Pikat Selera Anak Dengan Resipi Butter Rice Ala KFC Guna Susu Segar Yang Lebih Sihat. Yang Bosan Makan Nasi Putih Boleh Cuba Ni!

Share

Bulan ramadhan bakal menjelang tak lama lagi, pastinya persiapan menyambutnya bukan sekadar ibu-ibu, malah anak-anak pun teruja.  Nak nak lagi yang pertama kali berpuasa.

Waktu bulan puasa ini jugalah pelbagai juadah yang memikat selera baik yang dijual di luar mahupun dimasak sendiri di rumah.

Apa kata ibu-ibu cuba pula ubah selera dengan buat butter rice sebagai pengganti nasi putih biasa? Mungkin menu ini dapat memikat selera anak-anak baik berbuka mahupun ketika bersahur.

MACAM MANA NAK BUAT BUTTER RICE?

Resipi ini dikongsikan oleh Ismi Yatie Ummu Haziq. Katanya menu ini sering dimakan bersama Kurma Telur dan juga jelatah. Jom kita lihat cara membuatnya.

1. Firstly, cairkan butter of course.. Untuk beras 6 pot (yang plastik tu) saya guna setengah buku butter anggaran 125g.

 

2. Masukkan bahan kisar (bawang besar 1 biji, 4-5 ulas bawang putih, 2-3cm halia) & serai yang diketuk. Boleh juga masukkan daun pandan jika suka. Tumis hingga naik bau.

 

3. Masukkan beras yang dah dibasuh & ditoskan. Lagi best guna beras Basmathi..tapi dalam gambar ni saya guna beras biasa je. Goreng selama 1-2 minit.

 

4. Masukkan susu segar @ krimer sejat anggaran 1 1/2 cawan (Saya prefer susu segar berbanding krimer sejat & saya hanya guna 3 brand ni shj..Farm fresh @ Marigold @ Gooday. Ada kesempatan nanti saya share kenapa saya hanya guna 3 brand tu..Insya Allah)

 

5. Gaul sebati & tutup api.

 

6. Alihkan ke dalam periuk nasi @ kalo nak guna noxxa pun boleh..set je setting macam masak nasik biasa tu.

 

7. Tambah air & garam secukupnya. Saya suka letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih ummph.

 

8. Tadaaaa…ginilah rupa kejadiannya.. Wangi semerbak bau Nasi Mentega ni.. Buat untuk anak-anak pasti dorang suka.

 

Sumber : Ismi Yatie Ummu Haziq