Petua Turun- Temurun Yang Ringkas Tapi Berkesan Untuk Kekal Cergas & Bertenaga. Cubalah Minum Jamu Orang Jawa

Share

Kesibukan dengan urusan kerja dan rumah tangga adakalanya membuatkan badan kita jadi lesu dan tidak bermaya. Penat badan dan otak membuatkan kita jadi lemah dan malas sehingga mengabaikan penjagaan diri.

Kita mungkin biasa lihat orang dulu-dulu yang kekal cergas & ‘kuat’ biarpun sudah dimamah usia. masih bertenaga melakukan kerja-kerja seperti biasa. Rupanya mereka ada rahsia kenapa masih kekal fit dan cergas. Jom admin kongsikan petuanya!


Nie la rahsia kalau nak badan cergas. Amalan tradisi kami orang Jawa sejak dari zaman anak dara. Biasanya bila orang jumpa saya, orang tanya saya, jamu apa yang saya makan sampai “kuat” walau buat pelbagai jenis kerja dalam satu masa.


.
Nie la jamu yang mak saya ajar buat dan minum dan dari arwah nenek juga mak saya belajar. Boleh diamalkan tapi jangan selalu ya😊.
.
Bahan asas:
.
Untuk 3-5 kali minuman
.
2-3 biji lempuyang (yang nie wajib ada sebenarnya, tapi susah nak dapat)
2-3 ketul kunyit hidup
1 biji manjakani
3 inci Halia
1 sudu besar gula melaka
2-3 sudu asam Jawa
3 gelas air masak


.


Lempuyang, Halia, Kunyit Hidup tu dibersihkan dan dikisar halus dan dicampur dengan sedikit air. Manakala manjakani pula dibersihkan dan dikisar kering.


.
Tapiskan kesemuanya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serbuk manjakani yang dah dikisar tadi, gula melaka dan asam jawa dan tambahkan air masak.

.
Masak sehingga lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Tapis dan sejukkan.


.
Sedia diminum.
.
*Boleh diminum bila² masa saja. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Tambahan:
.
Tak perlu la minum jamu ni hari². Bila rasa badan tak sedap, boleh la buat dan minum. Sebulan sekali dua pun ok. Saya sendiri bila rasa badan tak sedap, baru buat dan minum. Bagi yang baru bersalin, elakkan dulu minum. Kalau nak minum tunggu baby dah bebas jaundis atau dah nak habis pantang atau selepas berpantang. Nie amalan saya dari zaman anak dara ( sejak berumur 13 tahun sehingga sekarang dah hampir nak ke 40an).


.
Ada orang mungkin tak serasi. Ikut keserasian badan juga ya😉
.
Kredit : Suhaili Ellie Mohamed Tauhid