Siapa yang ada masalah tumit kaki merekah?
Nampak hodoh kan terutama sekali apabila kasut yang menampakkan kaki.
Bagi anda yang ada masalah ini, jom cuba petua yang cukup mudah ini.
Petua ini dikongsikan oleh Siti Norshafika Amran menerusi laman facebooknya.
Perkongsian ini. mendapat maklum balas netizen lebih 61K menekan butang ‘share’ dan hampir 5K untuk menghiasi ruangan komen.
Cara diajar cukup simple hanya menggunakan bahan alami seperti limau nipis dan juga garam.
Kedua-dua bahan ini digunakan dengan cara menggosok bahagian tumit kaki yang merekah secara perlahan-lahan.
Tips tumit merekah bersinar dalam 5 minit hanya guna 2 barang je. Jngan duk pandang rendah tang tumit merekah. tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak
Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umor baru 26. malu sungguh!
datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je. mudah dan senang. anak2 tido mommy2 boleh la belai2 tumit.
Bahan-bahan:
Limau nipis
Garam
Untuk lebih detail boleh tengok video yang disediakan ini.