Pingat Emas Ditarik Balik, Kisah Ziyad Pernah Berniaga Kuey Teow Turut Jadi Perhatian Warganet.

Share

Baru sahaja Malaysia dikhabarkan dengan berita gembira apabila atlet olahraga Paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli muncul rakyat Malaysia pertama berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik buat kali kedua berturut-turut.

Lebih manis, Ziyad memenangi pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik sebentar tadi dengan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m).

Namun tidak lama, terkini, kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.

Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan selepas kemenangan Ziyad.

Dalam pada itu Sekretariat Malaysia membuat bantahan rasmi kepada penganjur ekoran penarikan pingat emas Ziyad sebentar tadi.

Rupanya pernah menjual Kuey Teow sebelum sertai MSN

Untuk berjaya dalam sesuatu bidang bukannya suatu yang mudah. Perlu melalui kesukaran untuk meneruskan kehidupan. Begitu juga dengan kisah Muhammad Ziyad ini yang kini menjadi bualan hangat di media sosial setelah emasnya ditarik balik. Ikuti biodata moga menjadi semangat kepada anak muda yang lain.

Menurut ayahnya, Zolkefli, sebelum Ziyad menyertai Majlis Sukan Negara, beliau menjual Kuey Teow di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

1. Berusia 26 tahun, Ziyad menghidap masalah pembelajaran (intellectual impairment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.
2. Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.
3. Menurut portal Paralympic, Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008. Ia merupakan satu acara sukan yang wajib di sekolahnya.
4. Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohahan Paralimpik di London pada tahun 2012, dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.
5. Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.

Sumber: Astro Awani , Public Health Malaysia & Siakap keli