Bagi peminat-peminat pizza, anda harus melengkapkan seleksi menu pizza dengan mencuba pizza wagyu oleh Jofliam kerana ianya sarat dengan pelbagai ramuan premium dan berkualiti tinggi.
Sejak ianya dijual, pizza wagyu ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemar makanan yang ingin merasa sendiri air tangan suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini.
Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram, Jofliam yang merupakan bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.
Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.
Walau seronok menerima banyak permintaan dan maklum balas positif daripada pelanggan, Jofliam atau dikenali sebagai Jo juga tidak terlepas diuji apabila pizza yang sudah siap tidak diambil oleh pelanggan.
Kekal positif dengan ujian, pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.
Jelas Jo menerusi ruangan komen di salah satu video yang memaparkan aksi dirinya sedang menebar doh pizza, proses penyediaan pizza tersebut kini turut dibantu beberapa orang jiran.
“Video ni saya record lepas dah hantar kesemua pizza keluar. Dulu boleh nak buat, sekarang tak sempat dah. Saya hanya sempat buat dough pagi-pagi, buat sos dan hantar ke setiap kereta.
Ads
Yang lain-lain stretch pizza, letak topping, letak kotak, jiran-jiran saya ada yang sudi tolong. Thank you semua.
Saya akan stop bila ramai minta stop. Selagi semua happy, insyaAllah saya akan teruskan walaupun dehydrated dan badan saya makin rasa kurang sihat. Belum lagi kulit mula kering dan terbakar. Doakan saya dan moga doa sama dikembalikan pada semua.”
Bukan senang uruskan bisnes pizza wagyu seorang diri. Banyak faktor kena ambil kira tambahan pula melibatkan kesihatan.
Selain menawarkan daging wagyu, pizza ‘viral’ ini juga dilengkapi dengan sos istimewa.
Ads
Ketika ulang tahun kelahiran Jo pada Januari lepas, Cik Epal mendedahkan peribadi suami tercinta yang berjiwa besar, pemurah, kreatif dan suka cuba benda baru.
Semoga Jo dan Cik Epal terus berjaya dalam perniagaan dan kejayaan mereka menjadi kekuatan semangat buat masyarakat.
Andai ditanya bagaimana tahap kewangan keluarga kita pada masa ini, adakah stabil atau sebaliknya? Tentu ada yang sekadar mengagak dan tidak tahu cara mengukurnya yang sebenar.
Diharap melalui perkongsian daripada Amir Syahir ini dapat memberi pencerahan dan sekali gus kita sedar dimana tahap kesihatan kewangan kita.
Jom Semak Tahap Kesihatan Kewangan
Bagaimana tahap kesihatan kewangan korang?Amat baik? Baik? Kurang baik? Ataupun bahaya?
Macam mana nak kira?
Contohnya si A ada;
Pinjaman Peribadi: RM330
Ansuran kereta: RM560
Gaji bersih: RM1850
Bayaran Balik Pinjaman (Ansuran Bulanan Dengan Bank) / Pendapatan Bersih X 100:
RM330+RM560 / RM1850 X 100= 48.11%
Jadi, si A dalam kedudukan kurang baik. Si A harus berhati-hati jika mahu buat hutang lagi.
Si A juga kena pastikan membuat hutang adalah untuk membina aset dan bukannya untuk liabliti lagi.
Jadi macam mana dengan korang? Harap tidak dalam keadaan bahaya.
Anak yang membahagiakan orang tua nya pasti murah rezeki dan senang hidupnya, demikian boleh diungkapkan buat anak muda bernama Syafie Naswip ini.
Meninjau ke akaun Instagramnya, kelihatan pelakon ini memuatnaik video yang memaparkan dirinya melayan ibu tersayang.Video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan beberapa memori indah Syafie bersama ibunya.
Ini termasuklah ketika dia menjaga ibunya sakit Di hospital siap membuat surprise dengan menghadiahkan sebuah jambangan bunga kepada si ibu.
Ini bukanlah kali pertama dia berkongsi video seperti ini di Instagramnya. Bahkan rata-rata warganet tahu bagaimana sikapnya sebagai seorang anak yang banyak berbakti kepada ibu serta bapanya.
Pemilik nama sebenar, Syafie Naswip ini pernah berkongsi membelikan rumah buat ibunya tersebut adalah hasil menabung hampir 12 tahun. Dia bersyukur kerana impian menghadiahkan rumah buat ibunya, Noorsiah Ahmad, 53, tercapai.
Pelakon filem Mukhsin dalam satu temu ramah memberitahu bahawa dia serta adik beradik lain, telah menabung hampir 12 tahun untuk membelikan sebuah rumah untuk orang tua mereka.
Berkongsi sedikit tips untuk menguruskan kewangan, Syafie memberitahu bahawa dia berdisiplin dalam membuat simpanan meskipun jumlahnya sendikit.
Malang tak berbau, walaupun dalam kita berhati-hati namun tetap juga berlaku kemalangan. Seperti mana yang berlaku kepada anak kedua pelakon Hafizul Kamal.
Menerusi perkongsian isterinya, Nurul Fariza Ibrahim yang berdepan detik cemas apabila anak keduanya, Sara Erina cedera di bahagian mata.
Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja memuat naik perkongsiannya di Instagram yang memaklumkan Sara tercedera akibat terkena cover buku.
Kecederaan itu menyebabkan Sara mengalami koyak di bahagian hujung matanya.
“Sekelip mata je jadi. Terkena cover buku. Maka menangis jugalah maknya terkejut darah keluar dari dalam mata.
“Jumpa doktor, hujung mata adik koyak dan ada cornial abrasion.
“Ada temu janji sekali lagi dengan doktor, harap tak ada benda yang perlu dijahit dan tak perlu kita berkampung di hospital,” tulisnya.
Dalam pada itu, Mieja turut trauma dengan kejadian tersebut.
“Banyak kerja tertangguh. Maaf sangat, rasa macam tak nak tengok phone, tak nak buat kerja dan nak tengok adik Sara 24 jam sebab takut benda sama jadi lagi,” maklumnya.
Mieja dah Hafizul mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2016.
Selain Sara, pasangan ini juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, Raisya Amanda yang dilahirkan pada 25 Oktober 2017.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...