Pikat Selera Anak-Anak Dengan Resipi Puding Kastard Susu Buah-Buahan. Wow, nampak menyelerakan!

Share

Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.

Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.

Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Bahan-Bahan (Puding):

1 tin susu cair jenama IDEAL

1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)

4 tin air

Setengah tin gula pasir

Cara Membuat:

1.Larutkan semua bahan didalam kuali.

2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.

3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.

4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.

5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.

Bahan-Bahan (Kuah Susu):

2 tin susu cair jenama (IDEAL)

1 tin susu pekat

1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)

1/2 tin air

1 tin buah-buahan koktail

Cara Membuat:

1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.

2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan  kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.

3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.

Tip ekstra:

Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.

Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.