Pikat Selera Anak Dengan Resipi Bakwan. Nak Rangup Goreng Nipis Je. Cicah Sos Bawang Putih, Sedapnya!

Share

Lihat bentuknya seakan-akan cucur sayur, bahan yang digunakan pun kebanyakkanya sayur. Namun namanya cukup unik.

Buat ibu-ibu yang buntu nak menyediakan sarapan atau minum petang sekeluarga, apa kata cuba resipi Bakwan ini. Selain bahan yang cukup ringkas, cara menyediakannya pun mudah sangat.

Resipi ini dikongsikan oleh puan Siti Khajar menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Selamat mencuba!


BAKWAN RANGUP

Okay…akak belanja resepi bakwan versi akak sendiri.

Bahan-bahan

2 cawan tpg gandum*

1 sudu tepung beras*

4sudu tepung bestari pedas*(optional)

1/2 cawan udang geragau kering*

1biji telur*(optional)

Sedikit garam*

Sedikit serbuk kunyit*

1 1/2 cawan karot sagat**

1 1/2 cawan tauge**

1 1/2 cawan hirisan kobis**

5 tangkai daun kucai**

1 labu bawang besar hiris kasar**

Cara membuat: 

Lg byk sayur…lg sedap.😋😋😋

Bahan bertanda * bancuh dgn air ais. Agak2 jgn pekat n jgn cair.

Masukkan bahan bertanda**. Gaul rata. Goreng menggunakan minyak byk.

Cara menggoreng boleh rujuk digambar.

SOS PENCICAH

2biji lada merah*

1ulas bwg putih*

1/2 sudu gula pasir*

*tumbuk lumat…kalo xlumat boleh jer tapis.

Campurkan dengan 4sudu cili sos dan 4sudu air panas.

Bagi yg tiada alahan…boleh jer penggunaan cili sos diganti dgn cuka masakkan.

SELAMAT MENCUBA…