Bercerita tentang ‘demam raya’ bagi yang tinggal dibandar-bandar, sebenarnya masa dan ketika inilah baru bermula semangat dan aura Raya, maklumlah sebelum ini semuanya berada di kampung halaman.
Dikesempatan hujung minggu biasanya diambil untuk mengadakan amalan ziarah dan ramai juga yang menjadikan tradisi menganjurkan rumah terbuka bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya yang diraikan.
Jadi menu apakah yang bakal anda hidangkan pada tetamu nanti?
Mungkin juadah Pizza Gunting ini boleh dijadikan antara menu special di majlis rumah terbuka anda nanti. Menyediakannya juga cukup mudah dan rasanya memang digemari ramai. Untuk itu, ikuti perkongsian Ummul-alifah ini.
“Tiap kali buat,memang laku keras,ramai jugak yang minta resepi ni..meh sini, sy share kt korang,senang sgt buatnya..mari-mari tgk resepinya,sangat sesuai utk yang nak makan pizza, tapi malas nak uli doh,guna roti gunting-gunting je……selamat mencoba”– Ummul-alifah Salim
Ni resepi utk 1 dulang 10×10 ye..
Ads
PIZZA GUNTING
Bahan-bahan:
9 keping roti
3 batang sosej (potong kecil)
100 gm isi daging/ayam (cincang)
1/2 cili benggala (potong dadu)
5 biji telur A
Bawang besar & bawang putih untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari
Mayonis dan cheddar cheese
3. Pecah telur kat bekas lain,ni telur saiz A, kalau telur saiz kecil,sila tambah sebijik lagi,supaya pizza nanti moist gitu..kocak telur tu ye dengan garfu je.
4. Campurkan hasil tumisan tu dengan telur,gaul rata.
5. Tuang campuran telur tadi ke atas roti gunting..gaul sebati ye
6. Ratakan dalam dulang,jangan lupa sapu marjerin dulu supaya x melekat..bakar dulu 20min 170°C
Okey..ni step nk deco..
1.kuarkan dari oven
2.sapu sos..hat ni sy buat sblah xde sos sbb anak-anak tak nak pedas..hehe..buh la sos feverete korang,life ke,kimbal,sy guna samano
3.tabur cheese yang dah di sagat..saya guna cheddar cheese,mix ngan mozarella pun best
4.buh la mayonis kegemaranLau rajin,boleh susun-susun sosej yang dipotong serong,tapi sbb kemalasan,ni pun sedap..hehe
Mayonis tu korang buh rapat2x cm gini,baru best,rasa lemak2x berkrim mayonis tu melt dlm mulut..hihi..okey,sambung bakar lg 10min atau sampai mayonis tu x melekat kt tangan,lau melimpah camni,dalam 15min gak
Ekstra tips : Telur sila tmbah lg kalau nak pizza yang lebih moist & kenyal.
sumber : Ummul-alifah Salim Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kari Kepala Ikan Tanpa Guna Santan. Pekat Elok Warna Kuah, Ni Cara Buatnya!
Semakin di penghujung Ramadan buntu pula dibuatnya untuk menyediakan juadah berbuka.
Jadi apa kata anda sediakan hidangan Kari Kepala Ikan seperti yang dikongsikan oleh Niza Zaini ini. Nampak begitu pekat dan cantik warna kuahnya.
Malah menariknya juga tidak menggunakan santan. Jadi bolehlah dicuba.
Bahan-bahannya:
Serbuk kari ikan
Serbuk cili
Bawang merah-dihiris
Bawang putih-dihiris
Halba campur
Bawnag putih kisar
Asam jawa-dibancuh dengan sedikit air
Daun kari
Tomato
Cara membuatnya :
1.Panaskan minyak secukupnya..masukkan hirisan bawang merah dan putih serta halba campur
2.Bila agak kuning masukkan daun kari berserta tangkainya..katanya aroma lagi umphh..
3.Masukkan tomato yang dibelah 4 dan kacau hingga tomato layu,
4.Bila tomato dah layu masukkan rempah ikan dalam 3 paket kecil(saya selalu guna cap O dan Babas)..saya masak ni utk seekor ikan merah yang sederhana besar..
5.Bila sudah letak rempah terus letak air. Kalau lambat nanti hangus pulak rempah tu warna pun tak cantik.
6.Masukkan bawang putih kisar dalam 4 ulas
7.Masukkan air asam jawa..jangan terlalu pekat nanti terlebih masam tak sedap.
8.Sementara itu masukkan serbuk cili dalam 2 sudu penuh..
9.Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit
Kalau ikutkan untuk rampai, kebiasaannya letak bendi, terung atau tomato hijau tapi, saya letak ubi kentang sebagai ganti..pun sedap
11.Bila kentang sudah empuk, kari pun dah pecah minyak cantik, bolehlah letak garam, sedikit gula (sedikit sahaja),sedikit serbuk perasa/secukup rasa..kemudian masukkan ikan serta beberapa tangkai cili padi/cili hidup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Benarlah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memilikulnya. Inilah dugaan hidup yang dilalui keluarga ini apabila dianugerahkan anak syurga, yang kini telah pun berusia hampir 20 tahun.
Ikuti kisah keluarga ini, semoga dapat menjadikan kita lebih sabar dan cekal dalam mendepani ujian hidup berkeluarga.
Cabarannya terasa sangat berbeza dalam kembara kami kali ini.
Dia bukanlah bayi, mahupun kanak-kanak, malah bukan lagi anak remaja. Balqis kini sudah di usia dewasa.Tubuhnya membesar selari dengan usia. Namun, kemampuannya tidak sama.
Balqis memerlukan bantuan kami sepenuhnya untuk uruskan dirinya.Kami akur, dia tidaklah membesar di hadapan kami sekelip mata. Hampir 20 tahun, memakan masa.Hampir 20 tahun Allah berikan latihan untuk kami sekeluarga.
Sedikit demi sedikit perubahan kami lihat dengan hati dan mata. Dari tidak sedar, menjadi pemerhati.
Dari tidak mampu duduk tegak, sudah boleh duduk bersandar.
Dari sepi tidak bersuara, sudah bising dengan bunyian dan perkataan tertentunya.
Dari dijangka terbaring sahaja, sudah ligat tangan mahu menyalam dan menegur semua yang dia jumpa.Subhanallah.
Banyak sungguh perubahannya kesan diserang sawan ketika 6 bulan usia.
Cuma, semakin dewasa semakin besar jugalah cabarannya. Tubuhnya, ragamnya dan juga mood turun naiknya.
Sepanjang kembara kami kali ini, ragamnya sangat mencabar buat kami dan juga adik-adiknya.
“I used to feel bad for Kakak, but this trip…I was like Arrrrggghhh why do you have to make it so difficult, Kakak!” Luahan hati si adiknya ini ketika sesi bulatan keluarga diadakan pada malam terakhir kami di Pulau Redang. Ia luahan ikhlas sekadar mahu lepaskan dari dada yang dipendam.
Masing-masing tunduk memandang ke pasir. Naufal tidak sedikitpun menaikkan kepalanya. Menitis-nitis airmatanya.
Nadiyah dari awal sudah tulus dengan perasaannya, tidak disimpan rasa mahupun airmata. Nafis mengesat-ngesat mata dengan bajunya, tidak mampu bersuara.
Sungguh, anak-anak terasa lelah dengan kerenah kakak mereka, kali ini. Berbeza dari kembara sebelumnya.
Serba tidak kena. Serba mendesak dan merenggek. Serba kelam kabut dibuatnya.
Urusan yang sepatutnya mudah, menjadi amat payah dan memakan masa. Tenaganya kuat sekali mengalahkan kami yang semakin tua.
Pulau yang di kelilingi pasir, perlukan tenaga untuk menarik kerusi rodanya. Tolak di atas pasir, tidak akan bergerak. Maka, terpaksa ditarik secara mengundur Balqis di atas kerusi rodanya. Lelah si tua bergerak ke sana sini.
Waktu tidurnya pula sangat mencabar dalam chalet yang kami maklum, serba sederhana. Dia terlalu biasa punya ruang tidur sendiri yang sunyi penuh privasi. Tiada gangguan buka tutup pintu dari sesiapa kerana dia punya bilik dan katil khasnya yang tersendiri. Tidurnya sangat payah sepanjang di Pulau Redang. Lalu, dikacau, dicekau, dipunggah segala isi dalam chalet kami.
Menyiapkannya juga sangat melelahkan. Perlu dikendung tubuhnya yang besar dan panjang melewati ruang pintu chalet yang rendah dan sempat.
Trip snorkling, Balqis mengamuk di hadapan semua penumpang lain. Dia mahu turun snorkling, tidak mahu ketinggalan, tidak mahu sabar menunggu giliran. Digelongsorkan tubuh badannya mengambil perhatian. Lantas terjunlah si Abi ke dalam lautan dalam membawa si anak dewasa ini hingga terlupa telefon bimbitnya di dalam poket…. menyelamlah bersama kekalutan.
Sungguh! Kalutnya hingga memerlukan tenaga dan menguji kesabaran yang luar biasa. Malangnya, kami hanya ibubapa yang biasa-biasa. Sangat lemah tenaga dan iman yang sentiasa turun naiknya.
Namun, Berhati-hatilah hati yang membaca.
Usahlah rasa ibubapa anak istimewa mengeluh bila berkongsikan hal-hal yang tidak nampak di mata biasa kita.
Usah terdetik di hati, “Mereka tidak redha dengan tentuanNya”.
Usah dijaja, “Itulah kifarah dariNya.”
Usah mendabik dada, “Lega aku tidak diuji sedemikian rupa.”
Usah penuhi hati dengan simpati semata-mata, tanamkanlah juga empati yang tinggi bila berhadapan dengan keluarga seperti kami.
Jangan sesekali ucapkan ayat klise; “Sabar lah ya”; kerana dengan bersabarlah anak ini masih sihat, selamat dan bahagia di bawah bumbung rumah mereka.
Jangan! Jangan juga sesekali katakan kami hebat. Sesungguhnya kita ada Allah, Yang Maha Hebat ….bukan kita, manusia.
Lalu, Bacalah dan dapatkan manfaat darinya. Jadikan ia ilmu bermanfaat dan diamalkannya. Agar kelak kami boleh bawa bersama persembahkan di hadapanNya. Agar bantu tutup lubang-lubang dosa dalam menjaga anak syurga amanahNya.
Inilah bantuan yang sebaik-baiknya untuk kami, dari para sahabat yang sudi membaca dan menyelami kisah-kisah kami bersama Balqis yang amat istimewa.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...