Pelbagai cabaran anak-anak kita lalui diawal-awal sesi PdPR dan lama kelamaan semakin dapat diterima kaedah baharu pembelajaran dalam talian seperti itu.
Pun begitu, sebagai ibu ayah kita melihat ada anak-anak yang kurang selesa bila belajar kerana perlu menatap skrin telefon yang terlalu kecil.
Alangkah bagus sekiranya anak-anak terutamanya yang masih di tahap pra sekolah atau sekolah rendah dapat belajar dengan melihat skrin yang besar seperti televisyen. Mungkin itu difikirkan lebih selesa dan dapat menarik minat anak-anak untuk belajar.
Jadi jika begitu yang diinginkan oleh ibu ayah, apa perlu dibuat?
Baiklah, jom kita baca perkongsian daripada cikgu Mohd Azman Bin Mohd Nor untuk info bersama, bagaimana caranya untuk menggabungkan telefon ke skrin televisyen.
MASALAH PdPR SCREEN PHONE KECIL, JANGAN RISAU!
Tak semua ibu bapa mampu menyediakan pc atau laptop untuk semua anak-anak mereka apabila PdPR belaku serentak.
Oleh itu guna apa sahaja alatan yang sedia ada di rumah dengan kos yang minimum. Meh saya kongsikan satu cara mudah dan murah.
Secara majority ibu dan bapa di Malaysia mempunyai smartphone masing-masing dan saya juga percaya hampir setiap rumah di Malaysia mempunyai TV LCD bg kegunaan hari.
Tahukah anda kita boleh gabungkan kedua-dua TV dan Smartphone untuk menjadikan PdPR di rumah menjadi lebih menarik dan mudah ditonton oleh anak-anak terutamanya peringkat Pra secara ‘wireless’ sahaja.
Anda hanya perlu mengeluarkan budget sekitar rm35-50 untuk mendapatkan sebuah AnyCast, MiraCast atau MiraScreen seperti foto di bawah bagi membantu screen phone dipaparkan pada TV secara ‘wireless’.
Ini menjadi screen lebih besar untuk ditonton oleh anak -anak. Nak cari dimana? Search kat shopee atau lazada je.
Silahkan ikuti langkah-langkah di bawah jika menggunakan MiraScreen:
✓Langkah 1: Masukkan MiraScreen ke port HDMI TV Anda (guna wire yang dibekalkan)
✓Langkah 2: Masukkan kabel USB ke adaptor USB external TV
✓Langakah 3: Pastikan icon WiFi phone anda dalam keadaan ‘On’, kerana alat ini disambung melalui WiFi (tak perlu internet ya)
✓Langkah 4: Pastikan icon ‘screencast’ phone terpasang spt foto dibawah, kemudian phone automatic mengesan alat ‘MiraScreen’ ini.
#LangkahLangkah ini bergantung kepada jenama dan spec alatan yang anda beli.
Alat ini mempunyai pelbagai jenama dari harga puluh-puluh hingga ke ratus-ratus ikut spec yang diperlukan.
Namun jika anda bertuah memiliki Android TV tidak perlu alatan di atas, terus buat screen sharing (mirroring) direct dengan phone secara ‘wireless’.
Moga perkongsian ini membantu menyesaikan masalah anda. Namun langkah-langkah yang saya cadangan di atas mungkin berbeza mengikut jenis peralatan, spec dan app yang ada pada phone masing-masing. Mungkin juga anda perlu membuat installation app jika diminta berbuat demikian.
Sumber : Cg Azman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club