Lihat bentuknya seakan-akan cucur sayur, bahan yang digunakan pun kebanyakkanya sayur. Namun namanya cukup unik.
Buat ibu-ibu yang buntu nak menyediakan sarapan atau minum petang sekeluarga, apa kata cuba resipi Bakwan ini. Selain bahan yang cukup ringkas, cara menyediakannya pun mudah sangat.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Siti Khajar menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Selamat mencuba!
BAKWAN RANGUP
Okay…akak belanja resepi bakwan versi akak sendiri.
Bahan-bahan
2 cawan tpg gandum*
1 sudu tepung beras*
4sudu tepung bestari pedas*(optional)
1/2 cawan udang geragau kering*
1biji telur*(optional)
Sedikit garam*
Sedikit serbuk kunyit*
1 1/2 cawan karot sagat**
1 1/2 cawan tauge**
1 1/2 cawan hirisan kobis**
5 tangkai daun kucai**
1 labu bawang besar hiris kasar**
Cara membuat:
Lg byk sayur…lg sedap.😋😋😋
Bahan bertanda * bancuh dgn air ais. Agak2 jgn pekat n jgn cair.
Masukkan bahan bertanda**. Gaul rata. Goreng menggunakan minyak byk.
Cara menggoreng boleh rujuk digambar.
SOS PENCICAH
2biji lada merah*
1ulas bwg putih*
1/2 sudu gula pasir*
*tumbuk lumat…kalo xlumat boleh jer tapis.
Campurkan dengan 4sudu cili sos dan 4sudu air panas.
Bagi yg tiada alahan…boleh jer penggunaan cili sos diganti dgn cuka masakkan.
SELAMAT MENCUBA…
“Isteri Merangkak Minta Tolong, Paha Berlumuran Darah.” Rice Cooker’ Disambar Petir, Suri Rumah Parah Terkena Serpihan Jubin Meletup
Malang tidak berbau, dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang suri rumah mengalami kecederaan parah pada bahagian paha kiri, lengan serta kaki kanan selepas terkena serpihan jubin yang meletup akibat disambar petir. Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Kuala Rimau, Mukim Air Putih.
Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, mangsa, Maznah Awang Pa, 47, sedang memasak di bahagian dapur rumahnya untuk bersahur keesokan hari (hari ini).
Menurut suami mangsa, Azizan Mad Desa, 52, ketika isterinya berada berhampiran kabinet jubin, tiba-tiba berlaku panahan petir di bahagian belakang rumahnya lalu menyambar periuk nasi elektrik di atas kabinet jubin dan menyebabkan jubin itu meletup sehingga serpihannya mengenai isterinya.
“Ketika panahan petir itu, bekalan elektrik terputus, periuk nasi elektrik meletup dan keadaan tiba-tiba menjadi panik apabila terdengar suara isteri meminta tolong… selepas mencapai lampu suluh saya melihat dia sedang merangkak meminta tolong dan paha kirinya berlumuran darah.
Azizan berkata, kejadian ini menyebabkan dia kerugian hampir RM10,000 apabila peti sejuk dan televisyen yang baru dibeli bulan lepas serta beberapa perkakasan elektrik lain untuk menyambut perayaan Aidilfitri rosak.
Namun beliau bersyukur kerana dia dan empat lagi anggota keluarganya yang turut berada di dalam rumah termasuk seorang cucu berusia tujuh tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Isteri Azizan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Muhd Fairus Rosdi mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.46 malam tadi sebelum tiga anggotanya bergegas ke lokasi.
“Anggota yang tiba mendapati mangsa yang cedera berada di dalam rumah sebelum membawanya terus ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau turut menasihat orang ramai agar berwaspada ketika mengguna peralatan elektrik terutama ketika cuaca hujan dan ribut serta sentiasa menanggalkan palam dari soket elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sumber: BERNAMA & Siraplimau
Pasangan Ni Catat Sejarah Pengantin Pertama Akad Nikah Secara ‘Online’. Selamat Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz!
Pertama kali dalam sejarah negara, apabila majlis pernikahan dilaksanakan secara online.
Itulah situasi yang dikongsikan semalam bila mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan Majlis Akad Nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19.
Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, disempurnakan dalam sekali lafaz.
Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi. Menariknya, majlis itu hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan kehadiran saksi.
Majlis bersejarah yang turut disiarkan menerusi Facebook Live Berita AlHijrah itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.
Majlis nikah online itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Antara negara melaksanakan nikah online ekoran penularan wabak COVID-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE). Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
Sumber : Alhijrah Online
Amiel Masuk Tahfiz Sebab Nak Bantu Ibu Dan Ayah ke Syurga Firdaus.” Itu Antara Isi Kandungan Surat Terakhir Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz.
Semalam pertemuan terakhir buat ibu tabah ini. Siapa sangka itulah kali terakhir dia dapat menatap, bercakap dan memeluk anaknya. Hari ini, anak syurga itu sudah kembali kepada Yang Maha Pencipta.
Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11, salah seorang pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang terkorban dalam kebakaran pagi tadi sempat memberi ibunya surat semalam.
Norhayati Khalid, 42, berkata anaknya memberikan surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.
“Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,”
“Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap,” katanya. Kandungan surat tersebut berbunyi,
“Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.
“Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.
“Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus.”
#TahfizTerbakar: Amiel nak bantu kami masuk syurga – IbuKUALA LUMPUR, 14 Sept: "Ini sahaja yang Amiel mampu, masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus."Ungkapan itu adalah impian mangsa kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Amiel Asraf Abdul Rasid, 11 dalam surat terakhir yang ditulis mangsa untuk ibunya.Ibu mangsa, Norhayati Khalid 42, berkata beliau sempat berjumpa anak bongsunya dari empat beradik itu semalam, dan menerima surat yang ditulis anaknya itu."Antara isu kandungan surat itu ialah – Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa."Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini."Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus."Menurut Norhayati, Amiel sebelum ini menuntut di sebuah sekolah tahfiz di Kelantan, dan baru berpindah ke Tahfiz Ittifaqiyah tiga bulan lepas.Amiel merupakan antara mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.
Posted by Bernama OffBeat on 13hb September 2017
Tambah Norhayati, dia ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan pada jam 6 pagi mengenai kejadian tersebut.
“Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar,” katanya.
Kebakaran tersebut telah meragut nyawa seramai 22 orang pelajar tahfiz dan dua orang warden.
sumber: myMetro