
Suami buat kejuan dengan mengubah suai dapur seperti idaman sang isteri. Memang betul-betul kejutan dibaginya kat orang rumah. Sweet sangat kan suami wanita ni.
Inilah yang dikongsikan sendiri oleh saudara Arif Osman kepada admin Majalah Keluarga baru-baru ini.
Sebelum pkp bermula..sy plan nak buat kolam ikan hiasan guna sedikit duit simpanan..tapi tak jadi sebab pkp bermula dan kontractor tak boleh bekerje..kemudian masa yg sama bank offer utk tak perlu buat bayaran ansuran rumah.
Hasil dari saving duit byaran rumah tu sy campur dgn duit saving yg ade nak buat kolam tu sy terpikir nak hadiahkan isteri dapur idaman dia sebab tgk modal pun mcm cukup.
hasil bincang dgn 2 contractor..maka sy setuju..satu kontractor buat pecah dapur asal..dan satu kontractor utk pasang kabinet. Di sebabkan pemilihan meterial dan design..hampir 3 bulan siap la dapur idaman wife.
Bertuah betul si isteri bila encik suami buat kejuitan begini. Pasti bertambah semangat isteri nak sediakan menu untuk seisi keluarga. Kalau admin pun teruja dengan dapur yang cukup menarik ni. Design simple tapi sweet.
Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur Yang Mudah & Tak Perlu Kukus. Lembut, Sedap & Confirm Jadi!

Bagi anda yang tak suka ada telur dalam puding, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal.
Terasa sejuk di tekak, tak puas makan satu kan. Yang penting satu keluarga seronok menikmati menu Puding Karamel ni.
Selamat mencuba!
“PUDING KARAMEL TANPA TELUR by MARIANA ZAINAL”
Resepinya(jika dalam loyang saiz 7*inci)
(Bahan air gula hangus)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas
(JIKA DALAM BEKAS DADIH KECIL2 SEPERTI DALAM GAMBAR SUKATAN GULA DAN AIR BERBEZA… 3/4 CAWAN GULA(hampir penuh cawan) DAN 1 CAWAN AIR PANAS.. CARA SAMA SAHAJA..DAH SIAP AIR GULA HANGUS..MASUKKAN 1 SUDU BESAR AIR GULA HANGUS DALAM BEKAS DADIH)
Caranya:
Masukkan gula dalam loyang masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan(sentiasa kacau yer) bila dah agak perang.
Tutup api dan tuangkan air panas perlahan2..buka api dan masak hingga gula larut..tutup api.
Biarkan seketika, jom sediakan bahan puding..
(Bahan puding)
1 paket serbuk agar2=10gram( guna yang plain/clear tau )*( jika guna agar2 tali guna yg 20g atau 25g)
4 cawan air*
3 sudu besar tepung kastard*
1 tin susu cair*
1 cawan susu pekat*
Caranya
- Satukan semua bahan yg bertanda * tapiskan dalam periuk dan masak atas api sederhana.
- Kacau hingga larut..apabila dah mendidih ganas tutup api dan tuangkan dlm loyang yang ada gula hangus tadi.
- Biarkan sedikit suam.
- Masukkan dlm peti sejuk.. bila dah beku bolehlah dipotong dan makan…
Silakan share..
Wanita Ni Kongsikan Cara Buat Pizza Gunting Yang ‘Laku Keras’. Hanya Guna Roti Jer, Tak Payah Uli Pun!

teringin sangat nak makan pizza, tapi malas nak keluar rumah dan cari di kedai. Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri je. Pilih resipi yang mudah je dan tak mengambil masa yang lama.
Cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ummul Alifah Salim iaitu ‘Pizza Gunting’ beliau yang memang ‘laku keras’ apabila diniagakan. Menurutnya, resipi ini memang ramai yang minta resepi ini. Ia sangat mudah untuk anda buat di rumah. Cuma guna roti sebagai bahan asasnya, senang sangat!
PIZZA GUNTING
Tiap kali buat,memang laku keras,ramai jugak yg minta resepi ni..meh sini,sy share kt korang,senang sgt buatnya..mari2x tgk resepinya,sangat sesuai utk yg nk mkn pizza,tp malas nk uli doh,guna roti gunting-gunting je……selamat mencoba 🙂
Telur sila tmbah lg kalau nak pizza yg lebih moist & kenyal

9 keping roti
3 batang sosej (potong kecil)
100 gm isi daging/ayam (cincang)
1/2 cili benggala (potong dadu)
5biji telur A
Bawang besar & bwg putih utk menumis
1 sudu besar serbuk kari
Mayonis dan cheddar cheese







1.kuarkn dari oven
2.sapu sos..hat ni sy buat sblah xde sos sbb ank2x x nak pedas..hehe..buh la sos feverete korang,life ke,kimbal,sy guna samano
3.tabur cheese yg dah di sagat..sy gna cheddar cheese,mix ngn mozarella pn best
4.buh la mayonis kegemaran
Lau rajin,boleh susun2x sosej yg dipotong serong,tp sbb kemalasan,ni pun sedap..hehe



Garis Panduan Buka Semula Sekolah Bakal Diedar Esok- Menteri Pendidikan

Sesi persekolahan bakal beroperasi semula selepas Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah diedarkan bermula esok (Khamis). Memetik laporan Bernama, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pihak KPM belum menetapkan tarikh pembukaan namun menjelaskan garis panduan terbabit sebagai persediaan awal pihak sekolah sebelum memulakan operasi persekolahan.
Jelasnya, pembukaan semula sekolah hanya akan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja dengan hampir 3,000 sekolah menengah.
Ujarnya, garis panduan berkenaan dihasilkan secara terperinci dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sehubungan itu, katanya ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan berharap ibu bapa memainkan peranan mendisiplinkan anak mereka supaya membiasakan diri dengan penjarakkan sosial.
“Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan, maka setiap sekolah telah bersedia.
“Kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah iaitu ruang yang boleh ditambah baik dalam garis panduan itu akan kita lakukan.
“Apa yang penting semua pihak mainkan peranan iaitu pengurusan sekolah, guru termasuk ibu bapa. Misalnya, jika anak bergejala, tidak perlu hantar ke sekolah,” katanya seperti dipetik dari Bernama.
Tambahnya, pematuhan Garis Panduan tersebut akan dipantau oleh jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah.
“Saya juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah diadakan dan kita yakin pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bantu kementerian agar garis panduan ini akan dipatuhi.
“Apabila Kementerian Kesihatan dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka. Kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah,” katanya ketika ditanya tarikh pembukaan sesi persekolahan.
Sementara itu, menerusi facebooknya, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik beberapa keping gambar sempena lawatan kerja bersama Menteri Pendidikan di sebuah sekolah.
Pada petang semalam, saya telah berpeluang untuk turut serta lawatan kerja YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan ke SMK Engku Husain, Semenyih, Selangor bagi tujuan persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Turut hadir sama adalah pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.
Kami telah diberi taklimat oleh Pengetua sekolah mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.
Garis panduan yang disediakan pihak KPM adalah hasil kerjasama dengan MKN dan KKM serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain
Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM.
KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan.
Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang merupakan aset berharga negara.