Ada wanita suka memasak. Beli barang dapur hingga penuh peti. Masuk semua barang dalam peti ais.
Ikan, daging dan ayam tak jadi masalah. Senang urus. Letak sejuk beku tahan lama. Tapi ada barang masak yang mudah rosak dan tak tahan lama jika salah simpan.
Sayur-sayuran, halia, serai, cili dan sebagainya mudah rosak jika salah simpan.
Nak tahu petua nak simpan sayur dan bahan masakan tahan lama. Ikuti cara puan Noor Hafiza Mohama ini. Siap boleh tahan hingga empat minggu. Jimat belanja!
Ikuti perkongsian ini.
Ini sis kongsi 7 cara simpan sayur yang wajib ada dalam peti ais rumah kita. Petua ini boleh membantu mak mak menyimpan sayuran kekal segar selama satu ke empat minggu dalam peti sejuk.
Selain sayuran ini, kaedah untuk menyimpan sayur lain adalah tidak sama ya. Nanti sis kongsikan lagi untuk sayur lain. Sis lebih suka gunakan bekas untuk menyimpan sayur sebab ia lebih kemas, senang nak cuci dan keringkan, senang nak susun dalam peti ais dan tidak terlalu padat.
Ini dia tips simpan beberapa jenis sayur kat rumah
#1 – Simpan tomato, limau, lobak merah, timun, brokoli, bunga kubis, kubis dalam bekas kedap udara berasingan
#2 – Lapik dalam bekas dengan tisu dapur (untuk menyerap lebihan air)
#3 – Tambahan, letak seulas bawang putih (sebagai anti kulat)
#4 – Gunakan bekas tinggi (bekas spagetti) untuk simpan serai, daun sup, daun bawang. Masukkan air paras akar dan tutup bekas.
#5 – Buang tangkai cili padi dan asingkan cili merah hijau. Keluarkan cili telah rosak.
Selamat mencuba!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kredit: Noor Hafiza Mohamad