Angin dalam badan membuat rasa tak selesa. Kadang kala buat badan rasa letih. Paling takut bila angin naik ke kepala memang buat sakit kepala. Ada juga sampai muntah dan kena gastrik.
Bila angin banyak terkumpul dalam badan, macam-macam masalah kesihatan ada.Selain mendapatkan rawatan doktor, apa kata cuba petua ni. Hanya guna garam dan lada hitam aje.
Ikuti cara ni. Dah ramai cuba. Memang berkesan!
Petua ni dapat dari Ustaz Hanafi. Saya cuba buat dah 3 malam. Alhamdulillah memang menjadi kepada saya.
Bahan yang diperlukan:
1. 2kg garam kasar
2. 100g lada hitam
Cara rawatan:
1. Masuk dan campurkan dua bahan di atas ke dalam sebuah bekas contohnya besen. Tak perlu letak air.
2. Letak kaki ke dalam besen, pijak-pijakkan campuran garam dan lada hitam tadi.
3. Boleh juga minta orang untuk urutkan kaki dengan garam dan lada hitam yang ada dalam besen itu.
4. Buat sebelum tidur malam.
5. Buatlah selama 5 – 15 minit.
6. Kemudian cuci kaki dan tidurlah.
Garam dan lada hitam yang dah digunakan itu jangan buang, boleh guna untuk beberapa kali lagi.
Cubalah. Insya Allah memang berkesan badan akan terasa lebih sihat dan segar.
Kredit: fb Anie Salmah via Efa Afira