Umumnya bila sebut tentang tersalah urat, perkara yang biasa terjadi antara kita adalah pada bahagian leher atau tengkuk dek kerana postur tubuh badan yang tidak betul semasa tidur.
Kesan daripada tersalah urat itu, leher akan sakit hingga menyebabkan rasa tidak selesa untuk mengalih pandangan ke kiri dan ke kanan.
Pun begitu, lain pula kisahnya dengan penyanyi, Datuk Nash, 63, meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya yang sukar bergerak akibat tersalah urat agar segera kembali pulih.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
Difahamkan dia baru pulang dari Sarawak semalam dan terus menghadiri jemputan kahwin anak rakannya di sini.
“Saya datang agak lewat sikit. Sebelah malam pula ada lagi satu jemputan kahwin Aizat di Bandar Sungai Long, Kajang. Itu yang macam nak cepat-cepat siap.
“Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib. Saya pun ambik wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.
“Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya ‘cramp’ (kejang), kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat Maghrib terpaksa guna kerusi,” tulisnya.
Ads
Menurutnya lagi sebagaimana memetik Harian Metro, sebaik selesai solat, dia meminta anak dan menantu menghantarnya ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
“Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega. Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakhbar, doakan saya cepat sembuh ya. Banyak lagi tugasan yg belum selesai. Amin,” katanya.
Selepas sahaja melahirkan anak, ada mak-mak yang tidak kisah dan kurang mengambil berat soal kesihatan diri. Bukan hanya kerana tidak sakit, luka bersalin lebih-lebih lagi jahitan caesarean perlu dijaga dengan baik sehingga benar-benar pulih.
Bukan seminggu dua bahkan berbulan-bulan lamanya sehingga ia benar-benar pulih. Ini yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad. Jagalah kesan jahitan sebaiknya. Elakkan terkena jangkitan.
JANGKITAN KUMAN PADA LUKA CESAREAN
Sepanjang saya menjadi doktor, jarang saya melihat jangkitan kuman pada luka Cesarean terlalu teruk. Hanya satu kes di mana seorang pesakit berusia lewat 30 an, yang merupakan pesakit diabetes yang tidak terkawal, mengalami jangkitan pada luka Cesarean sehingga terbuka jahitan pada kulit.
Untuk sembuh mengambil masa yang lama, berbulan-bulan. Selain mencuci luka dan pemberian antibiotik, saya mendapati pemberian vitamin C juga membantu menyembuhkan luka.
Melahirkan anak secara pembedahan caesarean memerlukan penjagaan yang teliti bagi mengelakkan jangkitan luka Cesaerean ini.
Kuman (bakteria) boleh memasuki luka pembedahan apabila kawasan sekitar luka menjadi lembab dan kotor, terutama bagi wanita yang obese kuat berpeluh.
Selalunya kuman jenis Staphylococcus dan Streptococcus yang akan menyebabkan jangkitan luka Cesarean. Kuman ini berada pada kulit manusia secara semulajadi dan akan hilang apabila kita membersihkan diri dan mandi. Ia mudah membiak di kawasan yang lembab dan kotor yang tidak dibersihkan.
Tidak semua orang akan mengalami jangkitan luka Cesarean. Antara yang berisiko untuk mengdapat jangkitan ini adalah:
* Obesiti
* Umur yang semakin meningkatkan.
* Kulit yang berpenyakit
* Penghidap Diabetes
Selalunya jangkitan luka Cesarean tidak menunjukkan sebarang tanda kecuali selepas 3-7 hari. Pada masa itu kebanyakan pesakit sudah berada di rumah.
Pada awalnya, terdapat cecair yang keluar dari luka. Cecair ini akan kering selepas beberapa hari. Tetapi jika berlaku jangkitan luka Cesarean, lebih banyak cecair yang dikeluarkan.
Seterusnya jangkitan luka Cesarean menyebabkan luka akan menjadi bengkak dan kemerahan pada sekitar luka. Cecair yang dikeluarkan akan menjadi lebih kekuningan (nanah).
Demam menggigil petanda jangkitan pada luka
Jika jangkitan luka Cesarean menjadi teruk, pesakit akan berpeluh, demam yang tinggi sehingga menggigil, sakit kepala dan sakit seluruh tubuh, keletihan dan tidak bermaya.
Antara cara yang dilakukan untuk merawat jangkitan luka Cesarean adalah:
* Mencuci luka mengggunakan air yang bersih (sterile), dengan teknik yang betul. Sapukan cecair antiseptic (seperti alcohol dan ubat kuning) pada sekitar luka.
* Tutup luka jika ada cecair yang keluar dari luka.
* Ambil antibiotic seperti yang dinasihatkan.
* Kawal paras gula (bagi pesakit diabetes)
* Ambil makanan yang bernutrisi
* Ambil suplemen Vitamin C bagi membantu penyembuhan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Tahukah anda bahawa kesihatan usus anda juga dapat dikekalkan dengan mengamalkan tabiat baik seperti senaman secara tetap dan tidur yang mencukupi.
Selain itu, ada juga makanan tertentu yang boleh membantu mengimbangkan nisbah mikrobiota baik dan buruk di dalam usus seperti probiotik, prebiotik dan serat.
Nak tahu lanjut mengenai mengenai probiotik dan kesihatan usus, ikuti lanjut penjelasan Farahanani Amir Hamzah, Pegawai Dietetik UiTM.
Probiotik merupakan bakteria yang memberi manfaat kepada kesihatan usus dan badan kita apabila dimakan dengan cara yang betul. Perkataan Probiotik diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud “For Life”. Tidak dinafikan, bakteria ada di mana-mana sahaja dalam persekitaran termasuklah bakteria dan mikroorganisma yang wujud dalam usus kita yang disebut sebagai Gut Microbiata.
Penting untuk kita capai keseimbangan Gut Microbiata dengan amalkan pemakanan yang mengandungi probiotik. Keseimbangan ini bermakna, bakteria baik mestilah lebih banyak daripada bakteria jahat. Ketidakseimbangan Gut Microbiata disebut sebagai dysbiosis.
Gejala dysbiosis antaranya; keletihan, masalah penghadaman, masalah salur kencing, pedih ulu hati, perut kembung, dan masalah kulit seperti jerawat dan ruam kulit.
Contohnya kes keracunan makanan akibat termakan makanan yang mengandungi bakteria Salmonella spp. Pesakit keracunan makan boleh mengalami cirit birit, muntah dan pening kepala. Dalam keadaan ini, pengambilan probiotik selepas gejala reda, akan mewujudkan semula keseimbangan Gut Microbiata.
Kebaikan mengambil probiotik, paling utama ialah berfungsi menguatkan sistem imuniti tubuh. Sebaik sahaja berlaku kemasukan mikroorganisma asing yang sepatutnya tidak berada dalam badan kita, probiotik akan menggalakkan penghasilan sel imuniti tubuh untuk menyerang mikroorganisma asing itu.
Menurut kajian saintis pada tahun 2010, pengambilan probiotik secara berkala dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Mekanisma pengurangan risiko ini salah satunya dengan menghalang pertambahan sel kanser. Selain itu, probiotik juga boleh membantu mengurangkan Kolesterol LDL dalam darah dan seterusnya merendahkan risiko penyakit jantung dan kardiovaskular.
Seterusnya, kita kena tahu bahawa ada beza antara probiotik dan prebiotik;
1) Probiotik ialah bakteria, 2) Prebiotik ialah makanan kepada bakteria. Sumber makanan bagi kedua-duanya juga berbeza. Artikel kali ini kita fokus kepada probiotik sahaja.
Ada 2 jenis bakteria baik yang telah diketahui memberi kebaikan kepada manusia. 1. Lactobacillus: Selalunya didapati dalam produk tenusu seperti yoghurt, cottage cheese, makanan seperti tempe, miso dan minuman kombucha, minuman kultur dan wain merah; 2. Bifidobacterium: Terkandung dalam beberapa produk tenusu seperti kefir, roti sourdough, kimchi dan sayuran yang ditapai. Harus kita faham, ada sesetengah makanan memang mempunyai kandungan kedua-dua jenis bakteria cuma peratusannya berbeza.
Selain daripada makanan, probiotik juga dihasilkan secara komersil sebagai suplemen dalam bentuk kapsul atau serbuk yang boleh didapati di farmasi.
Bagi keadaan dimana ada kesukaran untuk makan makanan yang mengandungi probiotik, boleh makan supplemen probiotik sebagai alternatif. Badan masih boleh memproses probiotik dalam bentuk ini.
Kesimpulannya, amalkan pemakanan sihat dan seimbang, dan makan lah makanan yang mengandungi probiotik untuk menjaga kesejahteraan usus dan sekaligus, seluruh tubuh kita. Bincang dengan Pegawai Dietetik dan doktor anda jika ada sebarang kemusykilan berkenaan probiotik.
Ramai yang ingin mencari petua nak turunkan kolestrol. Selain mendapatkan rawatan hospital, tidak salah mencuba beberapa petua.
Begitu juga dengan petua ini yang menggunakan kacang bendi sahaja.
Ikuti perkongsian ini.0
Turunkan Kolestrol dengan Air Ini
Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol.
Selepas amalkan minum air ini saya tidak lagi kebas kaki, kolestrol suami juga telah turun. Berbaloi kan dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.
Cara penyediaannya:
Kacang bendi 10 – 15 biji dibasuh dan dipotong.
Air masak 1 liter.
Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air.
Simpan di dalam peti sejuk.
Minum selalu.
Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar.
Cubalah. Semoga bermanfaat.
Kalau ibu atau bapa anda ada Diabetes, kena cepat stop guna Gula Pasir dalam minuman. Tawar? Tak tawar, manis. Guna Pemanis Tanpa Kalori, rasa manis yang tidak menaikkan paras gula dalam darah. Info boleh baca di Sihat Tanpa Gula.
Kredit: Erika Khoriawati via pesan bonda
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang bapa yang juga anggota komando di Sungai Udang, terkenal dengan ketegasan dan wajah garangnya, sanggup mengenakan pakaian sekolah pada pagi Isnin demi memberi...