Pelbagai cabaran anak-anak kita lalui diawal-awal sesi PdPR dan lama kelamaan semakin dapat diterima kaedah baharu pembelajaran dalam talian seperti itu.
Pun begitu, sebagai ibu ayah kita melihat ada anak-anak yang kurang selesa bila belajar kerana perlu menatap skrin telefon yang terlalu kecil.
Alangkah bagus sekiranya anak-anak terutamanya yang masih di tahap pra sekolah atau sekolah rendah dapat belajar dengan melihat skrin yang besar seperti televisyen. Mungkin itu difikirkan lebih selesa dan dapat menarik minat anak-anak untuk belajar.
Jadi jika begitu yang diinginkan oleh ibu ayah, apa perlu dibuat?
Baiklah, jom kita baca perkongsian daripada cikgu Mohd Azman Bin Mohd Nor untuk info bersama, bagaimana caranya untuk menggabungkan telefon ke skrin televisyen.
MASALAH PdPR SCREEN PHONE KECIL, JANGAN RISAU!
Tak semua ibu bapa mampu menyediakan pc atau laptop untuk semua anak-anak mereka apabila PdPR belaku serentak.
Oleh itu guna apa sahaja alatan yang sedia ada di rumah dengan kos yang minimum. Meh saya kongsikan satu cara mudah dan murah.
Secara majority ibu dan bapa di Malaysia mempunyai smartphone masing-masing dan saya juga percaya hampir setiap rumah di Malaysia mempunyai TV LCD bg kegunaan hari.
Ads
Tahukah anda kita boleh gabungkan kedua-dua TV dan Smartphone untuk menjadikan PdPR di rumah menjadi lebih menarik dan mudah ditonton oleh anak-anak terutamanya peringkat Pra secara ‘wireless’ sahaja.
Anda hanya perlu mengeluarkan budget sekitar rm35-50 untuk mendapatkan sebuah AnyCast, MiraCast atau MiraScreen seperti foto di bawah bagi membantu screen phone dipaparkan pada TV secara ‘wireless’.
Ini menjadi screen lebih besar untuk ditonton oleh anak -anak. Nak cari dimana? Search kat shopee atau lazada je.
Silahkan ikuti langkah-langkah di bawah jika menggunakan MiraScreen:
Ads
✓Langkah 1: Masukkan MiraScreen ke port HDMI TV Anda (guna wire yang dibekalkan)
✓Langkah 2: Masukkan kabel USB ke adaptor USB external TV
✓Langakah 3: Pastikan icon WiFi phone anda dalam keadaan ‘On’, kerana alat ini disambung melalui WiFi (tak perlu internet ya)
✓Langkah 4: Pastikan icon ‘screencast’ phone terpasang spt foto dibawah, kemudian phone automatic mengesan alat ‘MiraScreen’ ini.
Ads
#LangkahLangkah ini bergantung kepada jenama dan spec alatan yang anda beli.
Alat ini mempunyai pelbagai jenama dari harga puluh-puluh hingga ke ratus-ratus ikut spec yang diperlukan.
Namun jika anda bertuah memiliki Android TV tidak perlu alatan di atas, terus buat screen sharing (mirroring) direct dengan phone secara ‘wireless’.
Moga perkongsian ini membantu menyesaikan masalah anda. Namun langkah-langkah yang saya cadangan di atas mungkin berbeza mengikut jenis peralatan, spec dan app yang ada pada phone masing-masing. Mungkin juga anda perlu membuat installation app jika diminta berbuat demikian.
Rawatan IVF (Persenyawaan In Vitro) adalah pilihan terakhir untuk pasangan yang sekian lama berkahwin yang masih belum dikurniaan anak.
Setia seorang suami itu bukan calang-calang apabila sanggup bersama biarpun isteri belum hamil sejak berkahwin biarpun sudah berbelas tahun berkahwin.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai tokyarnhuss meluahkan rasa syukur setelah penantian selama 12 tahun untuk menimang zuriat sendiri meraih perhatian netizen.
Lebih meruntun jiwa apabila percubaan IVF (Persenyawaan In Vitro) sebanyak 7 kali menemuai kegagalan serta dua kali keguguran.
Namun setiap kesabaran itu ada manisnya. Pasangannya ini akhirnya menimang cahayamata buat pertama kali.
Sebagaimana perkongsian di Instagram miliknya baru-baru ini.
“42 tahun my wife tunggu untuk jadi Wanita iaitu merasa mengandung dan melahirkan anak secara normal.. Namun ketentuan dan ketetapan tu milik Allah .. C-Section dan beliau akur.”
“Beliau memilih untuk lakukan pembedahan waktu petang iaitu selepas kami Zohor berjemaah dan berdoa .. Itu permintaan terakhir beliau sblm C-Section. Panjang wasiat dan amanah yang beliau tinggalkan untuk aku kerana Segalanya Berkemungkinan.”
“Al Maklum beliau ada 3 anak Tiri dan 2 Anak Susuan. Kerisauan beliau adalah Amanah 2 anak Susuan yang kami Adopt sejak dari lahir.. Alhamdulillah & I Love you Mega Marissa.”
Lebih menyedihkan akibat belum dikurniakan zuriat, ada cakap-cakap orang yang tidak sedap didengar, yang isterinya mandul.
Namun tidak menjadikan ia penghalang untuk terus berjuang, pasangan suami isteri ini nekad untuk impian mempuan zuriat.
“Pergi Mampus dengan Mulut Orang cakap you Mandul…”
“You are my wife and mother to 5 Haikle, Haqi, Qistina, Ucop & Yinna yang lahir dari hati dan Jiwa walau bukan keluar dari Rahim ..
Beliau akur dan ikut namun jauh di hati my wife masih nak mencuba nak merasa apa itu mengandung. Perlahan-lahan beliau pujuk.. Melihat naluri seorang Wanita dan Ibu, aku tewas lalu izinkan…
Alhamdulillah hari ini hari yang sangat penting buat my wife ..Kalau tidak kerana Semangat Kental beliau dan Izin Allah tak mungkin kami berjaya sampai ke saat ini ..Alhamdulillah ..”
Rupanya deodoran yang selalu kita gunakan untuk bahagian bawah lengan atau ketiak ini banyak fungsinya. Mungkin ramai yang merasakan produk ini hanya khusus dibuat untuk memastikan bawah lengan kita sentiasa kering sahaja bukan? Sebenarnya ia berfungsi lebih dari itu. Menarik!
Sifatnya yang lembap seperti jel ini berfungsi untuk mengatasi beberapa masalah lain juga. Malah ia turut memelihara kelembapan semula jadi pada kulit dan beberapa kawasan lain juga. Sila cuba!
1. Atasi Minyak Berlebihan Pada Wajah
Menurut laman web purewow.com, kandungan bahan dalam deodoran dapat mengatasi masalah minyak berlebihan pada kulit. Katakan anda mempunyai masalah kulit wajah berminyak, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada zon T atau sekitar bahagian yang bermasalah.
2. Mengurangkan Masalah Melecet
Dek kerana seluar yang dipakai terutamanya jika dari material yang kasar seperti jeans, bahagian paha akan lebih mudah melecet. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai badan yang sedikit gempal, bahagian paha akan bergesel dan menyebabkan lecetan. Sapukan sedikit deodoran pada bahagian itu dan lecetan akan pulih dan dapat dikurangkan.
3. Mencegah Kulit Melepuh
Ini biasanya terjadi bila kita pakai kasut baru. Mulalah kaki melepuh atau ada bahagian tertentu yang melecet. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada bahagian yang bermasalah. Mungkin oles sedikit pada belakang kaki atau hadapannya. Kemudian, sarunglah kasut baru anda dengan penuh yakin!
4. Atasi Rasa Gatal Gigitan Serangga
Mungkin kedengarannya agak pelik, namun deodoran mampu menghilangkan rasa gatal yang ditinggalkan akibat digigit nyamuk atau serangga. Oleskan deodoran pada kaki yang terasa gatal selama beberapa kali dalam sehari, rasa gatal itu akan hilang dengan sendirinya.
5. Pintu yang Berbunyi
Pintu kita adakalanya berbunyi apabila ditolak. Mungkin kerana engselnya sudah lama, berkarat atau terlalu ketat. Jika tiada sebarang cecair yang menghilangkan karat, ambil sahaja deodoran lama anda dan letakkan pada engsel pintu ini. Bunyi-bunyian kurang enak pasti tiada!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Desas-desus perkahwinan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, akhirnya terjawab apabila pasangan kontroversi itu akhirnya disatukan dalam ikatan suami isteri, pagi ini.
Majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 11.43 pagi tadi. Akad nikah Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.
Dalam majlis tersebut, Neelofa sah bergelar isteri kepada lelaki dicintainyaPU Riz, dengan sekali lafaz sahaja.
Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.
Pihak pengantin perempuan tidak menyatakan jumlah hantaran, sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.
Neelofa dan PU Riz menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.
“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar pasangan berkenaan.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018. Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.
“Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Memilih konsep Jabal Rahmah, majlis tersebut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan tema pilihan pengantin.
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual...