Pilih Rumah, Kena Lihat Kedudukan Matahari. Bukan Sesaja Tapi Bersebab!

Share

Merancang membeli kediaman baru untuk keluarga, selain memilih lokasi strategik, rekaan rumah yang menarik  dan tentunya harga yang berpatutan. Ada satu lagi perkara yang ramai lupa untuk meneliti perkara ini.

Lain tidak bukan adalah melihat tanda angin yang ada pada plan projek perumahan. Apa pentingnya ya?

Fahami penjelasan daripada Encik Azizul Azli Ahmad ini. Jom semak.

MANA MATAHARI DI RUMAH KITA?

Sebelum beli sebuah kediaman, khususnya apartment. Semak dulu keadaan arah mata angin kediaman kita.

1. Semua susun atur kediaman yang dijual oleh pemaju ada petunjuk arah mata angin di bahagian hujungnya.

2. Kediaman A akan menerima banyak matahari pagi. waktu pagi matahari tidaklah seterik matahari petang.

3. Kediaman B akan menerima matahari selepas tengahari dan petang yang terik dan panas. Kedudukan kediaman di lokasi ini bukannya pilihan yang baik bagi negara kita.

Panas yang tersimpan dalam dinding bangunan akan dilepaskan pada waktu malam. Hingga malam bilik kita masih lagi panas.

Isteri kita akan seksi sepanjang malam sebab cuaca panas membahang. Bil penghawa dingin akan meningkat tinggi. Ada negara yang bagi diskaun tinggi bagi rumah menghadap matahari begini.

4. Kediaman C antara pilihan lokasi yang baik, cahaya pagi sederhana dan terlindung dari cahaya petang.

Sebelum beli, belajar sedikit tentang kedudukan arah mata angin. Arah mata angin ini juga membantu kita melihat kemana kiblat dalam rumah kita nanti kawan.

Moga bermanfaat.

Sumber : Azizul Azli Ahmad