Pikat Selera Keluarga Dengan Bergedil Tauhu Sedap & Sihat. Resipi Yang Cukup Mudah, Ibu-Ibu Kena Cuba Ni!

Share

Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Jika mahu menikmati Tauhu yang lebih enak dan sedap, apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Bergedil Tauhu. Malah, resipi ini juga boleh menarik perhatian anak yang tidak suka makan tauhu.

Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan jika dimakan bersama nasi atau sekadar dicicah dengan sambal hitam.

Bahan:

4 keping tauhu lembut
3 biji kentang | direbus/goreng
1-2 ketul dada ayam | dicincang halus/ rebus kemudian siat-siat.
1 biji bawang besar | dicincang halus
Bawang goreng | jika suka
1 pokok daun sup | dicincang
1/2 batang cili hijau & merah | dicincang
1/2 batang lobak merah | dicincang
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk bawang putih | jika tiada, boleh pakai bawang putih biasa, cincang dan goreng
1 sudu teh garam
2 biji telur

Nota: Ayam boleh digantikan dengan bahan lain seperti isi udang atau ketam

Cara Buat Tauhu Begedil:
1. Ubi kentang dan tauhu ditumbuk hingga halus.


2. Kemudian satukan dengan semua bahan yang lain kecuali telur. Gaul hingga semua bahan sebati.

3.Ambil adunan dan bulatkan seperti dalam gambar. Kalau nak lagi sedap, boleh dikukus selama 15 minit.

4. Pilihan kedua, inti tadi selain dikepal, boleh juga disumbat ke dalam tauhu pok. Caranya, potong bentuk X pada tauhu dan keluarkan isinya. Kemudian sumbat dengan inti tauhu tadi hingga penuh.

5.Ambil telur dan pecahkan. Pukul sedikit kemudian celupkan kepingan bergedil tauhu tadi. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna menjadi perang. Minyak menggoreng sebaiknya ditukar setiap 2 kali gorengan bagi mendapatkan hasil bergedil yang cantik.

6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan bersama sambal kicap.

Kredit gambar& resipi: El Musliha Katiman via MAHN