Hati ibu ayah mana yang tak luluh bila melihat seorang anak ‘pergi’ di tangan adik beradiknya sendiri. Ini seperti insiden yang berlaku di Melaka baru-baru ini bila dilaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya berusia sembilan tahun sehingga tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Bukit Piatu.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan ketika itu hanya dua beradik berkenaan berada di rumah manakala ibu dan bapa mereka bekerja.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihaknya.
“Suspek kini ditahan polis dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian.
“Ia juga bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihak polis berhubung insiden itu,” katanya dalam kenyataan media lewat malam Rabu.
Christopher berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira 12.30 tengah hari.
Ads
Memetik berita Kosmo, saksi yang juga jiran mangsa, Qhurun Ain Johani, 31, tragedi itu disedari oleh ibu mangsa yang melihat kejadian menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) disalurkan menerusi aplikasi di telefon bimbitnya kira-kira pukul 12 tengah hari.
“Ibu mereka yang ketika itu sedang bekerja telah menghubungi saya meminta bantuan memeriksa keadaan dua beradik itu kerana dia melihat abangnya sedang mencekik mangsa di aplikasi CCTV.
Ads
“Sebaik sahaja saya masuk ke dalam rumah, saya menjerit bila nampak si abang sedang mencekik leher adiknya yang telah pucat dan dipercayai tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.
Tambahnya, ketika kejadian, abang mangsa juga seakan-akan tidak menyedari perbuatannya sehingga dia terpaksa menepis kuat genggaman tangan remaja berkenaan.
Ujarnya, mangsa merupakan anak ketiga daripada empat beradik, manakala suspek adalah anak sulung keluarga tersebut.
Ads
Jelasnya, ketika kejadian dua beradik yang lain sedang bersekolah, manakala mangsa mengalami sakit mata dan tinggal bersama abangnya.
“Saya tak sangka kejadian ini berlaku di depan mata kerana abangnya sebelum ini memang budak yang baik.
“Cuma baru-baru ini dia mengalami trauma kerana mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah dan meracau, namun dikatakan telah sembuh selepas dibawa berubat,” ujarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila anak lelaki suka main anak patung, memang kena cepat buat aktiviti lasak. Apabila anak lelaki menonjolkan perwatakan lemah lembut, tentu mak ayah risau kan! Bimbang akan terbawa sehingga meningkat dewasa. Dr. Abdul Halim bin Masnan, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengupas isu ini daripada perspektifnya. Memang mengejutkan! Moga jadi kita muhasabah diri dalam mendidik anak.
Isu lelaki lembut dewasa ini semakin gamat dan kontroversi. Lebih-lebih lagi kita digemparkan dengan golongan LGBT khususnya, sudah berani bersuara untuk mendapatkan hak kebebasan mereka. Dari segi hukum agama memang salah dan perlu dibanteras dengan segera. Takut-takut mempengaruhi anak kita dengan gejala yang sangat songsang ini.
Saya tak nak ulas banyak sebab ramai dalam kalangan masyarakat tak kira dalam kalangan ulamak, orang politik mahupun rakyat jelata pelbagai bangsa sudah memperkatakannya dengan berharap agar ia dapat ditanggani segera dengan hikmah dan sejahtera bersandarkan agama.
Cuma saya kembalikan semula situasi kepada anak-anak kita yang mungkin akan menghadapi cabaran ini bila mereka meningkat dewasa. Dari segi psikologi perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur taska, iaitu 0-4 tahun, sebenarnya masih belum menampakkan dengan jelas sifat fizikal dan tingkah laku kelakian atau keperempuanan mereka Tetapi pada peringkat prasekolah ke atas, sifat ini sudah mula muncul dan akan lebih ketara berdasarkan tahap kematangan yang dibantu faktor hormon dan persekitaran.
KONTEKS ISLAM
Pengaruh gadget misalnya, sangat mempengaruhi jiwa kanak-kanak melalui perasaan ingin tahu setelah menerima terlalu banyak maklumat sama ada yang baik ataupun tidak. Apabila kita fokus kepada kanak-kanak lelaki khususnya, kecenderungan mereka untuk berada dalam dunia kelakian atau keperempuanan sebenarnya boleh dikenalpasti.
Dalam Islam, sifat kelembutan sang lelaki memang ada dinyatakan dalam Quran dan Hadith. Saya sendiri seorang lelaki lembut. Maksudnya nama saya, Halim itu maknanya lemah lembut. Dan nama tersebut merupakan nama bagi Allah Yang Maha Lemah Lembut. Tapi, untuk menampakkan maksud yang lebih jelas, nama itu perlu berpasangan dengan Abdul, iaitu Hamba Allah. Apabila nama Abdul Halim digabungkan membawa makna Hamba Allah Yang Lemah Lembut.
Jadi apa makna kelembutan dalam Islam bagi seorang lelaki yang nampak kontradik dari sifat lelaki yang lebih diterjemahkan sebagai keras, lasak, bertenaga dan macho?
Berdasarkan pemahaman saya, Islam menghendaki seorang lelaki itu mempunyai ciri kelembutan dalam tutur kata yang sopan, perbuatan yang lemah lembut dalam melakukan kerja yang berhati-hati, serta tenang dalam menghadapi situasi tegang yang memerlukan kita berfikiran rasional dan sejahtera.
DEDAH AKTIVITI LASAK
Jadi berbalik pada persoalan utama, adakah bahaya anak lelaki lembut, atau sebaliknya? Pengalaman saya mengajar prasekolah 15 tahun lepas, pernah berhadapan dengan anak murid lelaki yang bersifat lembut dari segi tutur kata dan perbuatannya. Sebenarnya, bagi saya anak itu didapati cenderung untuk memberikan banyak imej positif yang ditonjolkan dalam diri mereka.
Walaupun dia mudah mesra dengan semua rakan lelaki atau wanita, dia jarang menunjukkan situasi buli atau nakal yang boleh menimbulkan pergaduhan. Dia tekun buat kerja yang disuruh dan sangat sopan bertutur kata disebabkan suaranya yang lembut. Prihatin dalam melihat kawan-kawan yang lambat siap kerja, membuatkan dia seorang yang sangat membantu.
Tetapi mungkin menampakkan masalahnya bila dia suka bermain dengan aktiviti perempuan seperti memasak, dan bermain anak patung. Bagi saya itu adalah masih terkawal.
Jadi, walaupun pelbagai usaha di pra untuk menonjokan dia dengan aktiviti bersifat kelakian, sewaktu program perjumpaan dengan ibu bapanya, nasihat saya lebih berfokuskan kelebihan dia dari segi tingkah laku yang lembut dan bersopan yang perlu ibu bapa dikekalkan.
Walau bagaimanapun, kecenderungan untuk berimej kelakian perlu diwujudkan dengan lebih kerap seperti bermain aktiviti yang lasak seperti berbadminton, berlari, memanjat bukit dan berkebun.
Itu antara pengalaman yang saya lalui sejak kecil hasil didikan abah saya yang sering membawa saya berbadminton dan berkebun untuk menonjolkan perlakuan aktif dan lasak.
Dari segi sains, hormon testosteron pada lelaki dan estrogen pada perempuan, sangat mempengaruhi faktor fizikal dan emosi mereka. Namun, hormon estrogen misalnya, ada juga dimiliki oleh lelaki sama ada pada kadar yang sedikit ataupun banyak. Ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi tubuh badan fizikal dan perlakuan mereka yang sama ada terus kekal dengan perlakuan kelakian atau kecenderungan untuk ke arah keperempuanan.
KECENDERUNGAN BERMULA DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Persoalan bilakah anak lelaki atau anak perempuan ini akan mula nampak kecenderungan ke arah keperempuanan atau kelakian? Perkara ini sebenarnya akan lebih terlihat apabila mereka berada di sekolah rendah dan menengah.
Bagi murid lelaki, mereka akan mencuba untuk bercakap dan beraksi lembut, memakai pakaian yang berwarna lembut dan cerah seperti merah jambu dan jingga, serta menyertai aktiviti bersama perempuan. Ini boleh dilihat dengan lebih ketara apabila mereka akan mula cuba untuk memakai alat solek atau memakai pakaian wanita.
Begitu juga bagi murid perempuan yang menampakkan ciri-ciri mereka ke arah kelakian. Perkara tersebut seharusnya boleh diawasi oleh ibu bapa dan guru khususnya, dalam membendung dan mengatasi masalah ini.
Jadi, sama ada anak lelaki kita lembut atau anak perempuan kita lasak, masih belum terlambat untuk kita mendidik mereka untuk menonjolkan ciri kelakian atau keperempuan dengan aktiviti yang sesuai. Hormon yang ada dalam setiap anak itu walaupun berbeza-beza tahapnya, boleh dibantu untuk mereka menguasai sifat yang seharusnya ada dalam diri mereka.
KESIMPULAN
Sentiasa diterapkan dalam diri anak-anak dengan menghargai jantina yang mereka perolehi. Berikan khidmat sokongan sewajarnya kepada mereka. Dekatkan diri mereka dengan agama, ia lebih banyak membantu untuk mengetahui kenapa mereka diciptakan Tuhan. Juga berikan sokongan dan bimbingan agama sebenarnya boleh membantu kanak-kanak atau golongan tersebut untuk kembali kepada fitrah kejadian serta menghargai apa jua yang Tuhan beri. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Mengasihani.
Sumber: Majalah Keluarga via Dr. Abdul Halim Masnan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai sudah tahu bayam brazil ini memang begitu mudah nak tanam. Malah memang beruntung tanam bayam brazil ini. Sangat mesra dan tidak cerewet. Khasiatnya memang superb! Nak makan begitu sahaja buat ulam dan jus sayur pun boleh!
Tapi kadang kala, bayam brazil yang subur, sudah dipetik dua tiga kali dimasak, mula kelihatan tidak subur.
Bayangkan sebelum ini subur merimbun, seronok kita memetiknya setiap hari. Tapi bila pokok makin ‘kurus’ dan daun mula rosak, tentu sedih melihat tanama sebegini.
Begitulah yan dihadapi oleh puan Norfazilah Binti Abdullah, menerusi group Berkebun Untuk Beginner, meminta pendapat ahli group masalah yang pokok bayam brazil yang semakin ‘tak sihat’ dan rosak.
Saya nak tanya kenapa ye bayam brazil saya jadi camni? Sebelum ni cantik sangat dapat makan 5 kali dah, tetiba jadi camni. Macam mana nak sihatkan semula?
Ikuti teknik yang dicadangkan oleh ahli group. Barangkali ia boleh dijadikan paduan buat sesiapa yang mengadapi masalah yang sama.
1.Pokok dah tua, itu saja, semai baru.
2.Sebab ulat hijau tu. Patahkan batang. Siram dengan beras atau air bawang
3.Lepas 2 kali petik, kena cabut ,gembur tanah dan cucuk balik. Jangan lupa baja.
4.Saya punya daunnya dimakan belalang daun berlubang-lubang. Jadi kena sembur air Cengkih. Rendam bunga cengkih semalaman, esok sembur pada pokok.
5. Bayam ni kena selalu lembap jadi saya selalu guna air beras terus sihat gemuk-gemuk.
6. Ada ulat. Saya pun pernah macam ni. Ada banyak ulat-ulat hijau. Saya letak ke tempat panas ada pulak 2-3 ekor burung tiong datang rumah, rupanya makan ulat tu. Setelah 1 minggu, mood berkebun datang, habis semua batang pokok bayam brazil saya potong. Jadi pendek semua batangnya. Sekarang selepas seminggu, kembali subur lah bayam brazil.
7. Kena ulat or belalang. Siram dengan ajinomoto ok balik. Sukatan untuk ajinomoto satu sudu kfc, 1 liter air yang biasa saya buat. Patahkan batang cucuk semula.
Ilmu tanaman buat bayam brazil kekal subur walaupun sudah berulang kali dipetik untuk masakan dan ulaman.
Hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa tentu ada yang telah berkunjung ke bazar ramadan. Selain beli minuman dan makanan yang buat kecur air liur, para mak-mak tentu memilih menyediakan sendiri menu untuk seisi keluarga.
Terbaru, menerusi laman Masak Apa Hari Ini (MAHN), seorang wanita kongsi resepi ais lemon pudina & ais lemon pudina laici asam boi sesuai untuk dijual di bazar. Confirm laku keras!
Assalamualaikum Selamat Tengahari. Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi”. Sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas at mahn dan sekali lagi saya share ye. Saya halalkan resepi saya ni yang tak seberapa. Sesuai untuk jual di bazar. Insyallah laku keras habis setiap hari. Yang pasti sedapp freshh, boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain
Bahan-bahan
Daun pudina RM2.00 Lemon 4 biji Sunquick 100g Serbuk Asam Knor 100g Air Gula 1 liter
Cara penyediaan
1) Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, amik air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter air gula. 2) Sunquick dan serbuk asam Knor masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau-kacau masukkan dalam bekas air lemon tadi 3) Masukkan air batu, pati air lemon, masuk air masak agak-agak je, 1 biji hiris lemon, daun pudina. Kacau-kacau siap untuk minum
u
Ais lemon pudina laici asam boi (saya asingkn laici + asam bajet pack buat dalam 15-20 plastik jer) Nak buat terus dalam balang pon boleh, janji sedap rasa laici,jangan kedekut bahan ye. Insyallah kalu sedap cust akan cari. Insyallah akan habis setiap hari.
Nota! – Kalau nak buat banyak gandakan sahaja – kalau nak buat banyak pastikan kena tapis banyak 2@3kali – Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni – Boleh pelbagai kan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri
Al-Fatihah buat abang
Tahun ni kami tak ada rezeki nak jual bazar. Doakan saya ada rezeki tahun akan datang ye. Selalu saya dan abang saya yang handle bazar, tapi tahun ni tak. Berkali-kali saya ajak dia suruh amik borang bazar tapi cuma dia cakap “Tak Nak” 2 perkataan tu dia cakap, dalam hati saya sedih lah jugak hehe baru ku tahu kenapa.
Allah lebih sayangkan kamu. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya. Al-Fatihah buat abang ku Mohammad Firdaus Bin Kamaluddin. Semoga kau tenang disana bersama bidadari syurga & Mak. Pemergian kamu nak sambut puasa, Arwah mak nak sambut raya setelah 20 tahun yang lalu. Rindu tiada penghujung. Perkara yang sama berlaku cuma berbeza. Al-Fatihah.
Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang mengenali saya. Maafkan segala khilaf dan salah sepanjang perkenalan kita. Semoga segala amal dan ibadah kita sepanjang Ramadhan diberkati dan di redhai oleh Allah swt.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...