Menyentuh tentang kecantikan, wanita adalah yang paling teruja. Bukan sahaja nampak begitu ketara untuk wanita masa kini,  malah penjagaan kecantikan ini sebenarnya telah lama dipraktikkan.

Jika tidak masakan ada banyak petua-petua kecantikan yang kita warisi daripada nenek moyang kita dahulu, dan ini membuktikannya bahawa wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.

Dan ini antara salah satu petua kecantikan yang diamalkan untuk mengekalkan kecantikan wajah bagi memiliki kulit wajah yang bersih, cerah dan berseri. Bahan-bahan yang digunakan menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur, dan petua ini telah dikongsi oleh Puan Sarifa Redzuan yang banyak mengajar tentang Perawatan Spa Kesihatan.

Jom semak cara menyediakan ramuan istimewa ini.


 

ORANG DULU DULU KULIT CERAH BERSERI GUNA 3 BAHAN DAPUR NI JER.

Ramai pm cikgu nak petua simple namun berkesan. Nak guna bahan yang senang dapat kat dapur dan murah.

Cikgu pun teringat satu resipi sangat power orang dulu dulu selalu amal. Ramuan ni juga di amalkan oleh orang barat dan jepun . Sangat best resipi ni . Kulit semakin cerah berseri, tegang, kedut kedut halus perlahan lahan akan hilang, penampakan jeragat semakin pudar, jerawat semakin kecut, bekas parut jerawat juga semakin pudar. Wow!

Pernah tak dulu dulu nenek atau ibu kita selalu pesan nak cantik basuh muka dengan beras? Mesti pernah buat kan?

Ads

Bagi orang jepun , mereka dari dulu amalkan wap muka dengan wap nasi yang di masak. Setelah zaman berubah, mereka mengkaji manfaat air beras sehinggalah mereka temui piterra. Sebab tu produk SK 11 ada piterra.

Walaupun dunia semakin moden dan banyak teknologi, bahan alami tidak pernah di lupakan. Sehingga saat ini, seluruh dunia masih amalkan pemakaian bahan alami. Tambahan disebabkan ramai orang telah serik menggunakan produk “ready made” di mana mereka telah tertipu dengan bahan kimia terlarang terkandung dalam produk itu.

Okaylah. Jom cikgu share resipi kulit cantik tapi MURAH lagi BERKESAN turun temurun dari nenek moyang kita.

Resipi ini juga boleh di gunakan untuk seluruh badan tau.

BAHAN BAHAN RESIPI KECANTIKAN ORANG DULU

Ads

5 sudu beras @ beras pulut @ perang perang
1/2 biji kentang
Sedikit Kunyit hidup (tak perlu banyak banyak)

Cara buat

Petua Simple Tapi Berkesan Untuk Kulit Cerah, Bersih & Berseri. Guna 3 Bahan Je!1. 5 sudu beras tidak di basuh. ( Ikut kajian dan pengalaman beras tak dibasuh air dia tu manfaat tu banyak skit. Tapi kalau awak rasa takut serangga lah, kutu beras la, kotor la ikut suka la nak cuci ke tak. Sebab cikgu dulu air basuhan 1-3 di tapis dan di ambil air tu buat cuci muka. Takperlah lain orang lain caranya. Tak semua orang boleh terima air beras pertama

 

Petua Simple Tapi Berkesan Untuk Kulit Cerah, Bersih & Berseri. Guna 3 Bahan Je!

Ads

2. Direbus sehingga nasi lembut jangan sampai air kering

Petua Simple Tapi Berkesan Untuk Kulit Cerah, Bersih & Berseri. Guna 3 Bahan Je!

3. Blend nasi dan air nasi bersama 1/2 biji kentang dan sedikit kunyit. Dah siap. Boleh terus apply ke muka. Selebihnya boleh masuk peti. Nanti nak guna apply sahaja.Wah, mudahkan nak cantik macam orang dulu dulu.

EKSTRA INFO

Amalkan sebagai masker muka setiap hari selama 30 minit untuk dapatkan hasil yang power. Ala, sapu kat muka pastu buatla kerja. Cukup masa cuci lah dengan air biasa.

Boleh jadikan masker badan juga. Pastikan tiada orang tunggu nak masuk bilik air. Sebab lama nak duduk dalam bilik air tu.

Nak cerahkan ketiak, belakang tengkuk dan celah peha pun boleh! Campur sedikit garam halus dan air jus lemon. Sental lah ketiak serta celah peha dan biarkan selama 30 minit. Badan pun boleh sental kalau nak sental.

sumber :Sarifa Redzuan II

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI