Pisang Goreng Tetap Enak Walaupun Tidak Panas Lagi Dengan 7 Petua Ini. Wow, Terlajak Mudah Ibu-Ibu!

Share

Sedapnya menikmati hidangan pisang goreng bersama secawan teh o atau kopi panas. Lagi bagus jika pisang goreng itu masih panas.  Terasa begitu nikmat, lebih-lebih lagi jika dijamah bersama keluarga mahu pun rakana-rakan di waktu petang begini.

Bercerita tentang perihal pisang goreng, selain rasanya yang enak dan manis menjadi sebab ia cukup digemari. Kerangupan rasa adunan tepung yang digunakan juga turut mempengaruhi keenakan total pisang yang digoreng.

Terbukti bukan semua orang boleh menyediakan hidangan pisang goreng yang sedap dan rangup. Nak tahu apa petuanya? Jom semak!

Cuba 7 petua ini untuk merangupkan pisang goreng:

1. Kapur masakan

Masukkan sejumlah kapur masakan di dalam adunan tepung. Ini dapat menjadikan ramuan tepung menjadi lebih rangup dan sekali gus menjadikan pisang goreng lebih enak dan menyelerakan.

2. Tepung beras

 

Bancuhan tepung gandung hendaklah dicampurkan bersama tepung beras untuk mendapatkan adunan tepung yang sempurna. Gunakan nisbah 2 cawan tepung beras dan 1 cawan tepung gandum.

3. Kelapa parut

Mungkin tidak ramai yang tahu, sebenarnya kelapa parut jika ditambah ke dalam bancuhan tepung bersama dengan telur, garam, air kapur dan serbuk kunyit boleh menjadikan adunan tepung goreng menjadi rangup dan rasanya juga lebih enak.

4. Soda bikarbonat

Baking soda atau juga dikenali dengan soda bikarbonat turut digunakan untuk tujuan rangupkan adunan tepung goreng. Caranya juga cukup mudah, satukan tepung gandum dan soda bikarbonat dan kemudian barulah ditambah bahan-bahan lain seperti air, garam dan serbuk kunyit.

5. Bijan

Tambahkan sedikit bijan bertujuan untuk memberikan kerangupan adunan tepung pisang. Jangan lupa letakkan serbuk kunyit bagi memberi warna keemasan yang cantik pada adunan terpung tersebut. Istimewanya juga bila adanya bijan ini dapat memberi rasa yang lebih enak.

6. Minyak panas

Memilih untuk menambahkan minyak yang dipanaskan ke dalam adunan tepung juga tidak menghampakan. Caranya cukup mudah namun anda perlu berhati-hati memandangkan minyak tersebut panas.

7. Tepung goreng segera

Kini terdapat pelbagai pilihan jenama tepung segera untuk menggoreng pisang. Jadi pilihlah yang mana satu sesuai dengan cita rasa anda. Cara bancuhan pula telah tersedia di bagaian bungkusan untuk memudahkan pengguna.