Pilih Tadika Untuk Sekolahkan Anak, Tengok Dulu Kejayaan Terdahulu Sekolah Tersebut!

Share

Tak kenal maka tak cinta, mungkin ini yang boleh diperkatakan bila menyebut tentang Tadika Al Kauthar Eduqids (AKE) yang sedang menempa nama, menjadi pilihan pusat pendidikan pra sekolah ibu bapa masa kini. Jika tidak, masakan baru-baru ini mendapat penganugerahan sebagai sebuah “Tadika Islamik Pilihan Pa&Ma”.

Anugerah tersebut telah di sampaikan sendiri oleh Editor Pa&Ma Puan Hasnita Sawal kepada En Bakhtiar pengasas Tadika Al Kauthar Eduqids.

Tadika Al Kauthar Eduqids sebenarnya sudah beroperasi sejak tahun 2013 hingga kini menawarkan pendidikan pra sekolah untuk kanak-kanak berusia dari 4 hingga 6 tahun termasuk program hafazan al-Quran, program Montessori, toddler school play untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun, kelas Bahasa Mandarin dan juga pembelajaran KAFA.

Terpanggil untuk mengenali lebih dekat siapa sebenarnya orang kuat yang mengemudi kejayaan AKE ini, nyata bukan calang-calang orangnya. Encik Bakhtiar, pengasas Tadika Al Kauthar Eduqids bersama isterinya Puan Nor Fadilah Alias berkongsi kisah bagaimana mereka membangunkan AKE ketika ditemubual dalam satu majlis minum petang yang diadakan di Hotel Concord Shah Alam baru-baru ini.

Pada majlis yang sama juga, pihak AKE turut mengumumkan NOU yang dijalankan bersama Kolej Vokasional ERT Setapak dan Tadika Al Kauthar Eduqids. Kerjasama ini adalah bertujuan untuk memupuk hubungan rapat di antara kedua pihak dalam pelbagai perspektif terutama dalam bidang kemahiran pendidikan. Kerjasama yang erat ini diharapkan dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Luah Rasa Gembira

Di majlis julung-julung kalinya diadakan itu, pasangan ini meluahkan perasaan sangat gembira setelah menunggu 6 tahun menjalankan perniagaan ini. Pengharapan mereka pada perniagaan yang dijalankan untuk kekalkan nama baik brand AKE, dan sekali gus memperkenalkan kepada orang ramai tentang AKE secara lebih menyeluruh. Dijangkakan dalam masa 3 tahun akan datang, cawangan AKE akan terus berkembang  menjadi 50 cawangan di seluruh Malaysia.

Apabila ditanya apa kelebihan AKE berbanding pilihan tempat-tempat lain, ini jawabnya.

“Sebenarnya saya sendiri adalah merupakan seorang guru tadika yang berpengalaman hampir 12 tahun. Saya memilih untuk menggunakan pendekatan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan digabungkan dengan method montessori dan tambahan Islamik. Ia bagus kerana pendidikan hari ini agak sukar untuk anak-anak. Walau dimansuhkan peperiksaan sekali pun namun modulnya susah. Jadi bagusnya belajar di sini, kami tekankan dari segi akademik dan sahsiah diri serta sudut islamik. Jadi bila mereka masuk darjah satu, mereka telah dipersiapkan.

“Perbezaannya lagi, AKE turut menerima anak-anak autisme, speech delay, dyslexia, ADHD dan cabarannya berbeza daripada mendidik anak-anak normal. Di HQ kita adalah lebih 10 orang anak-anak istimewa, dalam kajian saya kalau anak-anak ini bila dicampurkan bersama anak-anak normal kesan auranya itu 90% boleh nampak perubahan yang positif.

Cabaran Bisnes

“AKE ditubuhkan pada tahun 2013, dan ketika itu umur saya baru 22 tahun, usia masih muda dan bukan cabaran yang mudah untuk dilalui. Tapi alhamdulillah, walau pernah diuji pada 2015 dalam menjalankan perniagaan ini, namun saya segera sedar dan mendapatkan kekuatan untuk terus bangun bagi melangkah ke fasa seterusnya.

“Antara yang saya amalkan adalah setiap hari wajib menghafal bersama anak-anak di AKE dengan surah al Rahman, al Kahfi dan Yassin. Ini bermakna selain menghafal juz Amma iaitu kumpulan surah-surah pendek, anak-anak di sini akan ditambah dengan 3 surah itu untuk dihafal. Begitulah setiap hari akan solat Dhuha bersama anakk-anak di AKE dan membaca ayat-ayat hafazan sebelum memulakan pembelajaran seperti biasa. Semua ini diterapkan bermula seawal 3 tahun anak-anak di AKE.

Anak saya juga ditempatkan di AKE semenjak bayi dan kini telah pun berusia 5 tahun, alhamdulillah saya nampak progres perubahan anak saya begitu cepat.