Pikat Selera Anak Dengan Resipi Puding Polkadot. Guna Bahan Simple Je & Cara Buat Mudah Sangat, Yang Penting Kena Sabar!

Share

Petang-petang begini sedap pula kalau dapat berbual bersama keluarga sambil menikmati hidangan petang. Jika anak anda jenis yang tak suka makan, apa kata sediakan menu yang boleh memikat selera mereka.

Antara yang cukup mudah disediakan adalah puding. Untuk kali ini admin sajikan Puding Polkadot. Bukan sahaja rasanya enak, malah anak-anak pun teruja apabila melihatnya.

Resipi ini dikongsikan oleh Mawar Wilsa via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)


Istimewa untuk sahabat #MAHN saya kongsikan rahsia saya membuat Puding Polkadot cara saya…jangan bilang sama orang tau ini rahsia kita ??…ok gurau ja ???…Puding ni memang cantik bahan pun senang ja cuma perlukan kesabaran untuk hasilkan nya…mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim ?

? Puding Polkadot ?
~~~~~~~~~~~~~~

By Mawar Wilsa

? Bahan A ( untuk Polkadot dan Puding Lapis bahagian dalam Puding )
~~~~~~~~
 20 gm agar-agar bertali ( digunting pendek2 )
 1 tin susu cair
 1 1/2 cawan gula ( + – ikut citarasa )
 1100 ml air
 1 helai daun pandan ( disimpulkan )
 4 pewarna ( violet,pink,hijau & kuning )

Caranya
1 . Sediakan acuan Puding.

2 . Masukkan semua bahan A KECUALI pewarna ke dalam periuk dan masak sehingga agar2 bertali larut dan hancur.

3 . Buangkan daun pandan dan ambil 1/4 adunan Puding dan tapis kedalam satu bekas.Letakkan sedikit pewarna violet dan kacau hingga sebati.

4 . Letakkan adunan Puding ( violet ) ke dalam acuan Puding …biarkan hingga Puding mengeras ( saya letakkan didalam peti sejukbeku sekejap )…tinggalkan sedikit Puding ( violet ) dan tuang ke dalam bekas yg sesuai untuk dibuat Polkadot..saya letak dipinggan saja dan yg ni buat nipis ja…bila dh mengeras saya gunakan nozzle ukuran kecil untuk terap bentuk bulat.

5 . Ulang langkah no 3 dan 4 hingga habis kesemua warna….biarkan Puding pertama yang telah siap di lapis didalam peti sejuk sementara masak adunan Puding yg ke 2.

NOTA ? Sementara menunggu lapisan Puding mengeras Puding yg didalam periuk tadi kena sentiasa panas agar tidak beku/mengeras…saya buat kaedah double boiler…untuk menuang agar2 yg ke2,ke3 dan ke4 pastikan Puding dalam keadaan sangat panas supaya bila dituang pada lapisan sebelum nya setiap lapisan akan dapat bercantum dengan baik.

? Bahan B ( untuk Puding bahagian luar )
~~~~~~~~
 20 gm agar-agar bertali ( digunting pendek2 )
 1 tin susu cair
 1 1/2 cawan gula ( + – ikut citarasa )
 1100 ml air
 1 helai daun pandan ( disimpulkan )

Caranya
1 . Sediakan acuan Puding yg ke 2…susun Puding Polkadot yang telah dibuat awal2 tadi….pastikan bekas acuan kering supaya Polkadot dapat melekat dengan baik.

1 . Masukkan semua bahan B ke dalam periuk dan masak sehingga agar2 bertali larut dan hancur.

2 . Buangkan daun pandan dan ambil sedikit adunan Puding tapis dan tuang ke dalam bekas Puding …tuang perlahan guna kan sudu supaya Polkadot tidak jatuh atau bergerak….biarkan hingga mengeras.

3 . Ambil Puding yang pertama tadi dan masukkan kedalam bekas Puding ke2

4 . Tuang baki adunan Puding tadi hingga memenuhi acuan Puding …dinginkan didalam peti sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan…

selamat mencuba ?? #mawarwilsa #mawarhomecooking#pudingpolkadot