Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya, Atta Halilintar yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu.
Sekali lagi memilih tarikh yang cantik iaitu pada tanggal 11 November, Atta dan Aurel turut berkongsi beberapa momen bahagia namun menyentuh hati itu di media sosial mereka.
Aurel dan Atta yang kini memiliki dua orang cahaya mata turut menimang cahaya mata perempuan yang dikatakan sudah pun diberikan nama, Azura Hanna Nur Atta.
“11-11-23 Alhamdulillah telah lahir puteri ke 2 kami,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Menerusi beberapa momen yang dikongsikan Atta di Tik Toknya turut dikongsikan saat kelahiran anak kedua mereka yang penuh dengan momen menyentuh hati sehingga detik melahirkan.
Aurel yang ketika itu dibedah sempat ditenangkan Atta yang sentiasa mendampingi isterinya setiap saat untuk memberikan semangat buat Aurel.
Manakala Atta pula sentiasa mengucapkan kalimah Allah serta berselawat sepanjang masa agar dipermudahkan urusan kelahiran bayi kedua mereka.
Ads
Atta dilihat menangis sebak sepanjang detik hebat itu lantas membuatkan ramai yang hiba menyaksikan video penuh makna itu.
Semoga kelahiran bayi kedua ini mencambah rasa bahagia buat keluarga besar mereka.
Ads
Turut sama menanti momen penuh bahagia itu pastinya keluarga Hermansyah, Kris Dayanti dan keluarga Atta Halilintar yang setia menunggu.
Terdahulu, Atta dan Aurel turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Ameena Hanna Nur Atta yang kini berusia dua tahun.
Kuasa viral. Setelah tular mengenai kedaifan hidup, warga emas ini kembali ke pangkuan keluarga. Benarlah, hati siapa yang tidak sedih melihat kelibat seorang warga emas dijalanan seorang diri dibawah terik panas matahari. Diri yang uzur dimamah usia tetap gagah menempuh liku hidup demi perut yang perlu diisi. Mana mungkin, siapa yang melihatnya membiarkan berlalu begitu. Mujur ada yang sudi membantu memberi bantuan.
Siapa sangka, pasrah nenek ini telah meruntun jiwa seorang anak muda Mira Sam berhati mulia. Sapanya kepada warga emas ini bertanya khabar dan pelawaan menaiki kenderaan dengan niat membantu, rupanya telah membawa sinar baharu buat warga emas ini.
Sembang biasa bagaikan ‘cucu’ dan ‘nenek’, akhirnya membuka cerita duka bila mana warga emas ini tinggal bersama suami yang uzur disebuah motel dengan serba kekurangan dengan sewa yang tertunggak. Tidak mahu menyusahkan anak yang juga serba kekurangan, nenek ini dan suami sanggup berdikari dengan kurdrat yang ada. Lebih sebak, pasangan warga emas ini tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada pihak bertanggungjawab.
Lebih manis, setelah dua hari tular, perkongsian yang boleh dianggap sebagai khidmat masyarakat ini telah menarik perhatian ramai sehingga, anak warga emas ini telah membawanya pulang ke pangkuan keluarga untuk tinggal bersama.
Berikut perkongsian yang dipaparkan.
Tular dengan perkongsian sehingga 2.9K
“Assalamualaikum..sapa pernah nampak tok ni??sy jmpa tadi dekat pasar kg.berjaya dok tnggu teksi nak balik rumah dia.jadi sy pun pelawa nak hntaq dia balik rumah…masa dok otw hantaq sy pun dok bersembang la tnya macam2..dia kata dia pi minta sedekah kt kg berjaya naik teksi..teksi tu pun dia berhutang xbayaq tambang lagi.tgok2 dia dok kat motel kat shahab perdana..sewa rm700 sebulan.tu pun yg bulan lepas xbayaq lagi.nak cari rumah sewa pun dia xtau mcm mana dgn keadaan dia dgn suami dia macam tu….kira hat beda minta sdekah tu la utk nak bayaq sewa..dia dok dgn suami dia yg lumpuh xleh jalan..duit utk beli ubat suami dia lagi.ada sorang anak perempuan dok kat bukit besar tu pun susah jgak tok tu kata..bantuan kebajikan dari mana2 pihak pun dia x dapat..dok harap dekat duit dari minta sedekah..tujuan posting sy ni utk share kesusahan tok ni kot2 ada yang boleh tlg..kalau ada yg nak bagi bantuan or nak tgok keadaan tok tu boleh pi motel tu sendiri.btw tok tu kaki dia pun sakit..
P/s: tlg share post ni bnyak2 agar tok ni dapat bantuan dan smpai kepada pihak yg berkenaan.sy dah minta kebenaran dari tok tu utk viral kan keadaan dia..sapa2 yg nak pi tgok boleh pi kat motel dlm gambar.”
Semoga nenek dan suaminya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dengan bantuan yang diterima bersama keluarganya. Mereka juga berhak untuk hidup bahagia meniti hari bersama orang tersayang!
Perasan atau tidak, misi mengemas almari baju anak-anak agar susunan dan lipatannya kemas teratur sering menemui kegagalan. Lumrahnya anak-anak akan mencapai pakaian sesuka hati tanpa cermat.
Akibatnya lipatan kain yang tersusun kemas menjadi ‘runtuh’ dengan sendirinya. Malah sering juga terjadi, sukar untuk kita mencari pasangan baju dan seluar dek kerana tidak terurus dengan sempurna. Bila ini terjadi, memang boleh mendatangkan kemarahan buat kita, maklumlah kerja bertambah lagi!
Tapi tahukah ibu-ibu ada satu teknik lipatan yang sesuai dipraktikkan. Ini telah dikongsikan oleh puan Azue di akaun FBnya dan terbukti cara ini lebih mudah dan nampak kemas. Elok sangatlah dicuba, mana tahu selepas ini almari anak-anak tidak serabot lagi!
L I P A T B A J U C A R A “T U C K I N”
Kakak kalau lipat baju bebudak ni, memang dah letak sesiap sepasang — Baju + seluar. Senang nak cari, baik tuan punya baju mahupun ayah pada tuan baju.
Tapi, kekadang mereka ni masih tak jumpa mana pasangan baju dan seluar Sama jugak bila balik kampung, kakak dah letak sesiap baju dengan pasangan dia tapiii masih berkubang beg itu
Kakak pernah nampak kat mana ntah ada orang share cara lipat baju cara tuck in. So mari kita cuba pulak
Apa yang korang perlukan hanya lah
— Baju yang tak berlipat (cari satu baju dengan seluar nya)
Step-by-step
Step 1 : Terbalik-kan baju camni
Step 2 : Letakkan seluar dibahagian tengah baju
Step 3 : Lipat hujung seluar biar sama panjang dengan baju
Step 4 : Lipat baju sebelah kiri
Step 5 : Dan jugak sebelah kanan, lengan biarkan macam dalam gambar. Make sure tak terlebih dari lipatan baju
Step 6 : Lipat baju 1/3 macam dalam gambar
Contoh lipatan lengan yang dah dijadikan poket untuk tuck in nanti
Step 7 : Masukkan hujung baju dipoket belakang (refer gambar sebelum) dan siap
Contoh baju beserta pasangan masing-masing. So, senanglah anak-anak nak cari baju sendiri tanpa perlu kubangkan baju dalam beg.
Bukan Calang-Calang Wan Azizah, Wartawan Throwback Undang Sebak
Dunia kini memberi tumpuan kepada pasangan ini iaitu Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Disebalik kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bergelar pemimpin nombor satu negara Malaysia, ramai yang mengagumi kesetiaan dan kecekalan Dr Wan Azizah.
Figura hebat ini yang berperwatakan lembut itu kini yang merupakan First Lady Malaysia meraih perhatian ramai.
Siapa Dr Wan Azizah sebenarnya? Menerusi perkongsian wartawan Majalah Keluarga merungkai kisah yang sweet untuk kita ketahui dan menjadi inspirasi untuk kita semua terutama wanita yang bergelar isteri.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Inspirasi, kagum, tak sangka dan sebak.” – Wartawan Majalah Keluarga, Marliana Samsuddin.
Begitulah padangan pertama wartawan majalah keluarga ini, setelah berjumpa ibu kepada 6 orang anak ini bagi merealisasikan sesi shooting penghias kulit majalah Keluarga isu Mei 2017. Turut sama digandingkan bersama Tun Dr Siti Hasmah.
Biarkan pun kisah ini sekian lama, namun masih segar diingatan untuk dikenang dan menjadi inspirasi.
Pasangan bahagia disatukan pada 26 Februari 1980.
Menurut Marliana yang meluahkan rasa kagum, Dr Wan Azizah ini lantaran kegigihannya dalam sama-sama berjuang sebagai seorang ahli politik dan isteri harus dipuji kerana begitu sabar serta tabah kala suami menghadapi ujian hidup.
Dr. Wan Azizah tetap juga menyokong suaminya dan langsung tidak berpaling dalam memastikan perjuangan yang direncana berjalan dilandasan yang diharapkan.
Kata Marliana lagi, wajahnya yang tenang dan sentiasa mengukir senyuman seolahkan mengambarkan dirinya tidak pernah mengeluh situasi yang dialaminya ketika itu.
Nyata bukan calang-calang wanita punya semangat yang kuat sebegini.
KISAH CINTA
Siapa sangka kisah cinta pasangan Anwar dan Wan Azizah begitu ‘sweet’ .
Bagaikan cinta pandangan pertama, kisah cinta mereka istimewa.
Tidak ramai tahu disebalik pencatuan mereka sebenarnya kakak kepada Tun Dr Siti Hasmah, Allahyarham Datuk Paduka Saleha Mohd Ali menjadi orang tengah yang menyatukan Anwar dan Wan Azizah.
Bibit cinta antara Anwar dan Wan Azizah tercetus apabila Anwar sering melawat suami Saleha yang ketika itu dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL).
Menurut Dr Siti Hasmah,Wan Azizah ibarat adik kepadanya.
“Dia (Wan Azizah) ibarat adik kepada saya, tetapi sebenarnya dia lebih rapat dengan kakak saya kerana kakak menjadi orang tengah antara Azizah dan Anwar.
“Anwar sahabat (kepada) kakak, Saleha, dan kerap melawat suami Saleha, abang Zain yang sakit di HBKL. Azizah sebagai seorang doktor di HBKL kerap juga menjaga kakak dan abang Zain’” ujar Tun Dr Siti Hasmah ketika sesi tembual penghias kulit majalah keluarga ketika itu.
Nyata di situlah Anwar telah lihat Azizah dan berkenan dengannya. Kakak dan Osman Awang akhirnya mewakili Anwar pergi meminang Azizah di rumah ibu bapa Azizah.
DOA ADALAH KEKUATAN
Hidup ini penuh dengan ujian. Namun sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi.
Sebak dengan rintangan hidup yang dilalui oleh wanita ini, kini sinar kebahagiaan dikecapinya setelah sekian lama menunggu. Janji yang Maha Pencipta itu pasti, jangan pernah culas untuk berdoa memohon kepadanya.
“Sebagai isteri kita harus berdoa ini semua ujian masing-masing. Suami ujian begitu, isteri pula ujiannya begini. Suami perlu ada iman,” ujarnya.
Semoga Dr Wan Azizah terus menjadi ikon wanita dan isteri yang cekal buat rakyat Malaysia.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.