Nak buat pisang goreng, bancuhan tepung itu perlu betul barulah sedap rasa pisang yang dimasak. Agak leceh juga jika tersalah bancuhan, ini kerana bab kepekatan bancuhan tepung itu kena tahu. Kalau terlalu cair, tepung tidak melekat pada pisang atau jika terlalu pekat pula akan keras rasa pisang yang digoreng.
Jadi untuk lebih mudah menyediakan menu pisang ini, apa kata anda sediakan Popia Pisang double Coklat ini. Anak remaja kita pun boleh buat sendiri, senang sangat. Malah apa yang lebih penting rasanya sangat sedap dan menyelerakan.
Ini sebagaimana kata Noratiqah, “Gabungan rangup, manis pisang dan coklat. Fuhh meletops.” Untuk itu, Noratiqah telah berkongsi resipi untuk lebih ramai dapat merasai keenakan hidangan yang ringkas penyediaannya namun puas hati dengan rasanya.
Bahan-bahan:
Popia
Pisang
Coklat rice (ni pilihan)
Tepung dan air (untuk dijadikan pelekat)
Nutella (tukar ke coklat lain pon boleh)
Cara penyediaan:
1. Asingkan kepingan popia
2. Dah asingkan kepingan popia. Kite beralih arah ke pisang. Potong pisang bahagi 2. Nak potong boleh. Tak nak potong pon boleh. No problem.
3. Letak pisang di tengah hujung ke arah kita dan letakkan coklat rice.
4. Gulung kasi kemas dan ketat supaya coklat rice tak terkeluar.
5. Tepung dan air. Dijadikan gam
6. Masa untuk goreng hingga perang.
7. Hias dengan nutella.
Sumber: Noratiqah Nordin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Resipi Viral Nasi Bawang Dengan Crispy Beef Yang Sedap Dan Rangup, Patutlah Share Hingga 22K!
Bagi yang pernah makan Nasi Crispy Beef kawasan Wangsa Maju pastinya teringin nak menikmati hidangan ini. Sudah tentu keenakan hidangan ini, membuatkan ramai yang ‘mengidam’ menu ini.
Disebabkan dalam tempoh PKP tentu kita tidak boleh bergerak bebas dalam jarak untuk ke kedai. Buat yang ingin memcuba hidangan ini, apa kita buat sendiri di rumah.
Semalam tular resipi ini menerusi perkonsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ikuti resipi lanjut ini.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju(kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri.
Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
400g daging
1 biji bawang Holland
2 sudu besar kicap cair
1 butir telur
2 ulas bawang putih
1 sudu empingan cili
1-2 cawan tepung jagung
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
1 sudu besar bijan(disangai)
Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat.
Cara masak nasi bawang
Di kedai kawan saya tu Crispy Beef ni dihidang dengan nasi bawang. Saya akan gunakan bawang Holland untuk buat bawang goreng dan minyak bawang untuk buat nasi bawang tu.
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef
Cuci beras. Letak bawang goreng dan minyaknya. Masukkan garam. Letak sikit mentega atau ghee jika mahu. Tanak nasi macam biasa dalam “rice cooker”.
Cara masak Crispy Beef
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kanji/kentang(potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua(double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”. Tak tahu dalam BM istilahnya apa.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang(cara masak nasi bawang ada di ruangan komen).
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Face Mist Pun Boleh Buat Sendiri. Wow, Jimat Duit Poket Ibu Yang Nak Cantik!
Diakui kini penggunaan Face Mist menjadi antara produk kecantikan wajib ada bagi seseorang wanita. Pun begitu, apa istimewanya apabila kita ‘spray-spray’ air tersebut ke wajah sebenarnya?
Sebenarnya Face Mist ini adalah sejenis air yang apabila disemburkan ke wajah dapat memberi kesegaran wajah, menenangkan dan dapat memberi nutrisi kepada kulit. Kebaikan menggunakan Face Mist juga dikatakan dapat menyeimbangkan pH kulit terutama selepas mencuci wajah dan sekali gus melembabkan kulit sepanjang waktu.
Oleh itu, apa kata kali ini kita sediakan sendiri ramuan untuk menghasilkan Face Mist yang cukup istimewa. Cara membuatnya telah dikongsikan oleh Tengku Wdec di akauan fbnya. Jom semak untuk mengetahui lebih detail.
Bahan: Timun sebatang.
Cara Penyediaan :
- Potong timun dan rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat. Sebab timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitaminnya hilang. Agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2) Blend timun tadi dengan sedikit air rebusan. Agak-agak je. Jangan banyak sangat.
3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkan dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.
“Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.”
sumber : Tengku Wdec
Cara Pindahkan Maklumat Dependent Ke Akaun MySejahtera Mereka Sendiri. Mudah Je, Ikut Langkah Ni!
Seperti mana semua sedia maklum, bagi setiap individu yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini diberikan kelonggaran untuk dine-in atau makan di restoran namun perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi yang dipaparkan di aplikasi MySejahtera.
Pun begitu jika sebelum ini anda daftarkan nama pasangan atau ibu ayah di kampung sebagai dependent di aplikasi MySejahtera, tentu sahaja sijil digital mereka berada di dalam telefon yang didaftarkan.
Oleh itu, bagaimana caranya untuk memudahkan dependent mempunyai sijil vaksinasi di telefon bimbit mereka sendiri?
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Puan Siti Nursoleha Nawawi yang boleh dicuba.
CARA PINDAHKAN MAKLUMAT DEPENDENT KE AKAUN MYSEJAHTERA MEREKA SENDIRI
Peringatan : Pastikan anda selesai suntikan 2 dos vaksin dan TELAH MUNCUL digital certificate terlebih dahulu (pengalaman saya sendiri).
Bagi kes belum dapat tarikh, belum vaksin, atau baru vaksin dos pertama juga boleh juga cuba menggunakan cara ini. TAPI SAYA TAK PERNAH CUBA. Walau bagaimanapun, pastikan aplikasi MySejahtera anda dan OS handphone anda up to date.
Okay, hari ni ada ILMU BARU nak dikongsi. Dulu, saya was-was untuk divaksin.. Maka saya tidak bersedia untuk daftar vaksin di Aplikasi MySejahtera. Oleh itu, suami saya mendaftar vaksin nama dan ic saya di bawah MySejahtera dia, makna kata saya adalah dependent kepada suami saya.
Pendekkan cerita, saya telah lengkap dua dos vaksin. Alhamdulillah. TETAPI digital certificate saya kini berada di Aplikasi MySejahtera suami saya. Memula rasa okay je, takde hal la.. kita ada kad putih temujanji tu sebagai bukti.
Namun begitu, saya khuatir jika selepas ini operasi sekatan jalan raya atau SOP untuk memasuki mana-mana premis/kawasan mereka nak lihat digital certificate tadi. Takkan saya nak usung handphone suami saya?
Terbukti hari ini, dengan bantuan rakan saya di PPV, dia kata saya dengan mudah boleh je pindahkan maklumat saya dari MySejahtera suami kepada MySejahtera saya. Bagaimana?
Lihat setiap satu gambar. Semoga bermanfaat
Langkah 1 : Buka aplikasi MySejahtera dan klik Covid-19 Vaccination
Langkah 2 : Klik pada bulatan Vaccine
Langkah 3 : Semak maklumat sebelum tekan confirm dan tekan OK
Langkah 4 : Jawab semua soalan. Untuk soalan 1 sila jawab Ya/Yes. Setelah jawab semua tekan submit dan OK
Langkah 5 : Selesai jawab soalan tekan close dan secara automatik maklumat vaksinasi akan dipaparkan di akaun MySejahtera sendiri.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Siti Nursoleha Nawawi
ARTIKEL MENARIK:Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Bila TokTi Respon “MasyaAllah Hebat!!!”. Terus Abang Ni Buatkan Pula Potret Siti Nurhaliza Guna Rubik. Hasilnya Sama Sangat!
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club