Baru-baru ini Izara Aishah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat puteri sulungnya , Irisa Alaia yang genap setahun pada 15 April yang lalu. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat Izara dan suaminya.
Apa yang menariknya, menerusi majlis tersebut, Izara turut berkongsi throwback kenangan setahun lalu sebelum dan selepas kelahiran anak sulungnya itu.
Memang eksklusif kerana selepas setahun baru peminat berpeluang untuk melihat wajah Alaia sewaktu dilahirkan. Memang comel dengan pipi merah membuatkan ramai memuji.
Menerusi video tersebut, kelihatan Adib sedang memandu kereta menuju ke hospital memandangkan Izara sudah mula mengalami kontraksi.
Ads
Walaupun dalam keadaan gementar dan menahan sakit, Izara tetap nampak cantik biarpun tanpa secalit solekan.
Yang lebih menjadi perhatian pastinya detik Alaia dilahirkan. Wajahnya yang putih kemerah-merahan sambil membuka mata memang comel.
Selain video eksklusif tersebut, Izara turut memuat naik gambar-gambar sekitar majlis Alaia yang bertemakan merah jambu dengan Alaia cukup comel dalam penampilan gaun merah jambu ala-ala princess.
Ads
Mama punya little nyawa , mama’s first love , mama’s whole world, my heart my everything. Alhamdulillah you’re 1 sayang mama.. Happy First birthday anak ma sayang
Ayam Masak Ingkung Jawa, salah satu masakan tradisi masyarakat Jawa yang amat menyelerakan.
Masyarakat Jawa selalu buat ini untuk bancaan, kesyukuran atau majlis-majlis istimewa. Memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih atau Nasi Ambeng❤️
Ayam dimasak seekor membolehkan dagingnya sangat berjus dan lembut. Nak tahu cara buatnya, jom admin kongsikan resipi dari Azlan Syazani Adanan. selamat mencuba!
BAHAN:
Ayam- 1 ekor (cuci bersih, lumur dengan limau nipis, cuci semula dan ikat kaki serta bahagian dada. Saya ikat guna daun pandan)
Cili Besar – 3 biji*
Bawang merah- 8 biji*
Bawang putih- 6 biji*
Halia- 2 inci*
Kunyit hidup- 4 inci*
Cili padi- 4/5 biji* (jika suka pedas)
Buah keras – 6 biji* (sangai dahulu)
Kencur@cekur- 3 inci*
Lengkuas- 4 inci (ketuk)
Serai – 2 batang (ketuk)
Serbuk Ketumbar- 1/2 sudu makan
Serbuk Lada Hitam- 1 sudu makan (sy guna lada hitam biji blend sekali dengan bahan lain)
Daun salam- 6 helai
Daun limau purut- 6 helai
Santan pekat- 1 paket (sy guna santan segar)
Serbuk perasa
Garam
Gula pasir (sedikit sahaja)
Asam jawa
Minyak masak
CARA:
1. Kisar semua bahan bertanda * bersama sedikit air dan minyak sehingga halus.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai dan lengkuas.
3. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan lumur rata semua bahan yg telah ditumis tadi. Masukkan rempah tumisan sedikit ke dalam perut ayam.
5. Masukkan santan dan air sehingga separuh ayam.
6. Masukkan daun salam dan daun limau purut.
7. Perasakan dengan garam, asam jawa, serbuk perasa dan sedikit gula.
8. Masak sehingga kuah memekat dengan api sederhana selama +-40 minit dan tutup periuk atau kuali. Sentiasa bolak-balikkan ayam supaya masak sekata.
Saat ingin berpindah ke rumah baharu tentu perasaan teruja untuk dihias sempurna dengan perabot mewah dan gah gayanya.
Pun begitu, perlu difahami dalam mencari bahagia bukan disandarkan dengan kemewahan semata-mata. Ini sebagaimana apa yang cuba disampaikan oleh Tuan Salkukhairi Abd Sukor.
Ini perkongsiannya.
Apabila masuk rumah baru, kebanyakan kita merancang untuk beli perabot-perabot yang cantik -cantik dan mahal-mahal.
Masing-masing fikir nak buat konsep apa. Moden ke, klasik ke, ala-ala tradisional ke. Sampai bergaduh laki bini, perabot punya fasal.
Saya pun dulu ada pemikiran begitu juga. Maklumlah baru dapat rumah baru kan. Memang teruja sangat nak hias rumah gila-gila punya.
Tapi selepas tu bila difikir fikirkan balik, perabot-perabot yang mahal lagi cantik yang kita penuhkan rumah kita itu, mampu ke memberi jaminan kebahagian untuk kita?
Ramai orang yang tidak lena tidurnya walaupun tidur diatas tilam empuk dan katil kayu jati import, berbanding yang hanya tidur diatas toto nipis dan berbantalkan bantal kekabu sahaja. Letak saje kepala, sedar-sedar dah subuh.
Ramai orang yang tiada selera makan nya walaupun makan diatas kerusi dan meja makan yang luas dan buatan eksklusif, tiada dijual di Ekea. Makan pulak sorang -sorang aje. Berbanding yang makan hanya beralaskan tikar plastik, tetapi habis satu periuk nasi. Makan pulak satu keluarga.
Ramai orang yang beli pinggan mangkuk berdozen dozen. Macam macam jenis dan warna. Akopal lah Akorok lah. Tetapi hanya jadi bahan tayangan yang tersadai di dalam almari hiasan di sudut ruang tamu. Berbanding yang ada 2, 3 biji pinggan mangkuk tetapi sering digunakannya setiap hari ketika makan bersama keluarga.
Ramai juga orang yang perabot dalam rumahnya penuh satu rumah. Pantang ada ruang kosong. Pasti akan dipenuhkan nya dengan perabot. Kononnya tak nak bagi rumah nampak kosong sangat. Sampaikan anak-anak nak berlari pun terpaksa tekan break emergency, bimbang terhantuk kepala dengan perabot jati. Kalau terhantuk, perabot pecah atau rosak, anak-anak jugak yang kena marah. Silap-silap haribulan kepala anak yang pecah. Berbanding yang hanya ada satu meja tv tanpa kerusi. Anak-anak bebas berlari ke sana ke sini di rumah sendiri melayan kegembiraan life mereka sambil ibu bapa tersenyum melihat keletah anak-anak.
Ramai juga orang sanggup hias bilik tidur warna warni. Dalam bilik penuh dengan perabot mengikut warna tema bilik. Sampaikan ruangan untuk solat dan beribadah dirumah punya lah sempit. Itupun betul-betul depan bilik air. Berbanding orang yang setiap sudut rumahnya boleh digunakan untuk bersolat jamaah bersama ahli keluarga. Ruangannya luas dan dijaganya dengan bersih.
Maka oleh itu, janganlah kita menganggap kebahagiaan itu hanya sekadar bersandarkan kepada rumah yang mewah dan perabot dalam rumah yang cantik semata-mata. Kebahagiaan itu milik Allah. Dia lah yang memberikan kebahagian kepada hamba hambaNya yang Ia kehendaki.
Sebaliknya bersyukurlah kita jika diberikan kelebihan dan kemewahan. Kerana Allah suka akan hamba hambanya yang bersyukur. Baik perabot banyak atau tidak banyak dalam rumah, bersyukurlah. Dan yang sebaik baiknya adalah bersederhanalah dalam setiap perkara.
Paling penting hiasilah rumah kita dengan amalan-amalan yang mampu menjadikan keluarga kita sentiasa di berkati dan dirahmati Allah.
Biarlah rumah kita kosong tanpa perabot asalkan tidak kosong daripada rahmat Allah.
Zaman sosial media sekarang ni, semua benda nak dimuat naik. Tak kira lah benda yang positif atau negatif, dah menjadi kebiasaan pula orang ramai nak kongsikan.
Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, sebuah rakaman video memaparkan seorang anggota polis trafik yang seolah-olah mengantuk dan kelihatan terhuyung-hayang di tepi jalan ketika menjalankan tugas menjaga lalu lintas.
Perkara ini sekali gus membuatkan orang awam bimbang dengan tindakannya yang boleh mengundang bahaya dan mendapat perhatian ramai termasuklah pelakon, Nabila Huda.
Nabila yang juga anak kepada penyanyi, Amy Search tampil meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan sesetengah netizen yang semakin kurang sensitif.
Nabila turut mempersoalkan ke mana perginya adab dan rasa simpati individu yang menyebarkan video tersebut sehingga tular demi meraih viewers di ruangan komen.
“Ni la masalahnya..Semua benda nak di record tanpa izin pastu post kat social media..kan lebih baik berhenti tepi,pergi lah tanya tuan tu ok ke tak,offer dia air ke,tanya if he need food ke or help..ini sibukkkkkkkkkk lahhh nak record, nak post, nak viral, nak viewers..mana adab? Mana rasa simpati ? Memang suka eh post untuk kasi orang ketawa..you think this is funny ?” tulisnya di Instagram Xtra.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah telah mengesahkan kejadian terbabit berlaku di Bulatan Uplands, Kuching pada Jumaat lalu.
Malah, pihak mereka juga mengambil tindakan untuk meneliti tahap kesihatan anggota trafik tersebut.
Meninjau komen lain di perkongsian tersebut, rata-rata turut meluahkan rasa kesal terhadap individu yang merekod kejadian tersebut. Malah, ada yang membayangkan jika orang tua mereka di situasi sebegitu.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...