Rindu yang paling menyakitkan adalah merindui insan yang tak akan kembali. Pergi yang takkan kembali, ibarat separuh jiwa turut dibawa bersama. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak pergi dahulu, dalam sekelip mata tanpa sebarang petanda mahupun sakit.
Bagi pelakon, Fauziah Nawi yang baru kehilangan anak lelakinya baru-baru ini bagaimanapun bersyukur kehadiran arwah anak, Pitt Haniff selama 43 tahun dalam kehidupannya. Jelasnya lagi, arwag adalah seorang anak yang baik terhadap ibunya.
“Alhamdulillah. Syukur kerana meminjamkan Allahyarham Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif kpd ku ibunya ya Allah.
Hari ni hari ke5 @pitthanif tinggalkan mama.
“Pitt anak yg baik tak pernah meninggikan suara dan tak pernah mempertahankan diri Pitt biar apa pun mama ckp.
Tentu Pitt ingat kenapa mama pilih nama Pitt Firdaus..kerana taman syurga…mama selalu ingatkan nama pitt taman syurga … Titin…Fateha kerana surah kemestian dlm solat kita…Mama panggil Pitt Fir tapi Pitt tetap nak Pitt bukan Fir. Tenanglah disana wahai anakanda buah hati mama Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif aka @pitthanif
Sumber: IG fauziahnawi