Petua Simpan Sayur Supaya Kekal Segar & Tahan Lama. Lepas Seminggu Masih Elok Macam Baru Beli. Mudah & Jimat!

Share

Biasanya bila membeli sayur, tak boleh dalam jumlah yang banyak kerana ia bukan jenis yang tahan lama. Kalau sehari pu dah mula layu.

Satu perkongsian telah dibuat melalui facebook Puan Syikin Miskam menerusi page Masak Apa Hari Ni bagaimana memastikan sayur kekal segar walaupun dah disimpan selama 10 hari. Jom baca perkongsian dan cuba cara ini.

TIPS SAYUR KEKAL SEGAR.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Harini sy nak kongsi cara saya simpan sayur. Disebabkan saya ni agak malas hari-hari nak ke kedai beli sayur tambah-tambah lagi kedai runcit agak mahalkan. Sya dan suami akan k pasar borong selangor 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali untuk beli segala keperluan masak.

Percaya atau tidak semua sayur ni harga x sampai RM20 tau…Jimatkan kan kan..
Kami akan spend Rm150++ sahaja untuk barang basah bagi 2 k 3 minggu kegunaan. Eh panjang plak pengenalan jom2 kita pergi k tips simpan sayur segar berminggu-minggu.


1 —> Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.
2 —> Toskan selama beberapa minit.
3 —> Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.
4 —> Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepastu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tadaa siap.


Sangat senang, mudah dan jimat bagi saya sorang suri rumah x payah nak bazirkan masa dan minyak kereta lagi hari-hari nak ke kedai kan.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.