
Memiliki anak-anak kecil ada kalanya membuatkan ibu bapa hilang sabar. Lagi-lagi dengan karenah mereka. Tetapi itulah penyeri dan menambahkan kemanisan dalam rumah tangga.
Baik orang biasa mahupun selebriti yang memiliki anak kecil. Pasti tidak terkecuali mempunyai memori melucukan. Demikian juga dengan pelakon Amyra Rosli. Rupa-rupanya isteri kesayangan Amar Baharin ini sering sahaja kehilangan telefon di rumahnya.
Menerusi perkongsian terbarunya di Instagram, Amyra berkongsi apa sebenarnya yang berlaku kepada telefonnya yang selalu hilang.
Dalam perkongsian tersebut, Amyra turut memuat naik gambar anak lelakinya, Aqeef Anaqi yang mengambil gambarnya sendiri menggunakan telefon Amyra.
“Phone mommy selalu hilang kat rumah pastu dah beberapa jam jumpa phone balik n tengok penuh gallery.
“Pastu mommy gelak-gelak pastu lupa nak replyyyyyyyy msg korang. So kalau ada anything urgent call je terus ok,” jelas Amyra lagi.
https://www.instagram.com/p/CGq8qyDp9fX/?utm_source=ig_web_copy_link
Pasangan Amyra dan Amar Baharin dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub
Mertua Dan Menantu Mengalah, Tak Bermegah. Akhirnya Semua Jadi Mudah

Apabila berkahwin, ada pasangan memilih untuk tinggal berasingan dengan ibu bapa.
Namun ada juga segelintir selesa tinggal dengan mertua.
Bagaimana pun bukan calang-calang menantu sanggup tinggal mertua.
Untuk tinggal sebumbung, sudah tentunya kena ada sikap persefahaman antara satu sama lain.
Sebagaimana perkongsian ini menarik untuk di praktik kan dalam rumahtangga.
MAK PILIH TINGGAL DENGAN MENANTU PEREMPUAN
Dulu belilah rumah besar sikit. Ingat mak ayah nanti dah tua nak duduk dengan saya.
Tapi tak. Mak saya sekarang tinggal dengan adik saya. Anak lelaki dia. Dah tentu di rumah tu ada isteri pada adik saya. Menantu perempuan dia.
Orang kata payah selalu mak mertua nak duduk dengan menantu perempuan ni. Tapi tak. Mak saya suka duduk dengan adik ipar saya. Adik saya ada anak kecik. Dia boleh buat main. Geng hiking dia pun semua dekat sana.
Lagi satu saya rasa pasal saya cerewet. Pisau bawang lain. Pisau daging lain. Pisau buah lain. Tapi tu bukan salah saya. Mak saya juga yang ajar dulu.
“Kenapa kamu potong bawang dengan pisau daging ni kak. Nanti tumpul lah dia”. Kan. Bukan salah saya.
Lepas tu saya tak boleh tengok benda bersepah. Sikit pun tak boleh. Menahar mata aku menahan. Jadi tak duduk sekali pun kadang asyik mengemas. Tapi tu pun bukan salah saya. Mak saya yang ajar juga.
“Baju ni dah diangkat terus lipat. Bukan payah. Sambil tengok TV boleh kan lipat. Lama-lama tangguh lagi malas.” Kan. Bukan salah saya. Mak saya juga punya kerja.
Ha. Sinki. Lagilah. Habis masak habis kemas. Sekali jalan. Jangan bertingkat kotor-kotor dalam sinki. Dua tiga kerja satu masa cepat rehat.
“Kan boleh sambil-sambil. Apa ditenung kari tu sampai gelegak. Sambil tunggu sambil basuh. Cepat siap”. Kan. Bukan salah saya. Saya ikut kata mak saya saja.
Tapi bila tinggal dengan menantu ni, saya nampak mak saya merendahkan sikit ekspektasi dia. Baju ke, sinki ke, pisau ke, dia tak cara mana. Dia larat dia tolong buat. Dia tak larat, dia tak bising buat orang penat.
Dan saya juga lihat adik ipar saya tak secerewet saya. Mudah saja dia. Mak saya taknak masak, dia order. Mak saya potong buah guna pisau daging, dia okay. Mak nak apa saja, dia bagi sedia.
Mereka berdua adalah orang yang ada cara kerja dan pemikiran berbeza yang mentongsampahkan segala yang berbeza itu untuk tinggal bersama. Bersama-sama.
Mak saya korbankan segala prinsip dan mulut dia.
Adik ipar saya korbankan privasi dan keinginan dia.
Saya tahu susah. Tapi bila lihat mak mengalah dan adik ipar tak bermegah, maka saya nampak semuanya jadi mudah.
Rumah itu takda siapa nak lebih kuasa. Anak lelaki kena ikut aku sebab aku ibu. Atau suami kena lebihkan saya sebab saya isteri dia.
Saya kira bila jadi menantu saya kena jadi seperti adik ipar saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Juga sampai satu masa nanti saya kena jadi mak mertua seperti mak saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Semalam kami sambut hari lahir depa semua bersama. Maya. Mak. Dan adik. Bulan 4 semua. Selang hari saja.
Semoga Allah berkati mereka berdua. Orang yang banyak berkorban dan berbuat baik pada sesama mereka. Syurgalah buat pengorbanan kamu berdua hendaknya.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Jaga Kebersihan Rahim, Amalkan Minum Herba Ni Seminggu Sekali. Boleh Rasa Sendiri Perbezaannya!

Penjagaan dalaman wanita sebenarnya amat penting bagi memastikan kesihatan bukan sahaja untuk diri kita sendiri malah terkesan pada pasangan juga. Lantaran itu, walau sesibuk mana sekalu pun kita menguruskan tugas-tugas harian, jangan pernah abaikan bab penjagaan dalaman ini.
Mungkin dengan cara amal minum jus detoks rahim ini boleh dijadikan antara cara untuk penjagaan dalaman anda. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Fyza Shah dan bolehlah dimanfaatkan. Selamat mencuba.
Mudah sangat buat JUS DETOKS RAHIM yang viral ni rupanya. Campak-campak terus jadik, sekali teguk rahim bersih miss v rapat tak berbau.
Nak tau rahsia rahim bersih, miss v ketat tak berbau?
Nak satu ramuan yang ringkas dan segera jimat masa?
Nak rasa yang sedap tak de bau pahit jamu, tekak boleh terima dengan rela hati?
Sesekali, aset kita yang kat dalam dan bawah kena servis. Eh, servis sendiri ye biar bersih dari segala sisa kotor. Tak elok sisa macam darah haid, air mani suami atau keputihan menjadi kerak bertahun-tahun. Pil perancang pon boleh jadi sisa atau pati kalau ambik terlalu lama.
Nanti boleh undang penyakit berbahaya seperti fibroid, kanser pangkal rahim atau sengkatan dengannyer.
Baik kita cegah awal sebelum kita rawat. Bila dah kena penyakit kronik, belanja jadi lagi besarrr taw, bermacam perkara nak dipikirkan. Betul tak?
So untuk anda yang mahukan resepi homemade yang sangat viral ni, apakata cuba dahulu. Hanya guna bahan dari dapur sahaja.
Buat lebih sikit, simpan dalam bekas kedap udara di peti sejuk. Cara makan pon cuma seminggu sekali atau dua kali dah memadai.
Sape tak nak kan aset sendiri mengancam kalah anak dara 17 tahun.
Dah baca kalau nak simpan kat wall sendiri boleh share ye. Bila-bila nanti boleh refer balik kan.
Bahan-bahan :
3 inci halia
3 inci kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 biji manjakani
Air asam jawa sikit
Gula merah atau boleh ganti madu atau gula batu
*ada daun sireh dan kencur lagi baik. Fyza tak sempat nak carik.
*ibu menyusu tambah sikit halba atau habbatus sauda. Susu meriah
Cara Buat
- Rebus semua herba kat atas, bila air dah mula berwarna kuning, tambah air asam jawa dengan gula merah.
2. Rasa tak pahit pon, bau memang harum sebab ada serai dengan daun pandan kan.
3. Lepas siap, biar suam terus minum secawan, lebih tu simpan dalam peti sejuk ye.
Hak Mengundi, Tiket Bas Habis, Pelajar OKU Nekad Pulang Ke Kampung Jalan Kaki

Hak Mengundi, Tiket Bas Habis, Pelajar OKU Nekad Pulang Ke Kampung Jalan Kaki
Bahang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan menjadi penentu dalam usaha kerajaan memulihkan kembali kestabilan negara kian terasa.
Hari ini ramai yang telah pulang ke kampun menaiki kenderaan sendiri atau pengangkutan awal demi melunaskan tangunggjawab sebagai pengundi di kawasan masing-masing.
Bahkan kegigihan seorang remaja kelainan upaya (OKU) pertuturan dan pergerakan gigih berjalan kaki untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan bagi menunaikan kewajipan sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) harus diberi pujian.
Artikel Berkaitan: Leona Dikecam Kerana Muatnaik Kertas Undi. Ini 10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Ketika Mengundi
Artikel Berkaitan: “Pesakit Covid-19 Boleh Mengundi Sabtu Ini, Tapi Bersyarat!
Artikel Berkaitan: Elak Bersesak, Semak Awal Pusat Mengundi & Waktu Digalakkan Untuk Pilihan Raya Nanti!“
TIKET BAS HABIS, NEKAD JALAN KAKI PULANG KE KAMPUNG
Muhammad Haikal Noor Azmin,18, yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas di sini nekad berbuat demikian selepas tiket bas ekspres untuk pulang ke kampung dikatakan habis dijual.
Demi hak mengundi, pelajar ini sanggup berjalan bersendirian sambil menyorong beg pakaian itu ditemui seorang pensyarahnya yang kebetulan dalam perjalanan pulang di sekitar Jalan Bertam Indah 2 kira-kira pukul 7 petang semalam sebagaimana laporan Kosmo
Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts. Jasni Mohd. Yusof ketika dihubungi berkata, pelajar tersebut ditemui dalam keadaan kelihatan namun tetap mahu meneruskan perjalanan pulang ke kampung halamannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Muhammad Haikal adalah pelajar bidang Sijil Animasi 2D dan dia juga kurang sempurna daripada segi pergerakan dan pertuturan namun semangatnya kuat.”
“Kita mengambil inisiatif dengan menghantar Muhammad Haikal pulang Kelantan menggunakan kenderaan jabatan hari ini supaya boleh mengundi Sabtu ini.”
“Sumbangan turut dibuat oleh semua kakitangan kolej bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan.”
DAPAT SUMBANGAN
Cakna mengenai kesukaran pelajar berkenaan pihak kolej telah membuat kutipan sumbangan untuk meringkan beban pelajar berkenaan.
Muhammad Haikal berkata, beliau amat terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kolej berkenaan. Bantuan yang diberikan itu dapat meringankan beban keluarganya.
Difahamkan, beliau kematian ayah sejak berusia 11 tahun lagi dan memikul tanggungjawab sebagai anak sulung daripada lima beradik.
Sumber: Kosmo Online
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club