Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, pastinya tak banyak masa di rumah, jadi sukar untuk fokus kepada kebersihan rumah. Hanya hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk mengemas atau menukar atur letak perabot.
Bagi yang mempunyai anak yang sudah besar, apa kata ajak sekali untuk membantu. Begitu juga dengan suami, kenalah ringan tulang juga kan. Sambil mengemas boleh la bergurau senda satu keluarga. Bukan kah itu cara mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Jom semak 4 langkah mudah ini untuk memastikan kediaman anda dalam keadaan kemas dan cantik. Tip ini dikongsikan oleh Puan Nik Zainah Muhammad menerusi laman facebooknya.
PETUA RUMAH KEKAL WANGI
Kak Nik ni bukanlah ada masa banyak untuk mengemas rumah setiap hari. Cuma peruntukan hujung minggu je masa untuk mengemas dan mencuci apa yang patut.
So, Kak Nik kena cari cara mudah dan kekal lebih lama untuk rumah lebih bersih dan wangi.
Yang penting, bahan bahan yang nak digunakan tu ada dalam rumah kita je, tak susah kan. Jom follow 4 cara mudah ni.
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot 🌼
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Ads
Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. Kilatkan Lantai Rumah 🌼
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Ads
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3.Wangikan Rumah 🌼
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Ads
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4.Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Selamat Mencuba 😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada orang kata bila kerap mencuci wajah ketika berpeluh, itulah penyebab adanya panau di muka. Bila terjadi begitu, bimbang pula rasanya kalau ada tompok-tompok kecil berwarna putih yang dikenali sebagai panau. Tak tahu cara untuk hilangkannya, diharapkan perkongsian ini dapat membantu. Jom semak.
PETUA HILANG PANAU DI WAJAH DAN BADAN
Kecik-kecik dulu kan, balik jur dari sekolah rendah, panas-panas terik, saya terus basuh muka.
Puas mak larang, “Jangan basuh muka tengah panas, nanti muka tumbuh panau, baru mai akai” !
Dah sejenis yang degil, tak mau dengar kata, saya basuh juga, langsung tak peduli nasihat mak.
Panass kut. Mana boleh tahan? Tambah pula kalau bulan puasa kan? Haaa amek ko, penuh panau bertapak di muka saya, diri sendiri tengok pun geli.
Jadi kat bawah ni, saya kongsikan petua yang cukup mujarab mak saya buatkan untuk saya setiap malam. Syukur, tak de lama manalah, hilang habis panau di muka saya tau.
Bahan-bahannya.
1) Setengah biji limau kasturi 2) Bedak Sejuk Kampung yang jenis biji-biji, bukan jenis cair tau. 3) Piring atau mangkuk.
Cara-caranya.
1) Letakkan bedak sejuk di dalam mangkuk atau piring, anggaran agak-agak cukup satu wajah.
2) Perahkan setengah biji @ sebiji jus limau kasturi, jangan terlalu banyak limau ye, nanti takut iritasi pula.
3) Kacau hingga sebati hingga pekat, jangan letak air langsung tau.
4) Tepekkan seluruh muka atau badan yang mana ada panau. Biar sehingga kering di wajah. Saya biarkan semalaman, bangun pagi esok baru cuci.
Seriyess waktu tu, wajah akan jadi gatal, merenyam, akan rasa berdenyut-denyut sikit. Jangan risau ye. Jap je tak lama pun.
Ehemm ehemm tapi jangan digaru tau. Bedak sejuk tengah buat kerja.
Tak percaya cubalah, result dia pasti kebabomm. Hoyayy !! Panau pun lari tak cukup tanah.
Sumber : Dayyan Haadidayyan via petua & ilmu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun.
Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik dan membesarkan anak-anak bukan satu tugas yang mudah. Apatah lagi jika ibu bapa bekerjaya, menyebabkan anak-anak diletakkan di bawah jagaan pembantu.
Begitu pun, tidak bermakna ibu bapa boleh lepas tangan. Kena ambil tahu dan bagi ibu dan ayah, masalah anak-anak adalah patut dijadikan keutamaan. Terutama sekali apabila berhadapan dengan anak- anak degil dan tidak mahu dengar cakap.
Inilah antara masalah yang sudah terlalu sinonim dalam kehidupan mereka yang bergelar ibu bapa.
Namun cara wanita bernama Aya Chalo di blognya ini berkongsi tip mendidik anak cukup menarik perhatian dan boleh dicontohi oleh ibu ayah lain.
Dia yang berkongsi segala ilmu daripada Seminar Kepimpinan yang dihadirinya sememangnya baik untuk kita semua dalam mendidik anak-anak. Jom ikut panduan dan cara yang dikongsikannya.
Kak nak kongsi sikit tips parenting yang kak dapat dalam Seminar Kepimpinan semalam. Tulisan ini agak panjang, tapi kalau rasa nak ILMU, yang mungkin mengubah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik, teruskan baca sampai habis…
Walaupun namanya Seminar Kepimpinan, tapi penceramah, Tn Hj Hushim Salleh (Pakar Motivasi & Parenting) banyak kaitkan dengan parenting.
So, long story cut short, adalah beberapa Tips Parenting yang kak dapat, yang mana ianya simple dan kerana simple ia seringkali dilupakan, tidak dibuat, dianggap tak penting.
Bila penceramah share yang jumlah penagih dadah sekarang ni ada dalam 1.6 juta orang, agak-agak mengapa benda ni terjadi? Tu belum lagi kes kerana ejek habis dibakar sehingga kehilangan nyawa. Marah sikit, habis ditikam, dikelar ibu, bapa, nenek. Salah siapa?
Semuanya bermula dari rumah, peranan ibubapa saaaaangat penting. Terutamanya pemimpin keluarga iaitu BAPA. Kadang bapa ni ego. Lagi teruk kalau mak pun ego sama. Jangan… sebab masa tidak boleh dikembalikan.
Anak-anak bersama kita tak lama. Jadi sementara masih ada peluang, jom kita amalkan tips ni agar anak-anak dekat dengan kita, anak-anak dengar kata-kata kita dan hatinya terpaut dengan ibubapa, bukannya dengan kawan-kawan, bukan dengan orang lain. Kita semua mau anak kita macam tu kan?
So jom kita baiki beberapa perkara…
1. Sentiasa PELUK CIUM anak sehingga besar. Bukan peluk cium time baby ja, tapi sehingga besar. Mungkin mak memang selalu buat, tapi ajaklah bapa buat sama. Tak kira anak lelaki ka perempuan.
Semai dari sekarang iaitu peluk cium anak. Paut hatinya. Pedulikan kata orang lain, ya la sebab sudah besar pun peluk cium lagi. Ramai antara kita terutama lelaki, just salam ja dengan ibu bapa, peluk jarang (yang langsung tak nak salam pun ada)! Inilah yang kita perlu baiki.
Kalau family kita tidak pernah amalkan benda ni, why not kita start dulu. Ia akan beri perubahan perhubungan yang besar. Try lah.
2. Bila peluk usap belakang bahu (anak lelaki) atau belakang kepala (anak perempuan) Lagi tips yang bernilai buat kak Aya. Tips ni kak pernah baca di FB ni juga, selepas baca tu kak amalkan, memang nampak anak lebih mendengar kata berbanding sebelum ni dan semalam Hj kongsikan semula.
Bila anak buat silap atau sedih atau perlukan nasihat, kita peluk dia, usap bahu (anak lelaki) dan bisikkan kata-kata nasihat buat dia. Kalau anak perempuan, peluk dan usap kepala (bahagian belakang kepala) dan nasihatkan dia.
Jiwanya akan tenang, bila tenang, mudah untuk dia mendengar nasihat dan insyaallah masuk ke hatinya. Perubahan pun kita boleh tengok. Kalau tantrum, try peluk dan buatlah usapan tu, insyaallah lebih cepat tenang berbanding peluk biasa.
3. Jangan cakap KASAR, ia akan bentuk Karektor Anak umur 1-7 tahun: Fasa awal kanak-kanak Anak umur 8-12 tahun: Fasa kanak-kanak Anak umur 13-17 tahun: Remaja (Peringkat yang paling mencabar)
Pembentukan karektor anak bermula pada zaman kanak-kanak. Kalau kita sebagai ibu bapa bercakap kasar ketika tempoh tu, ia akan kekal sampai besar. Bila kita terlepas tempoh tu, susah hendak diubah. So, kita kena beringat-ingat la ya.
4. Hati-hati dengan kata-kata Kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah doa. Jadi, hati-hati keluarkan kata-kata. Parents kita zaman dulu kalau anak nakal ka apa, akan cakap “Anak bertuah”, etc.
Tapi zaman sekarang, ramai ja parents yang suka maki-maki dengan kata-kata kesat, atau tidak menjaga perkataan yang keluar dari mulut cth: Bod*h, Nakal, etc… Dan tengoklah hasilnya, anak jadi apa, makin bod*h, makin nakal, makin teruk…
Itu bukan salah anak, tapi itu doa yang keluar sendiri dari mulut ibu. So, sama-samalah kita beringat ya.
5. Ibu bapa tunjuk contoh yang baik Bagi anak nampak benda yang baik, jangan sesekali kata penat depan anak-anak, jangan gaduh depan anak-anak. Sebab anak-anak belajar dari pemerhatian.
Kids lebih banyak belajar daripada melihat dan mendengar. Lagi satu jangan sebut PENAT depan anak-anak.
Mama PENAT kerja Mama PENAT masak Mama PENAT jaga kamu etc
Sebab, semua itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Memang tanggungjawab so jangan sebut depan anak-anak. Nanti anak-anak seolah-olah diajar untuk jadi orang tidak bertanggungjawab.
Kena sentiasa perbaiki diri, tapi sebab benda ni selalu dilupakan. Kita perlu ingat-mengingati kannn.
“To be in your children’s memories tomorrow, you have to be in their lives today.”
Kredit: Aya Chalo
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.