Petua Ubat Batuk Homemade Dari Seorang Doktor. Guna Bahan Semula Jadi Jer. Bonus Boleh Kuruskan Badan, Cantikkan Kulit & Badan Wangi

Share

Masalah batuk yang berpanjangan jika dibiarkan kerana ia  boleh menjadi gejala yang tidak sihat seperti alahan, jangkitan virus serta jangkitan bakteria. Justeru, ibu-ibu kena cepat mendapatkan rawatan supaya ia tidak merebak.

Salah satu petua mengurangkan masalah batuk berpanjangan dikongsikan oleh Ecah Sha yang menurutnya diperoleh dari seorang doktor.


Assalamualaikum  .

Kat sini kaksha nak share sikit ubat batuk yg Doktor sendiri bg resepi. Kalu batuk tk sebulan bukan kaksha la. Dah tu smpi terkencing,satu masalah bila nak solat.. ubat batuk hospital ,klinik ,farmasi mmg tk jalan.

Last doktor bg resepi ni , mmg kaksha berurusan dgn dia sejak 18 tahun lalu. Dah tau mslh kesihatan kaksha anak2 n family. Mmg bagus Doktor ni. Ok la kat sini kaksha sharekan ubat batok cara tradisi ..

Bahan-bahan 

3 cawan air

3 btg serai diketuk

Halia biar byk sampai rasa pedaq2

2 helai daun pandan

1 ketul gula batu @ gula kerek

7 bunga cengkih ( ini kaksha tmbah )

5 hiris lemon.( Kira setengah biji la )

 

Cara- cara

========

Rebus kesemua bahan kecuali lemon selama setengah jam.

 

Tuangkan air rebusan dlm tumbler dan perah hirisan lemon.

 

 

Minum ketika suam.

 

Jika ada balance air rebusan td blh simpan dlm peti sejuk. Nak minum panaskan balik,perah lemon.

Resepi doktor bg ni bkn untuk hilangkan batuk sja tau. Tp boleh jga kuruskan badan jika diamalkan hari2. Kulit cantik badan wangi..

Hanya bahan2 kat dapur ja tau..

Sihat dapat ..

Cantik dapat..

Sharelah, jika ia bermanfaat bg shbt2 kaksha kat luaq sana. Bagi kaksha sihat itu penting cantik itu bonus. Kalu tk sht mcmna nak cantik.