Salah satu makanan kegemaran anak-anak dan juga orang dewasa adalah kentang goreng atau french fries. Jika sebelum ini asyik beli di kedai, apa kata buat sendiri di rumah.
Cara nak buat bukannya susah. Mudah aje. Boleh jadi kudapan buat anak-anak sambil belajar atau menonton televisyen.
Ikuti perkongsian wanita ini.
Kali ni Sab nak share cara buat kentang goreng homemade. So, bolehlah buat stok banyak, duit pun jimat. Nak makan banyak mana pun boleh, nak buat ikut citarasa sendiri pun boleh. Step nak buat kentang goreng ni ada kat gambar.
Ini cara penyediaannya
Bahan-bahan:
1) Kentang (5 biji)
2) Sedikit garam / gula
3) Air sejuk/air biasa (2 cawan)
4) Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat :
1) Sediakan air gula
– Pertama sekali, sediakan 2 cawan air sejuk/air biasa. Tambahkan 2 sudu makan gula dan Campurkan kedua-dua bahan ini dalam besen. Ketepikan sebentar.
– Kegunaan air gula ini adalah sebagai rendaman sebab bila kentang direndam selama 30 minit, rasa manis gula tersebut akan meresap masuk ke dalam kentang.
2) Hiriskan kentang
– Buang kulit kentang dan kemudian hiris macam dalam gambar. Jangan hiris nipis sangat ya, agak2 saiznya macam French Fries yang kita biasa makan tu.
3) Rendam dan Sejukkan dalam air gula
– Setelah dihiris panjang2, masukkan kentang tersebut ke dalam air gula yang dibuat dalam langkah pertama tadi.
– Sejukkan selama 15 – 30 minit dalam peti ais.
***kalau ada air kapur, boleh masukkan sedikit supaya kentang lebih rangup dan tak serap banyak minyak***
4) Rebus
– Selepas disejukkan selama 30 minit, panaskan air bersama 1 sudu kecil garam. Biarkan sehingga mendidih.
– Air rebusan yang diletakkan garam ini akan memberi rasa pada bahagian luar kentang.
– Setelah direndam dengan air gula, kemudian masukkan kentang tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan 1 sudu minyak masak utk pastikan kentang nampak fresh selepas direbus.
5) Toskan
– Selepas direbus selama 5 minit, matikan api dan toskan kentang. Biarkan kentang suam2 dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku.
– Seeloknya, biarkan selama lebih kurang 3 jam. Bila dah beku baru goreng.
6) Goreng
– Tadaaaa, beginilah hasilnya lepas digoreng. Tapi ini sebenarnya tak sempat nak tunggu 3 jam sebab tak sabar. Paling penting rasa tetap superbbb
– Kalau rajin, bolehlah buat banyak sekaligus dan frozenkan. Biasanya kalau nak kentang ni tahan lama sebagai stok frozen, goreng dulu separuh masak dan simpan dalam peti sejuk beku. Rasanya boleh simpan selama 1-2 minggu.
Lauk berasaskan daging adalah menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Cuma yang menjadi masalah adalah apabila cara memasaknya agak lama agar memastikan daging lembut.
Bagi yang tidak mempunyai periuk bertekanan tinggi, pastinya perlu memasak dalam tempoh yang lama hingga mengambil masa berjam-jam untuk memastikan daging lembut.
Bagi yang nak sedang mencari petua untuk lembutkan daging yang liat boleh cuba cara ini.
Seterusnya ikuti tiga petua ini salah satunya petua tukang masak Thai.
Petua 1:Petua guna ais batu
Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit (Sempatlah kita sediakan bahan2 lain ). Time air tengah mengelegak kuat tu masukkan ketul ais. Kejap je daging tu empuk. Petua ni saya dapat dari tukang masak thai.
Petua 2: Cara potong daging
Tengah masak kari daging untuk esok, tengah tengah malam ni. Untuk yang tak tahu, nak daging lembut potonglah melawan ira jangan mengikut ira daging. Mak ajar bila potong melawan ira senang nak makan. Mungkin ramai dah tahu tapi yang muda-muda ada yang belum tahu.
Petua 3: Guna sudu dan akar daun pandan
Merebus daging dan tulang ni kadang menjadi masalah kerana daging menjadi liat Dan susah utk mengunyah. Petua dari nenek n atok dulu dulu letak sudu besi dan akar pandan.. Jadi itulah yg sya buat. Alhamdulillah. Memg lembut dan juicy.
Selamat mencuba!
Kredit: Rohani Ahmad, Mariya Mar dan Nizam Tahar
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Resipi roti butut antara menu sarapan stail atau gaya kampung yang cukup menyelerakan. Kalau pagi-pagi asyik buat roti bakar biasa sahaja, apa kata kali ini kita ubah gaya masak roti ini ikut gaya kampung.
Roti ini memang rare dan jarang orang buat. Nak cuba buat rori butut? Nak ikut cara seperti yang dikongsikan oleh cikgu Afy Al Habibi ini.
Resipi Roti Butut Bakar
1. Paling penting mesti ada roti butut. Guna satu plastik roti. Roti ini kita panggil roti benggali.
2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Guna marjerin jenama dalam gambar itu ya. Sapu kedua belah roti.
3. Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi sudah ada rasa.
4. Kemudian tepek bancuhan telur tapi pada roti yang disapu marjerin tadi. Tepek dua belah bahagian roti. Memang boleh celup tapi nanti banyak guna telur, ini cara jimat.
5. Kemudian sapu juga marjerin tadi atas pan.
6. Seterusnya bolehlah bakar roti tadi atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing.
7. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi. Apabila sudah siap semuanya bolehlah disusun dalam pinggan.
8. Untuk pilihan sapuan atas roti, kalau nak letak kaya atau jem terpulang. Paling sedap kalau letak sapuan susu pekat manis. (sekali sekala manis bolehlah. Jangan hari-hari pula ya)
Makan roti butut dengan teh o panas, memang sedap. Selamat mencuba.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.