‘Please Jangan Kaitkan My Mom Or My Family.’ Tampil ‘Free Hair’ Di Hari Lahir, Nadia Annuar Akur Dengan Kecaman

Share

Sejak awal kemunculannya dunia, pengacara Nadia Annuar tidak lekang dengan kontroversi. Walaupun pelbagai kecaman yang di terima, namun Nadia bijak menepisnya.

Namun baru-baru ini, sekali lagi Nadia Annuar di kecam bertubi-tubi apabila memuatnaik gambar tanpa bertudung di laman instagramnya sempena hari kelahirannya yang ke 39.

Tindakan ini ternyata telah mengundang kecaman ramai pihak sehingga melihatkan ahli keluarganya yang selama ni amat disegani terutama ibunya iaitu Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton.

Di Instagram Stories, Nadia berkata dia akur dengan kecaman yang diterima atas kekhilafan diri sendiri. Namun, Nadia memohon agar diberikan ruang dan masa kepada dirinya.

Selain itu, kakak kepada aktor Harris Annuar ini turut meminta maaf sekiranya tindakan membuka tudung itu telah menimbulkan rasa benci serta kurang senang.

Dalam pada itu, pemilik nama Nadia Shahrul Annuar meminta agar tidak melibatkan ibunya, usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton dan ahli keluarga lain.

Jelasnya, Kak Ton sudah menjadi ibu yang terbaik apabila membesarkan serta mendidik dirinya dengan sempurna.

Sebelum ini, Nadia mendedikasikan ucapan istimewa kepada dirinya sendiri di Instagram serta memuat naik foto ‘free hair.’

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia. Apa yang kita anggap sebagai kekuatan terbesar juga boleh menjadi kelemahan terbesar kita.

Saya telah melalui banyak perkara tahun yang sudah. Saya juga telah menerima ramai kawan dan musuh yang baru. Itu adalah pengajaran yang boleh diambil, ada yang baik ada yang buruk.

Walaupun segala keburukan itu saya anggap sebagai kekurangan diri, namun saya berharap Allah akan terus mengurniakan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang dikehendaki-Nya.

Menerusi perkongsian sama, Nadia turut memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya tidak berhijab sambil duduk di atas sebuah sofa.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Nadia dan juga famili.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club