebih jimat boleh digunakan ketika ini.
Jom baca perkongsian yang dibuat @Hasnom07 ini tentang cara untuk membayar balik pinjaman dengan cara lebih berbaloi iaitu melalui simpanan emas.
Alhamdulillah, tercapai hasrat saya utk setelkan semua hutang pengajian sebaik sahaja tamat belajar di universiti.
Saya ambil masa 2 TAHUN buat simpanan khas utk bayar balik pinjaman PTPTN dgn menggunakan simpanan emas sepanjang tempoh belajar.
Ini caranya 👇 pic.twitter.com/1twQMevzVw
— EnHasnom🇲🇾🇵🇸🤝 (@Hasnom07) August 17, 2021
Sepanjang belajar di universiti, di samping berjimat cermat, sy buat pelbagai kerja dan bisnes.
Sy letak target paling kurang pun kena ada minimum 50 GRAM simpanan EMAS untuk bayar balik pinjaman PTPTN.
— EnHasnom🇲🇾🇵🇸🤝 (@Hasnom07) August 17, 2021
Apabila dapat untung berniaga sy akan beli emas secara KONSISTEN 2 GRAM setiap bulan.
— EnHasnom🇲🇾🇵🇸🤝 (@Hasnom07) August 17, 2021
Pada awal permulaan saya beli emas dan simpan emas semasa di universiti, harga purata emas pada masa itu hanya RM180-RM190 sahaja untuk 1 gram.
Hari ini harga emas sudah capai RM265/gram dan pernah cecah sehingga RM304/gram Ogos tahun lepas.
Menyimpan cara ni sgt UNTUNG. pic.twitter.com/bs9A7mAZcZ
— EnHasnom🇲🇾🇵🇸🤝 (@Hasnom07) August 17, 2021
Ibarat sy simpan emas 50 gram dlm masa 2 tahun dgn modal RM9000+ shj tp apabila sy jual balik emas tersebut pd hari ini sy dpt lebih kurang RM12500+.
Untung tu sy dpt dlm masa TAK SAMPAI 3 tahun, malah ada lagi duit lebih.
Kredit kpd Tuan Azam.
— EnHasnom🇲🇾🇵🇸🤝 (@Hasnom07) August 17, 2021
Inilah rahsia EMAS sbg simpanan yg orang ramai tak nampak terutamanya anak muda yg masih belajar di univ.
— EnHasnom🇲🇾🇵🇸🤝 (@Hasnom07) August 17, 2021
Bagi yg belum lagi ada akaun GAP Public Gold dan berminat nk beli emas fizikal atau nk menabung emas sikit2 dlm akaun GAP
Boleh buat akaun sendiri follow je step ni👇👇 percuma sahaja.
— EnHasnom🇲🇾🇵🇸🤝 (@Hasnom07) August 17, 2021
Bagi yg belum lagi ada akaun GAP Public Gold dan berminat nk beli emas fizikal atau nk menabung emas sikit2 dlm akaun GAP
Boleh buat akaun sendiri follow je step ni👇👇 percuma sahaja.
— EnHasnom🇲🇾🇵🇸🤝 (@Hasnom07) August 17, 2021
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520