Selain menjadi bahan penyedap dalam masakan, serai antara herba yang sangat efektif untuk membaiki kesihatan dalaman seorang wanita. Bagi anda yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalaman, apa kata cuba praktik petua menggunakan serai ini.
Perkongsian petua oleh Mastura Rashid melalui laman facebook ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Patutlah wajahnya bersih tanpa cela, rupanya dia mengamalkan petua mudah ini.
Tapi, dalam mana-mana herba pun, bila ada baik, mesti ada buruknya juga jika terlebih dos, terutama sekali jika anda sedang mengandung, menyusu atau orang tua. jadi, berpada-pada tatkala mengamalkan sesuatu petua.
Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba !
Okay, resipi teh serai ni asalnya adalah dari perkongsian seorang bidan kelantan. Kalau tengok umur dia waktu tu, ingatkan baru lewat 30an atau awal 40an gitu. Rupanya dah 50an ok. Pengsan fiona tengok wajahnya yang bersih dan muda tak padan umur. Kemerahan, bersih, bertenaga. Jangan fikir dia bela saka atau hantu raya pulak ok. Memang dia amalkan teh serai sejak muda lagi.
BAHAN-BAHAN
3 batang serai
1 sudu besar daun teh hijau
2 ketul besar gula batu (pecahkan)
Resipi asal hanya gula batu dan serai saja. Tapi fiona tambah daun teh hijau supaya teh ni supaya fungsi awet mudanya berdouble triple dengan teh hijau yang antioksida. Bukan saja darah lancar, siap pakej cairkan kolestrol ,sihatkan jantung dan otak sekali.
Boleh guna teh hijau uncang brand OSK, AHMAD TEA ATAU BOH. Boleh ganti dengan teh rooibois atau black tea biasa. Boleh guna madu, stevia atau gula perang kalau tak nak gula batu. Tapi sebaiknya jangan guna gula biasa sebab tak berkhasiat. Boleh tambah halia jika nak extra hot. Tambah lemon untuk extra vitamin c booster.
Ketuk serai sampai pecah supaya kesemua khasiat serai masuk dalam air rebusan.
Ads
Isi air dalam cerek terus (cerek jenis boleh masak atas induction cooker), atau dalam periuk pun boleh.
Isi serai dan teh hijau.
Masukkan gula batu terus ke dalam air. Mulakan merebus sampai mendidih.
Dah didih, tutup api, dan biarkan seketika selama 10 minit. Biarkan dulu bahan-bahan berada dalam cerek. Nampak tak air dah bertukar warna perang? Kalau air bertukar hitam, cuba check, takut ada cicak tokek termasuk sekali tanpa sedar.
Tuang secawan. Harumnyaaa aroma teh serai ni. Jadilah kau esok berwajah baby baby dengan teh awet muda yang satu ni. Simple kan? Tak buat jugak, tak tahulah.
Kos RM1 untuk 5 batang serai, dan RM10-RM15 untuk daun teh hijau asli sebungkus. Gula batu sepeket RM2.20. Kos tak sampai RM20, tapi boleh buat berkali-kali.
Ads
Jemput minum. Lepas minum ni berpeluh-peluh badan. Ini antara teh terbaik untuk diminum sebelum mulakan senaman atau buat kerja rumah.
Teh ni selamat diminum kanak-kanak ok. Tak perlu rebus 7 hari 7 malam. Cukup 10 minit untuk legakan cirit birit anak, demam dan sakit perut.
Oh jangan hairan lepas minum asyik nak kentut, sendawa dan kencing saja ok. Nilah “magic”nya teh serai awet muda ni. Amalkan gaya hidup sihat dengan bahan semulajadi dari dapur ok.
APA KEBAIKAN TEH SERAI?
1. Kalau selalu senggut sampai guling-guling dan bergulung macam tenggiling tu, bolehlah minum teh serai secawan bila senggugut menyerang takde belas kesian.
2. Untuk orang yang sakit-sakit urat, krem urat lepas bersukan, atau bersumo, boleh minum teh serai secawan ok. Serai bersifat antispasmodic, iaitu boleh melegakan otot yang kekejangan.
3. Melancarkan darah, buatkan badan berpeluh non stop macam berlari naik tangga 20 kali.
4. Detox semulajadi. Detox perut dan juga detox kulit. Jadi senang membuang, senang berpeluh dan anda pun sihat happily ever after.
Ads
5. Boleh melegakan sakit sendi dan arthritis.
6. Rumah yang selalu dimasuki ular, bolehlah tanam serai sekeliling pagar. Pantang 7 keturunan ular dekat dengan rumah yang ada pokok serai. Kalau dimasuki ular juga, belalah angsa sebagai bonus. Ular paling anti dengan bunyi angsa. Tapi angsa arwah abah dulu, kena telan juga dengan ular sawa. Bising sangat kot, jalan mudah, telan saja.
7. Melegakan selsema dan meningkat sistem imun badan, dan mengelakkan kerosakan sel badan. Jadi badan dan muka maintain awet muda.
APA SIDE EFFECT TEH SERAI?
1. Ibu mengandung tak boleh minum dikhuatiri berlaku birth defect disebabkan bahan aktif nama Citral dan Myrcene yang ada dalam serai.
2. Fungsi melancarkan darah haid juga menyebabkan risiko keguguran tinggi.
3. Orang berkulit sensitif tak boleh minum teh serai kerana serai ni boleh trigger ruam dan alergik.
SIAPA BOLEH MINUM?
Semua dari kanak-kanak hingga orang tua. Termasuk ibu menyusu. Tapi ibu menyusu tak perlu letak daun teh hijau ok. Teh hijau ada kafein. Elakkan.
Jika anda mengandung, berkulit sensitif, nak makan boleh, tapi dalam masakan saja ok. Elakkan minum teh, apatah lagi sapu minyak serai yang panas di kulit.
Boleh tengok cara buat di dalam gambar. Fiona dah ubahsuai resipi ni untuk tambah fungsi antioksida dan sejukkan badan.
BERAPA KALI MINUM SEHARI?
Serai bersifat diuretik. Boleh singkirkan garam dan air berlebihan dari badan. Efek kencing, berpeluh tu sangat biasa. Boleh minum 2-3 kali sehari. Tapi sebaiknya jangan tambah gula putih ok. Hilang khasiat dia tau.
Tambah halia untuk efek panas dan extra diuretic function. Orang yang ada darah tinggi, bengkak badan, kencing manis, elok minum teh serai ni. Kalau ada kencing manis, tolong jangan tambah gula batu, gula biasa, gula perang, madu, atau pemanis. Stevia saja ok.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Niat nak berubah tidak semudah yang disangkakan. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui. Jika jiwa tak kental dan tidak selari dengan hati, silap-silap boleh tersilap langkah.Namun, semuanya berbalik kepada cara seseorang itu ingin berubah ke arah kebaikan. Perkongsian tersebut dimuat naik pelakon Noorkhiriah menerusi laman instagramnya.
Katanya lagi, apa yang dikongsikan adalah untuk kebaikan bersama bukan menunjukkan dirinya sudah terbaik.“Hidup ni proses,bagi peluang kat diri sendiri..jgn tengok orglain sb xde 1 pun sama dgn ssapa,yg menulis ni harubiru lagi tapi Syukur bila Allah dah bagi..tp takyahlah jadi orglain..maintain je apa yg ada cuma hidupkan proses..kalu dulu tselak sana sini..skrg tutuplah.
“Kita berhak merubah diri kita sendiri..perlahan2 InshaAllah Istiqomah..tak mudah dan tak susah kalau betui2 nak transform..tapi Jiwa kena kental sb ada tika akak goyang gak..share kebaikan bukan bermakna dah baik..tp jgn dipandang siapa yg menyampaikan tapi dengar apa yg disampaikan.
“Tiap manusia ada sisi gelap..Doakan Akak..Ssama Kita Mendoakan Yer..Tapi Tolonglah Jgn Dipuji Sebab Akak Pendosa..Allah Tutup AIB..Terima Kasih Allah..
~Maaf Kalu Ada Salah Tulis Yer~
Demikian perkongsian Noorkhiriah menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
Ibu bapa mana yang tak suka bila anak-anak boleh membaca lebih awal dari usia kan. Pelbagai cara dicuba kepada anak-anak bagi tujuan tersebut.
Kebiasaannya, buku-buku dan alat menulis seperti pensel akan dibeli dan diberikan kepada mereka.
Namun, guru ini berkongsi cara yang cukup mudah dan mempraktikkannya kepada anak muridnya sendiri.
Menurut Cikgu Norishah Jaafar Full yang merupakan Guru Pemulihan Linus NKRA bersama rakan-rakan lain menggunakan kaedah “telefon bacaan” menggunakan PVC Pipe dan juga PVC Elbow bagi membolehkan anak-anak belajar mengeja dan membaca dari awal usia lagi.
Assalamualaikum..
Ini bukan idea asal saya. Saya sendiri dapat idea ni dari rakan-trakan guru pemulihan lain beberapa tahun lepas dan saya sendiri telah mempraktikkannya kepada murid dan anak saya sendiri sudah lama. Terima kasih kepada yang mencipta idea ni. Post ni sekadar untuk berkongsi ilmu.
Sedikit perkongsian untuk ibu bapa yang nak melatih anak-anak mengeja, membatang perkataan dan membaca seawal usia 5-6 tahun. Boleh pakai pvc pipe ni yang kami guru pemulihan panggil telefon bacaan. Modal murah jer.
Pergi kedai hardware minta dia potong ikut size anak dan beli pvc elbow tu 2 pcs. Bila ia diletakkan di telinga, anak membaca ia akan pantulkan bunyi ke telinga seperti telefon. Jadi apa yang dibaca oleh anak-anak akan lebih jelas didengar.
X perlu lagi nak menjerit pada mereka. Cukup sekadar kita bimbing mereka eja dan baca, mereka ulang guna telefon ni.Apabila mereka dengar dengan jelas suara mereka sendiri di telinga maka konsep bacaan bacaan akan jadi lebih mudah.
Kaedah ni sangat bagus utk anak yang sukar mengeja dan membatang perkataan serta membaca. Tak percaya???. Cubalah dulu. Anak2 memang akan suka main dengan “telefon” ni. Kami guru pemulihan ramai yang guna ni sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas.
Nur Aqilah murid linus tahun 3 dari sk felda lurah bilut suka membaca menggunakan telefon ajaib ni
Pic ni saya ambil dengan salah seorang murid SK Felda Lurah Bilut semasa saya hadir di sana bersama guru pemulihan linus nkra yang lain sebagai guru bantu di program gerak gempur sekolah ini.
Pvc pipe ni potong ikut saiz telinga ke mulut anak.Pvc elbow Atas: saiz 20mm Bawah: saiz 15mm
Siap potong pvc pipe cantum ja elbow tu di hujung.Telefon pjg14 cm dan 10cm. Saiz pvc pipe dan elbow=.20mm
Boleh guna kreativiti masing2 utk cat/hias bagi cantik. Kami ni tak sempat lagi nak menghias sebab murid ramai. Hehehe.
Boleh gunakan pvc pipe+ elbow size 20mm. Lebih besar sikit. Panjangnya mesti ikut saiz anak dan mesti dekat dgn mulut mcm gagang telefon tu. Sy biasa buat pjg 10cm-12cm.
Kalau rasa susah nak beli meh pm saya.. Saya tolong belikan di kedai hardware tepi rumah saya jer. Tahan lama. Berbaloi-baloi.kos satu ni rm4 sahaja.
*sekiranya gusar / risau dgn risiko pvc kpd anak-anak tuan/puan boleh cuba menggunakan material lain yang lebih selamat. Untuk info ia hanya digunakan pada masa yang perlu sahaja bukan sepanjang masa dan setiap hari bagi anak mengeja dan membaca guna telefon ni.
Anak hanya bercakap dan mendengar balik menggunakannya pada masa yang singkat pada satu2 waktu. Bila anak dah mahir tak perlu dah pakai ni.
Norishah Jaafar Full Follow · 9 March · Edited · Utk ank sy qushairy pun sy buatkan satu. Tp saiz utk qushairy sy buat pjgnya 10cm ja. X nak lepas telefon dia ni
Jika sukar nk beli dan nak mencari saya boleh tolong dapatkan. Hanya Rm4/set. Kos saya beli di kedai hardware. Kalau ada yang nak boleh wasap saya . Saya boleh tolong beli, tuan/puan hanya bayar duit barang dan postage sahaja. Saya tolong kerana Allah. Saya tak menjual item ini. Hanya bantu permudahkan sahaja kerana saya seronok bila orang lain pun seronok.
Kehidupan berumah tangga tidak dapat lari dari menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Baik dalam hal hubungan suami isteri, anak, kerjaya dan termasuklah juga kewangan.
Kadang-kadang kita terlepas pandang hal remeh yang sebenarnya itu punca kenapa sukar sekali rezeki nak masuk.
Firdaus Mokhtar berkongsi pandangan dan punca kenapa rezeki rumah tangga sempit. Moga bermanfaat untuk semua!
Tempoh hari kita dah bercerita tentang cara untuk rezeki murah rezeki dalam rumahtangga. Kadang bila kita buat, tak jadi juga.
Rupanya dalam kita amalkan tips kebaikan, kita selalu juga buat perkara yang menjauhkan rezeki. Ini sebab kenapa rezeki mahal.
1. Lupa tanggungjawab kepada ibu bapa.
Iya kawan-kawan, ibu bapa ini sumber keberkatan hidup kita. Terutama sudut rezeki kita. Saat kita melupakan mereka, percayalah akan ada 1 dinding hijab yang menjadi penghalang untuk rezeki terus laju kepada kita.
2. Kedekut.
Allahu. Kedekut ini boleh jadi dalam macam-macam keadaan. Terutama kedekut bersedekah. Kalian, tak banyak kita bagi sikit. Tak selalu, sekali sekala pun ok. Yang penting tidak kedekut.
3. Putus silaturrahim dengan adik-beradik.
Kadang kita macam tak percaya ada adik beradik yang dah tak berhubung sesama mereka bertahun-tahun. Kan?
Namun ramai dalam masyarakat kita berlaku macam itu. Punca selisih faham akhirnya bergaduh. Tak nak mengalah. Sudahnya buat tak peduli sama sendiri, hidup berjauhan dan melupakan.
Kawan-kawan, ini mengundang kemurkaan Tuhan. Rezeki mana yang akan masuk?
4. Pengotor.
Ini pun bahaya. Kotor hati, suka melayan perasaan yang tak elok. Mengundang syahwat kepada yang bukan mahram. Kotor akal, fikir yang bukan-bukan. Juga mengundang syahwat yang haram.
Cakap kotor, mencarut dan suka menghina orang lain. Kalian, kelemahan orang lain ujian buat mereka. Kita bantu untuk membina, bukan menghina.
Young couple arguing
5. Solat bersahaja atau ala kadar.
Solat inilah perantara kita dengan Tuhan yang memberikan kita rezeki. Bila kita ala kadarkan solat, rezeki kita juga akan ala kadar.
Bukanlah sifat Tuhan itu berdendam dan membalas perlakuan kita. Tapi tidak layaknya kita menerima rezeki yang banyak kerana seolah mempermainkan solat yang sungguh mulia.
Kawan-kawan yang baik;
Jika ubat kita gaul dan makan sekali dengan racun, nescaya racun yang akan memberi kesan kepada diri kita.
Begitulah jika kita melakukan amalan kebaikan yang dalam masa sama kita tak tinggalkan kejahatan, mana mungkin manfaat kebaikan tadi kekal bersama kita.
Maka hindarkan semua kejahatan. Moga rezeki kita sentiasa murah dan berkat.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Memburu berkat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.