Sebut saja jajan,pasti yang paling gemarkannya adalah kanak-kanak. Tak kurang juga orang dewasa yang menjadikan makanan ringan ini sebagai kudap-kudapan.
Namun, jika diambil berlebihan boleh mendatangkan kesan tidak elok pada kesihatan. Lebih membimbangkan makanan ini tinggi kalori kerana bahan pewarna tiruan, kadar garam monosodium glutamate (MSG), lemak, minyak yang tinggi.
Untuk elakkan anak-anak terlalu ‘asyik’ dengan makanan ringan, apa kata ibu-ibu berikan snek yang sihat buat mereka. Lebih bagus jika makanan ini datangnya dari air tangan ibu.
Jom cuba cara nak buat kentang goreng sihat untuk anak kita ini. Terima kasih Puan Noraini Abd Samad atas perkongsian resipinya.
Nak bagi anak makan french fries kat luar rasa bersalah. Sebab dah tahu dalam tu ada trans fat, digoreng pula dalam minyak panas. Entah berapa banyak lemak tepu, garam dan perisa tiruan yang masuk ke perut anak kita.
Tapi kalau tak bagi langsung, nanti anak kita teringin nak makan bila dia tengok sepupu ataupun kawan-kawan dia makan. Cara paling mudah nak atasi masalah ni adalah dengan buat fries sendiri di rumah. Kita guna ubi keledek.
Rasanya fries ni crunchy kat luar, manis-manis masin bila kunyah, memang sedap, penuh dengan perisa semulajadi. Bukan dari MSG.
Seronok kalau dapat makan ramai-ramai waktu minum petang. Nak jadikan sebagai bekal anak ke sekolah pun bagus juga. Standby lebih sikit kot-kot anak kita nak share dengan kawannya yang lain. Mana tahu lepas ni kawannya pun lebih suka makan snack yang sihat sebab rasanya yang lebih sedap daripada makanan rapu dan fast food.
Ini adalah resepi crispy sweet potato fries. Nak buat pun senang sangat. Bahan-bahan simple aje:
Bahan-bahan:
Ubi keledek
Kanji jagung (corn starch)
Minyak zaitun
Garam Himalayan (optional)
Paprika (optional)
Cayenne (optional)
==========
Cara-caranya:
1. Potong ubi keledek seperti dalam gambar.
2. Salutkan dengan kanji jagung senipisnya. Masukkan sedikit minyak zaitun. Gaul rata.
3. Susun dalam tray. Pastikan ada jarak di antara ubi keledek. Kalau ubi keledek disusun terlalu dekat sehingga melekat, ia takkan jadi crispy di luar. So kena susun berjarak macam dalam gambar. Sebenarnya, kalau tak crispy di luar pun, fries ni tetap sedap.
4. Taburkan sedikit garam. Tak nak letak garam pun okey je. Bakar dalam oven pada suhu 210 darjah Celcius selama 10 minit. Balikkan ubi keledek. Kemudian, bakar lagi pada suhu yang sama selama 5 ke 8 minit. 4. Untuk parents yang sukakan sedikit rasa pedas, boleh gaulkan ubi yang dah siap dibakar dengan serbuk cayenne dan paprika. Ni untuk pelbagaikan rasa. Cubalah.
5. Siap untuk dinikmati.
==========
Enam kelebihan ubi keledek :
1. Mengandungi bahan bioaktif semulajadi untuk melindungi daripada kanser.
2. Kaya dengan Beta-carotene yang akan ditukarkan kepada Vitamin A di dalam badan.
3. Sangat bagus untuk fungsi mata kita.
4. Meningkatkan sistem pertahanan badan terhadap penyakit.
5. Meningkatkan fungsi otak.
6. Menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat dan cantik.
Silakan #share agar lebih ramai parents yang tahu tentang fries yang sihat dan sedap ni. Selamat mencuba.
Sumber: FB Noraini Abd Samad
Real food always taste amazing!