
Menghadapi saat orang tersayang pergi buat selamanya tentunya waktu itu bukan mudah uintuk dilalui. Hati terasa sedih, pilu dan merintih hiba. Namun ujian yang berat ini harus dilalui dengan tabah walau apa cara sekali pun.
Apa yang pasti, masa akan terus berlalu namun kenangan bersama insan tersayang akan kekal menjadi ingatan yang indah untuk dikenang.
Seperti perkongsian daripada seorang ibu kepada tiga cahaya mata ini. Mengabadikan kenangan bersama keluarga bersempena sambutan Aidilfitri, mereka ada cara mereka sendiri sebagai menzahirkan rasa kasih, sayang dan rindu kepada insan yang telah lama pergi menghadap Ilahi.
Sebagaimana kelaziman yang ramai lakukan, akan bergambar raya bersama anak beranak di Hari Aidilfitri. Begitu juga keluarga kecil ini.
Menerusi perkongsian dua video di laman TikTok oleh UmiLyssa tetap juga bergambar kenang-kenangan dengan membawa foto arwah suaminya dan pakaian uniform arwah suami semasa sesi bergambar tersebut.
Menurutnya, suaminya telah meninggal tiga tahun lalu. Walau pahit untuk melalui ujian hidup, namun keluarga ini terus tabah dan masih terus mampu tersenyum dan nampak bahagia sepanjang sesi photoshoot tersebut dibuat.
Watch on TikTok
Meninjau di ruangan komen, netizen tidak putus-putus menitipkan doa agar arwah ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Malah ramai juga yang berasa sebak dan sayu melihat dua video yang dikongsikan oleh UmiLyssa.
Sumber : UmiLyssa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rutin Ibu Dah Bermula, Tya Arifin Kongsi Kepayahan Ibu Uruskan Anak Sekolah!

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi realiti kehidupannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata ketika menguruskan anak-anak lebih-lebih pagi pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini yang bermula semalam.
Menerusi perkongsian Tya, katanya sejak awal pagi lagi dia sudah mula menguruskan pelbagai hal terutama menyiapkan anaknya sulungnya, Arif Jiwa Asyraf untuk memasuki sesi persekolahan baharu.
“Baby Aghnia menyusu, tukar lampin dan saya tidur jam 2.30pagi.
“Disebabkan hari ini, hari persekolahan yang pertama, saya mesti kena hantar Arif yang dah darjah dua.
“Realiti sebenar seorang ibu kan, tak cukup tidur, mata panda, tak sempat mekap, sarapan pun terlupa dan siapakan kelengkapan anak sekolah,” ujarnya berkongsi.
Tambah Tya dia juga begitu mengagumi ibu-ibu yang menguruskan anak sendirian tanpa pembantu. Bukan satu hal yang mudah untuk melengkapkan hari itu kata Tya.
Bercerita lanjut, Tya berkata para ibu tidak menceritakan kepenatannya namun tersimpan seribu satu rasa yang ramai tidak tahu.
“Masya-Allah semenjak ada tiga anak ni, makin besar rasa kagum pada ibu ibu yang Tya jumpa.
“Kerana, di sebalik muka mereka, mesti menyimpan sejuta penat yang tak semua tahu,” ujarnya lagi.
Untuk info, sesi akademik 2025/2026 telah bermula pada 17 Februari dan cuti sesi akhir akademik bermula pada 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Petua Mudah Rawat Gout, Hanya Guna Tiga Bahan Dari Dapur Sahaja.

Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Bagi penghidap penyakit Gout pasti cukup kenal dengan dua jenis ubat ni- Allupurinol untuk turunkan paras asid uric manakala Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena di dalam ruangan facebooknya.
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi
3 hirisan lemon (buang biji dulu nanti pahit)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam dalam slow juice (tanpa perlu tambah air)
2. Jika guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
3. Hasilnya dapat dua gelas jus.
4. Minum 2 kali sehari. satu gelas selepas bangun tidur dan satu gelas sebelum nak tidur.
Tip tambahan:
• Untuk memudahkan kerja, buat banyak dengan menggandakan bahan di atas.
• Kemudian, masukkan ke dalam botol kosong.
• Pastikan guna sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang.
Tak Perlu Jerit Dan Marah, Perunding Psikologi Ini Tunjuk Cara Betul Guna Sistem Ganjaran, Baru Mudah Nak Didik Anak!

Gelak tawa dan keletah anak tentunya memberikan kebahagian buat ibu bapa. Rasa penat seharian bekerja sudah tentu hilang setelah terhibur dengan telatah mereka.
Namun, bergelar ibu bapa, kita sentiasa berhadapan pelbagai cabaran untuk menghadapi kerenah anak-anak ini. Pelbagai cara yang digunakan untuk memastikan anak-anak mendengar kata.
Malah ada segelintir ibu terpaksa menjerit dan marah akibat anak tidak mendengar kata. Boleh naik tekanan darah jika hari-hari anak berkelakuan begitu!
Hakikatnya ada caranya untuk mengelak situasi itu ketika mendidik anak-anak. Salah satu yang sering diguna pakai oleh ibu bapa adalah mengunakan sistem ganjaran kepada anak. Namun cara yagng bagaimana yang betul untuk memberi ganjaran kepada anak agar tidak memberi impak buruk kepada perkembangan kanak-kanak.
Persoalan ini yang dikupas oleh Perunding Psikologi Klinikal, Klinik Psikologi Azlina. Puan Hajjah Azlina Roszy Binti Mohamad Ghaffar menerusi program Webinar Pa&Ma: Sayang Anak Ketat-Ketat anjuran Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga yang diadakan secara virtual pada 20 Mac 2022.
Dengan tajuk, ‘Sistem Ganjaran Bukti Sayang Anak, Benarkah?‘ , Puan Hajjah Azlina Roszy Binti Mohamad Ghaffar ini menjelaskan bahawa ganjaran yang diberikan kepada anak ada kaitan dengan emosi.
Katanya kerap ibu bapa mengunakan taknik ganjaran untuk anak berkelakuan baik. Namun tegasnya, dalam bidang psikologi bukan sistem ganjaran itu yang menjadi keutamaan tetapi bukan salah faham mengenai konsep ganjaran yang dyang betul lebih kepada bagaimana ibu bapa memhami konsep sistem itu dan mempraktikan dalam mendidik anak-anak.
KONSEP DALAM ISLAM
Sistem Ganjaran ini telah diperkenalkan dalam Islam.
GANJARAN DAN HUKUMAN
- Satu konsep yang diperkenalkan oleh Al Quran
. Ayat-ayat yang menyentuh ganjaran syurga kepada orang-orang yang beriman dan hukuman neraka kepada orang-orang yang tidak beriman.
“Sungguh orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan ke dalam neraka”. [An Nisa’:56]
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya”. [An Nisa’:57]
Sistem ganjaran ini dinyatakan dalam Al-Quran.
Ayat-ayat hukuman
KONSEP SAINTIFIK
Fahami psikologi anak
Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Klinik Psikologi Azlina. Puan Hajjah Azlina Roszy Binti Mohamad Ghaffar, dalam mendidik anak, ibu bapa harus memahami pskikologi anak-anak. yang termasuk perkembangan otak.
Prefrontal cortex’ adalah bahagian otak yang terletak di lobus hadapan. Ini adalah bahagian otak yang berkembang paling lambat. Para saintis berkata, ia masih lagi berkembang sehingga usia belasan tahun hingga mencapai usia antara 20 hingga 25 tahun. Tugas ‘prefrontal cortex’ dipanggil eksekutif.
Prefrontal cortex terletak dibahagian ubun-ubun kepala anak. Kepentingannya ia berkaitan dengan perbelajaran. Anak-anak akan menyerap stimulasi apa yang dilhat dipersekitaranya termasuk untuk belajar, mengingat, membuat keputusan, memahami dan untuk berfikir.
Apa fungsi eksekutif Prefrontal cortex’
Ketidakmatangan Kanak-kanak
Otak kanak-kanak sehingga remaja belum mempunyai pemikiran abstark. Bila bahagian otak ni lambat, kanak-kanak masih belum fahan, belum matang untuk berfikir. Namun mudah menerima respon kepada sebarang rangsangan.
“Contoh, jika anak mengaku buat salah, ibu akan berkata ‘mama tak marah’ atau ibu boleh memberi ciuman sayang. Tak semestinya bagi hadiah yang mahal. Ganjaran dalam bentuk senyuman pun boleh. Cara ini pun dikatakan ganjaran.”
Masalah tingkahlaku dan gejala sosial di kalangan remaja dan orang muda boleh dikaitkan dengan kekurangan pada PFC (prefrontal cortex) iaitu ketidakmatangan PFC di dalam melakukan penilaian terhadap sesuatu.
Oleh itu, kanak-kanak di peringkat umur di bawah 10 tahun biasanya melakukan keputusan mengikut emosi (bahagian amygdala – otak, tengah)
Kanak-kanak juga tidak dapat berfikir ke hadapan dan belum mempunyai pemikiran abstrak
Oleh itu, kanak-kanak tidak faham mengapa mereka perlu mandi, makan, tidur, jangan main benda berbahaya atau kotor dan lain-lain
Otak kanak-kanak sehingga remaja sangat responsif kepada 2 perkara:
1. Rangsangan ganjaran dan hukuman – gunakan pendekatan ganjaran untuk mendapatkan kepatuhan dalam pembelajaran
2. Novelti (perkara baru dan unik) – kerana itu kanak-kanak suka ‘explore’ dan curious dengan banyak perkara dan mudah belajar.
GANJARAN DAN HUKUMAN
Memberikan ganjaran dan hukuman tertentu boleh merangsang kanak-kanak melakukan perkara-perkara yang diinginkan oleh ibubapa serta menjauhi dari melakukan perkara yang tidak diingin.
-Ganjaran (balasan baik – reward)
-Hukuman (balasan buruk – punishment)
-Kajian psikologi menunjukkan otak manusia didorong oleh ganjaran dan hukuman
-Ganjaran meningkatkan kebarangkalian tingkahlaku dilakukan berulangkali
-Hukuman dilakukan untuk mencegah tingkahlaku dari berulang lagi
Tak perlu bagi hadiah yang mahal, hanya kata-kata positif.
Bagaimana Melatih Disiplin
Menggunakan carta bintang (star chart) – mendapat mata ganjaran apabila sesuatu tingkahlaku dilakukan; misalnya mendapat 1 bintang selepas menggosok gigi
Setiap carta bintang ialah untuk tempoh seminggu atau mengikut bilangan hari
Menggunakan token ekonomi – menebus hadiah dengan mata ganjaran. Misalnya ingin mendapatkan pensil baru boleh tebus dengan 5 mata ganjaran.
Boleh juga menggunakan stiker sebagai pengganti bintang untuk menarik perhatian kanak-kanak
Boleh dimulakan seawal usia 4 tahun. Menolak mata ganjaran untuk membuang tabiat buruk. Misalnya suka memukul adik, akan ditolak mata ganjaran setiap kali memukul
Mata ganjaran tidak boleh diberikan sekiranya tingkahlaku tidak dilakukan. Misalnya hari Isnin tidak menggosok gigi maka tidak mendapat apa-apa bintang.
Dengan pendekatan ini, anak yang tidak melakukan perbuatan yang baik dalam list carta, tidak akan mendapat bintang. Setiap bintang ada nilai.
“Cara saya setiap hujung minggu. Satu bintang, 10sen. Kumpul masuk tabung. Jadi cara ini secara tidak langsung anak-anak belajar untuk usaha berkelakuan mengikut carta berkenaan.
“Sistem ganjaran perlu dilakukan setiap hari. semua aktiviti dilakukan setiap hari. Cara ini kanak-kanak tidak perlu berbohong. Tak buat tak dapat ganjaran. Carta juga boleh mengikut kesesuaian keluarga masing-masing,” ujarnya menerusi webiner Sayang Anak Ketat-Ketat baru-baru ini.
Lihat video lengkap lihat di bawah ini. Untuk topik Sistem Ganjaran Bukti Sayang Anak, Benarkah? Lihat video di minit ke 5.24 .
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.