Ramai antara kita mahu memiliki berat badan ideal. Bukan sahaja untuk nampak langsing dan cantik, apa yang lebih penting dapat memiliki tubuh badan yang sihat dan boleh bergerak aktif.
Hakikatnya mencapai berat badan ideal tentu ada langkah-langkah yang perlu diamalkan dab pastinya ada cabarannya yang tersendiri. Jika salah teknik bimbang pula membawa bahaya.
Jadi apa kata nak lagi mudah ikut saranan doktor ini.
CARA MUDAH TURUNKAN BERAT BADAN
1. Minum air kosong secukupnya. Sekurang2nya 2.5-3.0 L sehari untuk dua minggu pertama. Individu yang kurang minum, akan berasa cepat lapar.
2. Banyak makan buah-buahan dan kekacang sebagai kudapan. Ambil segenggam kekacang, atau sebiji dua epal yang dipotong, setiap kali lapar.
3. Makan banyak sayur bila makan berat, sekurang-kurangnya setengah pinggan. Ambillah satu atau dua jenis sayur sama ada ulaman, yang dicelur, direbus atau ditumis.
4. Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti nasi putih dan produk tepung putih. Gula putih tinggalkan sama sekali. Semakin sedikit kuantiti karbohidrat ringkas yang ditinggalkan, semakin cepat kita kehilangan berat badan secara sihat dan tidak rasa cepat lapar. Saya meninggalkan mengambil nasi putih 3 bulan pertama dan kemudian ambil suku pinggan saja sekarang.
5. Ambil protein secukupnya seperti telur, ikan, daging dan makanan laut lain jika tiada alahan. Sentiasa ambil sumber protein yang berlainan setiap hari. Jangan ambil satu jenis protein setiap hari. Contohnya ambil daging ayam setiap hari. Tukarkan pada sumber protein yang lain. Bila dapat protein yang cukup, kita akan rasa lebih lama kenyang.
6. Jangan lupa minyak sihat seperti minyak zaitun, avokado, kuning telur dan minyak ikan. Hindarkan transfat, kurangkan minyak/lemak tepu. Kurangkan makanan bergoreng “deep fry” terutama ketika mengambil kudapan. Buat sop sayur/ayam dalam setiap hidangan berat. Ini membantu cepat puas dan rasa kenyang.
Jika betul-betul amalkan, dapat kurangkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 6 bulan. Tambah sedikit senaman dan pastikan dapat tidur yang cukup. InsyaAllah kita akan menjadi sihat.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club