PKP Tempoh Eratkan Hubungan Suami Isteri. Sweetnya Cara Lelaki Ni.

Share

Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakaan diadakan untuk memutuskan rantaian virus Covid-19, pelbagai reaksi di paparkan oleh rakyat Malaysia ketika di rumah melalui media sosial.

Menerusi FB, Muhammad Hassan, beliau berpendapat ketika tempoh PKP, suami isteri dapat mengeratkan lagi hubungan.

Ikuti perkongsiannya.

MANFAATKAN MASA BERSAMA

Saya percaya jika para suami selalu kedapur,selalu uruskan rumah hatta pakaian isteri pun kita tau kat mana,dia suka pakai baju apa time tidur,suka pakai baju apa time waktu begini.

Insyaallah dalam tempoh RMO ini kita tidak akan rasa boring duduk di rumah. Kita akan lebih seronok untuk layan keluarga.

Bagi saya,tempoh ini sangat berharga. Sangat dapat dimanfaat sepenuhnya. Banyak perkara boleh buat,banyak perkara boleh sembang,boleh meluahkan,boleh bercerita.

Malam tadi lama saya dok sembang dengan wife tentang awal perkenalan kami. Rasa bahagia tu sampai sekarang.

15 hari berlalu. Sepatutnya dalam tempoh 15 hari itu cinta kita semakin mekar,kasih sayang semakin terluah,rindu dapat dilepaskan.

Sebelum ini selalu outstation,hanya bertanya khabar melalu telefon. 15 hari ini seronok sangat,setiap hari tanya khabar sambil kucup dahi isteri,setiap hari boleh picit-picit kaki. Setiap hari wife hidangkan kopi kegemaran saya.

MANFAATKAN PKP/ RMO

Sahabatku. Manfaatkan RMO ini dengan cinta dan kasih sayang. Cintai pasangan kita lebih dari diri kita. Cintai keluarga kita lebih dari orang lain. Cintai Allah dari Rasul lebih dari apa yang kita cintainya sebelum.

Masih berbaki 13 hari lagi. Manfaatkan dengan menatap sepenuh hati wajah orang yang tersayang. Peluk sepenuhnya agar cinta mekar di hati supaya kita akan merindui saat ini.

Selalui mencintaiMU.

Sumber:Muhanmad Hassan