Berhubung perincian prosedur operasi standard (SOP) dan sekatan lebih ketat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dimaklumkan petang tadi (22 Mei ) oleh Datuk Seri Ismail Sabri dan seiring dengan itu, Tan Sri Mohd Zuki yang merupakan Setiausaha Negara telah memberi kenyataan yang jelas berkenaan pengoperasian pejabat kerajaan dalam tempoh PKP 3.0 tersebut.
Kenyataan jelas yang digariskan ini ada menyatakan di mana kehadiran kakitangan awam ke pejabat adalah pada tahap 20% keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan frontliners) dan 80% secara BDR (Berkerja Dari Rumah) dengan penggiliran.
Selain itu, kehadiran ke pejabat hanya bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dan memerlukan keberadaan di pejabat.
Ads
Turut dinyatakan, masyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talianmelalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan dan manakala perkhidmatan kaunter hanya dibuka kepada perkhidmatan yang tidak ditawarkan secara atas taliandan melalui temujanji sahaja.
Kesemua peraturan baharu itu akan berkuatkuasa 25 Mei ini.
Ads
Meninjau di ruangan komen, nyata perkongsian makluman operasi tersebut telah menarik perhatian bukan sahaja oleh ribuan penjawat awam malah orang awam yang ingin berurusan di pejabat kerajaan juga terpanggil untuk memberi maklum balas.
Kreativiti untuk menjadikan api dapur gas yang kemerah-merahan kembali biru. Kalau tak, memang jenuh berjelaga bahagian belakang kuali dan periuk. Mesti bongkar tungku tu dan bersihkan ya. Jgn terus pam aje. Pam pada saluran besi utk aliran gas ya, jgn pam kat tempat pemetik nak hidupkan dapur gas. Pastu kat bahagian pencucuh yang ada saluran kecil tu, jolok2 dgn dawai kecil atau besi klip kertas bagi keluar apa2 yg menyumbat. Pastu pam dan pam lagi sampai jadi biru. Senang hati nak menggulai pun. Kena sabar mengepam dan pam dan pam dengan pam tayar basikal kepunyaan anak je.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ketika anak-anak lain seusianya sedang dibelai dicium, dalam hangat suasana keluarga yang menyambut dan meraikan kehadirannya ke dunia, si kecil ini bertarung dengan kanser yang ganas di wad onkologi.
Ini Kyfa Nishka Al Kautsar Mohd Farham. Baru 3 bulan usianya. Namun menghadapi ujian yang sedemikian besar. Nishka didiagnos dengan kanser otak, Medullablastoma ketika baru berusia 21 hari, menjadikan dia mungkin pesakit termuda di wad onkologi pediatrik di HUSM, Kota Bharu.
Dugaan yang menimpa bayi perempuan ini bertambah pilu apabila disahkan mempunyai ketumbuhan di buah pinggang kiri sepanjang dua sentimeter (sm) ketika berusia tiga bulan.
Menerusi perkongsian Khairiah Kamarudin di Facebook, dia meluahkan rasa sebak memikirkan nasib menimpa anak ketiganya ini yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit tersebut.
“Luluh hati mummy. Hari ni balik dari sekolah terus mummy ke hospital macam biasa. Sampai hospital daddy cakap result biopsy (sampel dekat buah pinggang) dah keluar.
“Mummy dan daddy tau Nishka seorang fighter. Nishka kuat untuk menghadapi semua ujian Allah.
“Mummu daddy tahu Nishka tahu segala-galanya. Jangan risau sayangku… selagi termampu kita usaha sampai berjaya ya sayang. Mummy… daddy dan semua orang sayang Nishka,” katanya.
Luahan hati Kheriy yang juga seorang guru di Kelantan mengundang sebak netizen dan ramai bersimpati dengan nasib menimpa bayi comel itu.
Si kecil ini sudah tiga kali menjalani pembedahan, termasuk sekali pembedahan membuang tumour. Namun hanya 30% sahaja tumournya yang berjaya dikeluarkan.
Nishka sekarang tidak lagi dapat melihat, dan dia juga tidak lagi bersuara. Feeding juga dibuat melalui Ryles Tube. Dan di kepalanya, sudah tertanam shunt yang dipasang untuk mengurangkan tekanan.
Nishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua. Saiz tumournya juga didapati membesar, memberi indikasi kansernya mungkin tidak memberi respons yang baik kepada kimoterapi.
Tahap oksigennya pernah menurun sehingga ke bacaan 50 di satu masa. Segalanya begitu meruntun perasaan. Seorang anak sekecil itu, diuji sebesar ini.
“Naluri seorang ibu, saya perasaan kepala dia macam besar. Saya cakap dekat nenek dia tapi mak saya cakap ‘eh tak kot… dia kan kecik sebab masa lahir berat hanya 2.1 kilogram (kg).
“Lepas tu bila misi (jururawat) datang rumah check baby dia tanya eh kenapa kepala baby besar. Dia pun ukur. Masa lahir kepala baby 34 cm tapi masa 20 hari tu jadi 38 cm, naik 4 cm.
“Jadi misi pun refer ke Klinik Kesihatan. Lepas tu Klinik Kesihatan pula minta kami refer ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) di Kota Bahru untuk rawatan susulan,” katanya.
Semasa di HRPZ, Kheriy berkata Nishka menjalani imbasan CT di bahagian otak.
“Doktor nampak macam ada sesuatu. Lepas tu baby dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebab kat sana tak ada unit neuro.
“Masa dekat HUSM buat ujian MRI, rupa-rupanya bukan hydrocephalus sepenuhnya. Kepala baby besar sebab kanser tu halang air, jadi kepala makin besar.
“Tapi sebelum detect ada kanser tu memang baby normal. Dia menangis… dia hisap susu seperti biasa, macam baby lain,” katanya.
Menurut Kheriy, anaknya itu sudah menjalani tiga pembedahan termasuk sekali pembedahan utama bagi membuang tumor di kepalanya.
“Menerusi pembedahan itu hanya 30 peratus sahaja tumor berjaya dikeluarkan. Doktor buat saluran keluarkan air daripada tiub ke tabung. Waktu tu berlaku pendarahan teruk.
“Masa tu doktor cakap peluang baby 50-50. Selepas pembedahan tu baby dalam keadaan kritikal selama tiga minggu. Dia incubate dan terpaksa guna oksigen sebulan.
“Pembedahan kedua pula doktor pasang shunt untuk kurangkan tekanan manakala pembedahan ketiga perlu dilakukan bagi memasang alat untuk kemoterapi (kemo pod pada dada) dan ambil sampel untuk biopsi,” katanya.
Namun semasa pembedahan ketiga untuk memasang kemo pod, Kheriy berkata ketumbuhan baharu dikesan pada buah pinggang kiri Nishka.
“Masa tu baru nampak ada sesuatu solid dekat buah pinggang belah kiri. Semalam Prof Ariffin dari Unit Onkologi HUSM beritahu benda tu pun kanser tapi jenis berlainan.
“Kanser tu jenis aktif. Jadi kalau tak ada aral melintang, doktor akan datang untuk bincang pembedahan susulan,” katanya.
Jelasnya lagi, anak ketiganya itu juga tidak lagi boleh melihat dan bersuara selepas menjalani pembedahan tersebut.
“Sekarang dia langsung tak boleh nampak. Dia pun tak menangis dan kadang-kadang saya rasa dia tak ada deria. Malah dia juga minum susu melalui tiub.
“Doktor beritahu kanser dia betul-betul dekat cerebrum yang juga bahagian besar di bahagian otak. Kadang-kadang pernafasan dia pun tiba-tiba menurun. Pernah satu masa tahap oksigen dia menurun sehingga ke bacaan 50,” katanya.
Meskipun anaknya itu baharu sahaja selesai menjalani dua kitaran kemoterapi, Kheiry berkata saiz tumornya semakin membesar.
“Selepas kemoterapi kedua keadaan dia nampak merosot tetapi sekarang nampak ok sikit.Namun saiz tumor di kepalanya semakin membesar kepada 2 sentimeter kerana sel kanser itu aktif,” katanya.
Walaupun dugaan itu terlalu perit untuk ditanggung, Keiry bagaimanapun reda dengan ujian itu.
“Mula-mula tu saya macam susah nak percaya. Tak sangka berlaku pada diri sendiri sebab selalu kita tengok dalam drama TV.
“Dulu sebulan juga saya menangis tapi saya semakin kuat hari demi hari selepas menerima banyak sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan.
“Saya hanya mahu yang terbaik untuk baby Nishka. Jadi saya mohon orang ramai mendoakan anak saya diberi keajaiban dan kesembuhan segera,” katanya.
Sama-sama kita panjatkan doa untuk adik Kyfa Nishka Al Kautsar, Semoga dilembutkan ujian ini untuknya. Aamiin… Yarabbal Alamin.
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...