Pil Paxlovid Rawatan Covid-19, Malaysia Luluskan Penggunaannya!

Share

Pil Paxlovid rawatan Covid-19, telah diluluskan penggunaannya di Malaysia. Penggunaan pil untuk rawatan Covid-19 keluaran Pfizer itu secara pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.

Memetik berita Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang pada Khamis.

Menurut Dr Noor Hisham, pil berkenaan membabitkan gabungan molekul baharu, PF-07321332 dan ritonavir antiviral HIV yang perlu diambil sebagai tablet berasingan.

“Pil ini digunakan untuk rawatan Covid-19 kepada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen serta berisiko tinggi untuk mendapat gejala Covid-19 yang teruk (severe).

FOTO: Harian Metro

“Produk Paxlovid tidak bertujuan digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Pengunaan pil dengan kebenaran

Pada Disember lalu, media melaporkan pengawal selia ubat-ubatan bawah Kesatuan Eropah (EU) membenarkan negara anggota untuk menggunakan pil baharu Covid-19 keluaran Pfizer, walaupun ubat terbabit belum diberikan kelulusan rasmi.

Ia sebagai langkah kecemasan untuk mengekang gelombang penularan pantas virus terbabit yang dipacu varian Omicron.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat tersebut memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Kata Dr Noor Hisham, ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.

Dalam masa yang sama katanya, KKM akan terus komited mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Pemegang pendaftatan produk pil itu adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd manakala pengilang, Pfizer Manufacturing Deutschland GambH, Jerman dan Pfizer Ireland Pharmaceuticals, Ireland.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie

tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)