Makan

Pisang Kalau Nak Tahan Lama & Tak Busuk, Ada Cara Nak Simpan

Share

Pisang selalunya tidak tahan lama apabila disimpan. Cepat jadi lembik dan busuk. Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kita tahu tahu cara menyimpan pisang yang betul. Jika kena caranya buah ini akan tahan lebih lama.

Bagi anda yang suka makan pisang dan selalu ada stok buah pisang di rumah, boleh cuba LIMA cara berikut. Selepas ini tiada lagi masalah pisang menjadi lebam dan cepat busuk selepas anda membelinya.

Kredit foto: Freepik

1. Pilih sisir ada masak dan belum masak

Pilih sisir atau setandan pisang yang di dalamnya terdapat pisang yang sudah masak dan belum masa. Supaya kitya tak perlu menghabiskan semua pisang dalam masa yang singkat.

2. Basuh pisang dengan air bersih

Kebanyakan peniaga akan menyembur sejenis bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangan pisang. Oleh itu dengan membasuh pisang bukan saja dapat mengelakkan kita termakan malah mengelakkan ia dari masak lebih cepat.

3. Balut tangkai dengan kertas aluminium

Untuk kekalkan kesegaran pisang, balut tangkat pisang dengan kertas aluminium atau kertas. Kemudian simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Selain itu boleh juga gantung pisang dalam keadaan tangkai ke atas. Ia bertujuan mengurangkan bintik-bintik pada pisang.

4. Jangan simpan pisang dengan epal

Ini kerana epal akan membebaskan sejenis bahan kimia yang disebut ‘ether’ yang akan menyebabkan pisang masak lebih cepat.

5. Elak hentak pisang

Jangan letak dengan kasar atau menghentak pisang ketika mengendalikannya. Pegang atau letakkan dengan perlahan kerana hentakan yang kuat akan menyebabkan kulit pisang menjadi gelap atau lebam dan teksturnya menjadi lembik.

Kredit foto (top image): Freepik