Pindahkan Anak Pokok Kari Ke Tanah, Tak Perlu Ditekan Menanamnya Tapi Ramai Yang Buat. Ni Cara Sepatutnya Buat!

Share

Hari ni nak kongsi cara semai dan tanam pokok kari yang betul, yang mana rasa nak tanam pokok kari kat rumah tu boleh baca and ikut je cara ni..boleh jimat duit sikit nak masak kat rumah.. InsyaAllah dengan izin-Nya tumbuh la pokok tu.

Senangnye je sebenarnya nak tanam pokok kari ni, semua orang boleh buat, step by step saya kongsikan ya..

Pertama

Apa yang kita perlu adalah anak benih pokok kari atau keratan batang anak pokok yang tumbuh dari pokok kari dewasa (diambil bersama akar)

Kedua

Sediakan polibeg kecil saiz 6×6 atau guna je apa yang yang ada, keratan botol, pasu kecil dan lain-lain mengikut cita rasa sendiri. Kemudian isikan tanah ke dalam polibeg.

Ketiga

Buatkan lubang di tanah dalam polibeg dan masukkan anak benih/keratan anak pokok ke dalam polibeg/pasu kemudian siram dengan air agar tanah akan menjadi padat.

*Tips Ekstra*

Tanah tu jangan tekan dengan tangan ye, ini untuk menggalakkan pertumbuhan akar dalam tanah, kalau tekan dengan tangan nanti tanah tu jadi terlalu padat susah untuk akar membesar.

ARTIKEL MENARIK : Pokok Kari Merendang Lebat Daunnya, Begini Tipsnya!

ARTIKEL MENARIK LAGI : Tiada Pokok Kari Di Rumah Begini Cara Simpan Daunnya Untuk Dijadikan Stok. Memang Mudah!

Keempat

Jangan lupa siram pokok tau, 2 kali sehari pagi dan petang, dan tunggu dalam 2-3 minggu dah boleh nampak hasil di mana akan nampak tumbuhnya anak pucuk muda berwarna hijau pucuk muda.

Kelima

Setelah anak pokok kari sudah berusia sebulan, boleh lah kita pindahkan anak pokok tu ke atas tanah atau pasu yang lebih besar agar pokok membesar dengan baik.

*Tips ekstra* Pindahkan anak pokok di waktu petang untuk meminimakan pencahayaan supaya pokok tidak menjadi kelayuaan dan memudahkan proses baik pulih selepas pemindahan.

Sumber : Kami Anak Tani

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club