Pimpin Majlis Khatam Quran, Alunan Merdu Suara Faizal Tahir Mengaji Buat Anak-Anak Syria Terpaku. Sebak!

Share

Selebriti yang kita anggap mungkin hanya menumpukan pada bidang seni ini, rupa-rupanya ada secebis hati yang cukup mulia dan murni dalam membantu mereka yang memerlukan.

Biar mengetahui akan risiko dan terpaksa berjauhan dengan keluarga, namun dek kerana mahu menjayakan misi kemanusiaan mereka tempuhinya jua.

Bukan sahaja hebat sebagai penghibur, namun beberapa selebriti Malaysia iaitu antaranya Faizal Tahir, Aizat Amda, dan Noh Hujan sangat aktif dalam menyertai misi kemanusiaan.

 

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Cinta Syria Malaysia dan juga di IG Faizal Tahir, memaparkan aktiviti sukarelawan yang dilakukan bersama dengan anak-anak mangsa perang Syria di kem Al Jasmine, Lubnan.

Namun, apa yang menyentuh hati ialah dapat dilihat saat Faizal Tahir mengetuai majlis khatam Al-Quran yang diadakan untuk anak-anak disana.

Ketika Faizal Tahir membuka majlis khatam Al-Quran bersama anak anak Syria di kem Al Jasmine, Lubnan dengan bacaan surah Al Fatihah, ada di antara kami yang mengalirkan air mata.

Ianya memberi syahdu, kami pakat berdebar belaka. Boleh kata semuanya mengetap gigi menahan diri supaya tidak tertumpah segala tangis yang beriya.
Dikelilingi anak anak syurga ini memberi satu aura yang sangat berbeza. Ia nyaman, namun disebalik senyum mereka ini kami tahu derita besar yang melanda.

Ada yang sebatang kara, hidup dengan entah siapa, ada juga yang kehilangan berbagai deria, hancur keluarga dan trauma dengan berbagai hal.

Mereka datang berjalan ke masjid dalam cuaca sejuk untuk mengagungkan ayat suci.

Dan kami menyambut mereka dengan sedikit hadiah serta sumbangan.

Iya kawan-kawan, yang kalian hulur itulah kami hantar ke sini. Syukur, semoga Allah sentiasa memelihara mereka, juga kalian yang sentiasa bersama kami demi memberi bantuan kepada mereka ini.

Terima kasih semua, doakan perjalanan kami ke kem-kem di Turki pula.

khusyuk dengar Faizal alun surah Al-Fatihah

Sungguh sedap dan merdu bacaan Al-Quran penyanyi tersebut, bacaannya diikuti oleh anak-anak Syria yang menyertai majlis khatam Al-Quran itu.

 

Khusyuk anak-anak Syria itu mendengar alunan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Faizal. Menerusi foto yang dikongsi, terpacar kebahagian di wajah mereka menerima kedatangan dan bantuan daripada para sukarelawan Malaysia.

Sumber :   Cinta Syria Malaysia & Faizal Tahir