PKP Dilanjutkan Dua Minggu Lagi Dan Sesi Persekolahan Ditangguh Sehingga Pulih Covid-19.

Share

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan dilanjutkan bermula 15 April hingga 28 April, umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan sebentar tadi. Beliau menjelaskan keputusan dibuat selepas perbincangan dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjamin keselamatan dan memutuskan rantaian COVID-19.

Ia juga bertujuan memberi ruang kepada petuga kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat. Sekali gus, Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan.

SESI SEKOLAH DITANGGUHKAN SETELAH MENGAMBIL MAKLUM KEBIMBANGAN IBU BAPA TERHADAP KESELAMATAN ANAK-ANAK. 

Gambar hiasan

Dalam pada itu, pengumuman ini juga memberikan kelegaaan kepada semua ibu bapa yang sebelum ini melahirkan kerisauan akan keselamatan anak-anak jika PKP ditamatkan setelah pergi ke sekolah. Keputusan dibuat selepas mengambil maklum kebimbangan ibu bapa dan orang ramai terhadap keselamatan anak masing-masing.

Justeru, beliau menjelaskan bahawa sesi persekolahan turut ditangguhkan sehingga keadaan benar-benar pulih. Home Base Learning akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak lama lagi supaya pelajar dapat belajar dari rumah.

Tan Sri Muhyiddin, juga mengingatkan kepada rakyat Malaysia, supaya siap sedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama sehingga penularan virus bahaya ini diatasi seratus peratus.

Untuk rekod, tempoh perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakaan sebelum ini adalah pada 18 hingga 31 Mac 2020 iaitu fasa pertama selama 14 hari. Seterusnya fasa kedua pada 1 hingga 14 April 2020.

Semoga kita semua dapat menamatkan rantaian virus bahaya ini.

Baca lanjut pada pautan ini untuk teks penuh perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin : Teks Perutusan Khas YAB PM – 10042020