Pikat Selera Keluarga Dengan Resipi Ayam Goreng Berempah Rangup Di luar, Lembut Di dalam. Wow, Patut Cuba Ni!

Share

Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.

Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli 

dari laman Facebook beliau. Jom cuba petang ini untuk berbuka atau ketika bersahur nanti!

BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam.

1 labu bawang putih

4 batang serai

3 inci halia

3 inci lengkuas

2 tangkai daun kari

Garam dan serbuk kunyit secukup rasa

CARA MEMBUAT:

1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.

2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.

3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.

4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.

5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.

6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit..

Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.