Pil Paxlovid rawatan Covid-19, telah diluluskan penggunaannya di Malaysia. Penggunaan pil untuk rawatan Covid-19 keluaran Pfizer itu secara pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.
Memetik berita Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang pada Khamis.
Menurut Dr Noor Hisham, pil berkenaan membabitkan gabungan molekul baharu, PF-07321332 dan ritonavir antiviral HIV yang perlu diambil sebagai tablet berasingan.
“Pil ini digunakan untuk rawatan Covid-19 kepada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen serta berisiko tinggi untuk mendapat gejala Covid-19 yang teruk (severe).
“Produk Paxlovid tidak bertujuan digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Pengunaan pil dengan kebenaran
Pada Disember lalu, media melaporkan pengawal selia ubat-ubatan bawah Kesatuan Eropah (EU) membenarkan negara anggota untuk menggunakan pil baharu Covid-19 keluaran Pfizer, walaupun ubat terbabit belum diberikan kelulusan rasmi.
Ads
Ia sebagai langkah kecemasan untuk mengekang gelombang penularan pantas virus terbabit yang dipacu varian Omicron.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat tersebut memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
Kata Dr Noor Hisham, ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.
Ads
Dalam masa yang sama katanya, KKM akan terus komited mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
Pemegang pendaftatan produk pil itu adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd manakala pengilang, Pfizer Manufacturing Deutschland GambH, Jerman dan Pfizer Ireland Pharmaceuticals, Ireland.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ada yang tidak pernah nampak pun apa yang dikatakan sebagai ulat habuk bagi sesetengah orang. Namun serangga kecil ini sebenarnya sering ada di dinding rumah, almari pakaian bahkan tilam pun menjadi antara lokasi yang dijadikan ‘rumah’ bagi serangga kecil ini. Bila kehadirannya tidak disedari atau tidak dihapuskan, itu yang menyebabkan seisi keluarga akan gatal-gatal.
Jadi bagaimana cara untuk anda lakukan agar tiada ulat habuk ini di dalam rumah?
Buntu tentang hal tersebut, jadi bolehlah ikuti kaedah yang dipraktikkan oleh Yatie Eimra ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
Cara Hapuskan da Kawal Ulat Habuk
Tak kisahlah apa nama yang korang panggil..ulat habuk, ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indonesia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu.
Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan dan cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni agak memang suka bersarang dekat bawah katil dan dalam almari.
Andai kata korang selalu bersihkan rumah dan tak ada sawang sekalipun, tapi kalau kupu-kupu ini sudah termasuk dalam rumah, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur. Kalau ada salah satu ciri-ciri yang disebut tadi, nak-nak dalam rumah memang banyak sumber makanan dia..dah memang ler jadi port dia beranak pinak.
Ulat habuk ini makan sawang labah-labah, rambut-rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil dan juga fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit, dan ulat beluncas kupu-kupu tu sendiri pun boleh sebabkan naik gatal-gatal badan bagi orang yang kulit sensitif dan ada alahan.
Walaupun macam tu, gatal-gatal badan bila baring atas tilam dan pakai pakaian dari almari tak semestinya berpunca dari ulat habuk yer. Boleh gak berpunca dari hama akibat dah lama tak bersihkan tilam atau pakaian yang dah lama tak digunakan. Kalau tiba-tiba rasa gatal dan ada tanda gigitan dengan bulatan kecil tu mungkin juga berpunca dari agas.
Jadi banyak punca lain jadi gatal-gatal ini melainkan korang memang jumpa sendiri la ulat habuk ni.
Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara direct dengan spray racun serangga. Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu-kupu tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu-kupu itu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur. Telur-telur ini bila dah menetas jadi larva, dia akan buat kelongsong kepompong dan mula merayap-merayap lak.
Telur-telur ni pun kena hapuskan sebelum ia menetas untuk elakkan masalah dikemudian hari.
Dekat sini saya share cara hapuskan ulat habuk ni since saya pernah alami masalah ternak ulat habuk ni dalam almari secara tak sengaja (boleh baca post sebelum ni) dan baru-baru ni kat trek sliding door dah jadik port baru dia lak (kawasan rumah sekarang ni banyak sangat ulat ni hampir setiap level ade jer bergantungan ulat habuk kat dinding even dalam lif pun ada juga)
Hapuskan Ulat Habuk Dalam Almari Pakaian
Kalau kupu-kupu bertelur dalam almari memang leceh sangat.. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.
1. Keluarkan semua pakaian dari almari.
2. Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu-kupu. (Kupu-kupu biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby ulat dapat makan dengan cukup).
3. Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU
4. Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang²nya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu² tu.
5. Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun dan campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam dan luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid dan mampu membunuh telur serangga dan hama.
6.Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari dan tak sesuai untuk pembiakan kupu-kupu. Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga. Saya beli di Mr. DIY. Boleh juga BELI DI SINI
Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil
1. Cabut semua cadar dan sarung bantal.
2. Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik²nya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.
3. Vakum tilam & bersihkan bawah katil.
4. Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.
5. Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.
Kawal Ulat Habuk Dalam Rumah
Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu-kupu takkan masuk dalam rumah dan bertelur lagi. Cumanya kena kerap
1.Bersihkan habuk & sawang
2. Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.
3.Bersihkan almari & katil secara berkala
4.Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah² trek pintu/tingkap sliding.
4. Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu-kupu ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu-kupu masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.
Harap-harap sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk
Pasca banjir, di sebalik orang ramai memberi tumpuan untuk sama-sama menghulurkan bantuan dan pertolongan membersihkan rumah buat keluarga yang dilanda banjir, pakar kesihatan turut memberikan amaran tentang bahaya pendedahan dan penularan penyakit bawaan air seperti leptospirosis (kencing tikus), taun dan demam kepialu.
Lantaran itu, sebagai langkah berjaga-jaga Dr Erna Nadia memberi pesanannya di media sosial untuk dijadikan peringatan bersama.
Ujarnya sama ada banjir biasa atau banjir lumpur, kedua duanya boleh menyebabkan sistem kebersihan menjadi lemah dan sukar dikawal.
Dapatkan Single Dose of Doxycycline
Bagi mereka yang mahu menolong sebagai sukarelawan/sukarelawati, dapatkan single dose of doxycycline di klinik berhampiran anda. Ini adalah antibiotik dan ianya adalah ubat terkawal. Tak boleh main beli sahaja ya.
Single dose antibiotik ini adalah salah satu cara untuk prevent penyakit bawaan air seperti kencing tikus atau leptospirosis.
Ya anda mahu membantu namun kesihatan tetap perlu dijaga juga.
Tak Sihat Segera Maklumkan
Bagi mangsa banjir, jika tidak sihat, maklumkan pada sukarelawan/wati yang datang membantu. Jangan diam atau takut. Kita semua mahu membantu anda inshaAllah.
Semoga segalanya dipermudahkan untuk kita dan semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik, amin.
Soal anak memang cukup sensitif, nak nak lagi pada wanita yang sudah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan rezeki yang satu ini. Sudah pelbagai cara dan rawatan dicuba namun belum menampakkan hasil. jiwa makin sensitif bila asyik diajukan pertanyaan tentang hal ini.
Bgai wanita yang memiliki badan berisi, hal ini sedikit menyukarkan untuk mendapat anak. Tambahan lagi jika disahkan ada sejarah PCOS. Ia juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit.
Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol.
Tetapi tidak bermakna PCOS menyebabkan anda tidak boleh mengandung. Cuba baca kisah Pnut Syafinaz yang pernah mengalami masalah sama. Tetapi dia tidak mudah give up dan terus berusaha.
Kuncinya adalah diet dengan serius dan berusaha turunkan berat badan dan bersenam dengan kerap untuk meningkatkan kesuburan. Usah terus mendapatkan rawatan kesuburan tanpa berusaha menjaga kesihatan badan dahulu. Jom baca kisah ibu anak dua ini!
Terlintas video viral seorang isteri surprise husband dia dengan love box berisi pregnant test kit dan sarung tangan baby, setelah menunggu zuriat 5 tahun. Saya stalk #hashtag dia dan lihat dia ada sejarah PCOS (google kalau nak tau)
Selepas Najmi berusia 4 tahun, saya cuba untuk hamil lagi, sehingga dia berumur 5 tahun pun belum ada tanda nak pregnant, so terus buat treatment. Doktor check both of us. Kesimpulannya dua-dua takde masalah (ye la dah ada satu anak sebelum tu pun kan), tetapi doktor kata saya ada PCOS.
Gemuk dan lemak halang telur
Penerangan doktor yang mudah saya faham ialah kegemukan. Kegemukan dan lemak tu menghalang telur. Doktor kata kena diet. Masa tu serius saya diet, masa tu takde ilmu diet, redah je diet. Dekat setahun rasanya saya tak makan nasi, yang betul-betul makanlah maksudnya. Kalau makan pun minta husband suapkan sesuap dua, cukup. Memang turun berat, dari 115kg tu, turun sampai 89kg. (November 2007).
Hamil tapi keguguran
Benar teori doktor dan dengan izin Allah jua.. masa 2006, saya tak sedar pregnant, tetapi keguguran. Awal tahun 2007 pregnant lagi, kali ini siap buat buku merah dah, dan dua kali check up, baby ok. Check up kali ketiga, denyutan jantung lah kata doktor dan size baby kecil dari usia kandungan. Seminggu lepas tu bleeding, dua minggu kemudian itu gugur lagi.
Habis pantang keguguran tu, sambung diet, turun lagi berat. December 2007, saya turun sehingga berat jadi 85kg dari 115kg. Dan masa ni saya disahkan pregnant lagi kali ke empat, iaitu Alesya.
Diet dan jangan putus asa
Tujuan saya share cerita sebab nak bagi sangat pada adik-adik yang badan berisi dan ada masalah PCOS ni, jangan putus asa, diet la dengan serius dan disiplin, usaha, selebihnya serah pada Allah, teori doktor itu teori ilmu perubatan, dan Allah juga mengizinkan.
Cuba turunkan berat bersungguh-sungguh.
P/s hehe masa tu desperate nak pregnant maka ada misi kena kurus cepat, sebab kejar usia meningkat masa tu, target bak pregnant sebelum umur 35, hehe dan tercapai juga. Sekarang diet asyik ke laut dalam.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...