Sembelit yang kronik boleh membuatkan seseorang individu rasa tidak selesa, rasa kekembungan dan mungkin menyebabkan keletihan.
Jika kita gemar makan makanan yang dibakar (ala BBQ), tiada fiber dan tinggi kandungan nitrate (kebanyakan dalam daging yang diproses), sembelit yang kronik mungkin mencetuskan kanser usus besar (kolonorektal).
Biasanya kita membuang air besar sekali sehari atau mungkin sehari dalam tiga hari. Lebih dari itu, ia tidak lagi normal apabila najis menjadi keras dan kita terpaksa meneran. Ini boleh menyebabkan masalah buasir pula.
Untuk melegakan sembelit ada beberapa cara dan petua. Ada yang guna satu cara untuk rasa lega. Ada yang guna dua atau tiga cara baru dapat membuang air besar kerana najis sudah terlalu keras.
Pertama, amalkan minyak zaitun setiap hari. Minyak zaitun adalah minyak sihat yang dapat menurunkan kolestrol dan bagus untuk jantung. Letakkan lemak trans iaitu lemak yang berbahaya. Dua sudu dua kali sehari. Kurangkan dos dua sudu besar sehari bila dah lega. Ini mengelakkan masalah sembelit berulang.
Kedua, cuka teen. Ambil satu sudu kecil cuka teen dalam satu gelas. Amalkan setiap kali selepas makan.
Ketiga, amalkan pre dan probiotik seperti suplemen prebiotik yang ada banyak kuman baik. Ia boleh didapati dari farmasi. Boleh juga ambil minuman dan makanan yang difermentasi, tetapi bukan makanan berjeruk. Boleh amalkan yogurt, tempeh, kimci etc.
Keempat, minum air secukupnya sehingga air kencing tidak pekat. Kurangkan kopi dan teh pekat kerana kopi dan teh pekat mempunyai kafein yang tinggi menyebabkan kita dehidrasi. Kita kekurangan air minum, kita akan serap air dari najis kita dalam usus besar untuk menggantikan air yang hilang.
Kelima, makan banyak sayur dan buah. Contoh buah betik, buah pisang, jambu batu. Fiber akan mengembangkan usus besar lalu merangsangkan pergerakan usus besar.
Jadi jangan kecewa jika sudah amal satu cara tapi masih tidak lega dari masalah sembelit. Lalukan beberapa petua lagi, insya Allah akan dapat kelegaan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad