Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Jika mahu menikmati Tauhu yang lebih enak dan sedap, apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Bergedil Tauhu. Malah, resipi ini juga boleh menarik perhatian anak yang tidak suka makan tauhu.
Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan jika dimakan bersama nasi atau sekadar dicicah dengan sambal hitam.
Bahan:
4 keping tauhu lembut
3 biji kentang | direbus/goreng
1-2 ketul dada ayam | dicincang halus/ rebus kemudian siat-siat.
1 biji bawang besar | dicincang halus
Bawang goreng | jika suka
1 pokok daun sup | dicincang
1/2 batang cili hijau & merah | dicincang
1/2 batang lobak merah | dicincang
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk bawang putih | jika tiada, boleh pakai bawang putih biasa, cincang dan goreng
1 sudu teh garam
2 biji telur
Nota: Ayam boleh digantikan dengan bahan lain seperti isi udang atau ketam
Ads
Cara Buat Tauhu Begedil:
1. Ubi kentang dan tauhu ditumbuk hingga halus.
2. Kemudian satukan dengan semua bahan yang lain kecuali telur. Gaul hingga semua bahan sebati.
3.Ambil adunan dan bulatkan seperti dalam gambar. Kalau nak lagi sedap, boleh dikukus selama 15 minit.
Ads
4. Pilihan kedua, inti tadi selain dikepal, boleh juga disumbat ke dalam tauhu pok. Caranya, potong bentuk X pada tauhu dan keluarkan isinya. Kemudian sumbat dengan inti tauhu tadi hingga penuh.
Ads
5.Ambil telur dan pecahkan. Pukul sedikit kemudian celupkan kepingan bergedil tauhu tadi. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna menjadi perang. Minyak menggoreng sebaiknya ditukar setiap 2 kali gorengan bagi mendapatkan hasil bergedil yang cantik.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan bersama sambal kicap.
Baru berusia 8 bulan, anak pelawak Sharol Shiro dikatakan mengalami masalah buah pinggang kronik. Berita tersebut dimuat naik isterinya, Nor Farhanah Syamimi atau mesra dengan panggilan Anna menerusi laman instagramnya.
Menurut Anna, buah pinggang anak lelakinya, Ismail Rifqi dikatakan rosak dan membengkak.
Hasil pemeriksaan, buah pinggang sebelah kanan tiada manakala sebalah kiri membengkak. Malah, Ismail juga memerlukan rawatan secepat mungkin memandangkan situasi yang dialaminya itu.
Assalammualaikum. Anna mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami. Mana tahu atas sebab doa kalian ALLAH angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak Anna.
Doc dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak. Ismail kene dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak.
Anna turut memberitahu, situasi kesihatan Ismail yang sering demam dan air kencing yang tidak normal menyebabkan mereka membawanya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Dia selalu demam onn off, walaupun tengok fizikal nampak sihat tetapi sebagai ibu, naluri saya merasakan ada yang tak kena. jadi, kami bawa Ismail bertemu pakar dan membuat pemeriksaan lanjut.
“Sekarang Ismail dimasukkan ke hospital di Johor dan sedang menerima rawatan antibiotik,” ujar Anna yang ditemubual oleh Mstar.
Dalam pada itu, Anna turut memohon orang ramai menitipkan doa buat anak kecilnya itu supaya cepat sembuh
Anna mohon atas jasa baik kalian, doakan lah untuk anak Anna. Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian. Semoga ALLAH balas semua jasa baik kalian.
Doakan Anna kuat. Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. ALLAH. Ya ALLAH😭😭.
Kreatif dan berani, itu antara komen warganet kepada perkongsian seorang ayah mengenai kegigihan anak-anaknya menjual lukisan di depan rumah mereka.
Menurut Fadhil Zainuddin (Pekan), anak-anaknya meminta izin untuk berbuat demikian dan nampak begitu bersemangat mahu berniaga lukisan.
Apa yang menarik perhatian adalah, tapak gerai anak-anak ini hanyalah berbekalkan sebuah kanopi berwarna kuning, sebuah meja dan kerusi serta enam buah lukisan.
Layan anak sulung aku jual lukisan dia, punya beria dia nak bukak kedai, dia kata dekat aku “Depan rumah pun takpe” jadi aku pun layankan sahaja.
Malah, lukisan hasil Alya Aqeela, 7, dan adiknya, Alya Adeela, 3, yang dijual pada harga serendah RM1 sahaja setiap satu mendapat sambutan.
Aku tak nak patahkan semangat dia tu, jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia biar mereka cuba jual sendiri, tak sangka semua 6 lukisan dia habis dijual.
Sekarang mak dia pening sebab esok dia nak bukak kedai jual lagi, mak dia ingat tadi tak ada orang nak beli. 😅😂🤣
Sering kali kita mengaitkan urusan kerja rumah dengan kaum wanita. Tidak hairanlah jika kebanyakan ibu bapa hanya meminta anak perempuan yang melakukan kerja rumah dibandingkan anak lelaki.
Seharusnya anak lelaki tidak dibiarkan menjadi ‘raja’ di dalam rumah. Sedari kecil seharusnya dididik supaya besar kelak mereka tahu akan tanggung jawab di dalam rumah. Mungkin ada yang bagi masih menganggap ‘orang perempuan duduk di rumah, orang lelaki cari duit di luar’.
Tapi hakikatnya pandangan sedemikian sudah tidak lagi relevan dengan zaman sekarang. Lihat sajalah berapa ramai graduan di kalangan orang perempuan dan pekerjaan yang memerlukan kemahiran wanita di luar rumah.
Justeru, bukan sesuatu yang ‘pelik’ andai anak lelaki rajin dan ringan tulang di dapur misalnya kelak apabila sudah memegang status ketua keluarga, isterinya akan lebih bahagia dan bersyukur dikurniakan suami yang suka membantu.
Sekalipun anak perempuan melakukan kerja-kerja rumah dengan sukarela, anak lelaki juga tidak boleh ketinggalan dilatih untuk menjadikannya satu kebiasaan – bukan sekadar pada hari-hari yang penting atau istimewa.
Dengan kata lain, tak kira anak lelaki atau anak perempuan, dua-dua pun kenalah rajin kan? Nah, hadamkan perkongsian dari saudara Ariff Ismail ini. Moga bermanfaat untuk semua ibu bapa di luar sana.
JANGAN AJAR ANAK LELAKI JADI PONDAN
” Kakak tolong mama masak, kejap lagi tolong jemur baju, lepastu kain yang dah kering, lipat susun dalam almari “
Rata rata keluarga dalam masyarakat memang akan menitik berat supaya anak perempuan tahu urus soal rumah tangga. Manakala yang lelaki diajar supaya jadi ” King “.
Maka keluarlah dialog :
” kau nak jadi ape? perempuan tak reti masak, tak tahu kemas rumah, besok besok dah besar nak kahwin ape pun kau tak tahu “. Bebel mak nya.
Itu ayat yang biasa mak mak zaman dulu keluar bila membebel perihal anak perempuan. Memang setiap kerja rumah atas bahu anak perempuan.
Anak lelaki kita lebih ditugaskan untuk bertukang, beli barang dan lain lain kerja luar. Itu yang bila dah besar, bini suruh pergi pasar pun tak kenal ikan, tak tahu rupa sayur. Suruh beli lengkuas bawak balik halia. Hahaha ? kau ingat lawak?
Jom ubah sikit cara didikan anak lelaki, jangan letak dalam kepala anak lelaki tak perlu tahu cara urus rumah tangga.
Benda boleh ubah kita ubah. Cukup lah bila suruh kami golongan bapak zaman sekarang ni tak tahu buat.
Kita ajar cara urus rumah tangga bukan nak ajar anak lelaki jadi pondan. Tak salah ajar ilmu memasak, mengemas dan mengurus rumah kat anak jantan kita. Nanti depa tahu buat, kita juga yang senang.
3 cara didik anak lelaki urus rumah tangga :
1. Kemas Rumah
Perkara paling asas perlu di didik dari kecil, ajar anak lepas makan basuh pinggan, lepas mandi masuk baju dalam bakul, lepas main kemas barang, susun semula barang pada tempat nya.
Resam anak jantan ni, lepas makan tinggal je, lepas mandi baju bersepah. Bilik tidur selimut tak kemas, cadar tak betul kan. Sikap ” king ” ni boleh diubah. Bila kita ajar dari kecik sampai ke besar lah mereka akan ikut.
Bila hujung minggu, galakan anak untuk gotong royong basuh toilet, sapu rumah, mop lantai. Jangan manjakan anak dengan kita yang jadi bibik mereka.
2. Pergi Pasar
Kenalkan barang basah dan kering pada anak, jangan fikir ala anak kecik lagi tak perlu tahu. Kalau kita fikir macam tu, memang sampai besar lah dia tak tahu.
Ajar anak beli ikan dan sayur di pasar. Macamana nak tengok ikan tu segar lagi atau tidak. Tunjuk jenis ikan pada mereka, tak da lah besar nanti suruh beli ikan kembong dia bawak balik ikan selar.
3. Masak
Bab ni sangat penting untuk ajar anak kita, ajar masakan asas yang mudah untuk mereka ingat. Ajar macamana nak goreng ikan, goreng nugget, buat nasi goreng. Benda paling simple ajar mereka masak nasi dan goreng telur.
Bukan kita nak ajar dia masak nasi beriyani, tu dah advanced sangat. Bila ajar masak kenalkan pada anak jenis bawang, garam, gula, kunyit. Kunyit ni pesan siap siap kau jangan dah besar mengunyit pulak.
Inshaallah, bila kita dah ajar perkara asas memasak ni, takda lah nanti bila kita outstation ke ada event, anak duk makan maggi je kat rumah.
Semudah ABC dan Alif Ba Ta sahaja nak didik anak lelaki ni supaya jadi lebih bertanggungjawab dan tahu urus rumah tangga. Ajar mereka 3 langkah diatas, jangan hanya focus ajar anak perempuan sahaja bab bab bantu kita urus rumah.
Teringat zaman kecik dulu, saya duk membebel kat arwah mak bila kena masuk dapur, ikut pergi pasar dan belajar masak. Bila dah besar baru tahu ini lah ilmu paling berharga yang mak ajar. Terima kasih mak atas didikan yang di beri.
Dalam keluarga saya memang tak kira lelaki ke perempuan tetap kena buat kerja rumah. Gambar dibawah anak sedara saya umur baru 12 tahun dah boleh masuk dapur, kemas rumah, dan jaga adik.
– Ariff Ismail –
#family
#ayahanak1
#keluargabahagia
#doublefbrothers
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...